Bab 1

Romance Completed 24095

Hey, kita sama!
DIDIEY

BAB 1

Aku menunggu di hadapan kaunter. Sambil menunggu pekerja dari sebuah syarikat, aku memerhatikan keadaan sekeliling hotel. Wah, megah sungguh. Aku kagum sendiri. Wajah aku serius, tapi hati aku tersenyum melihat ukiran indah di setiap sudut hotel ini. Rakan sekerjaku tadinya kata ingin pergi ke tandas sebentar.

Aku tidak faham sejauh mana dia punya sebentar.

Ha, aku lupa untuk perkenalkan diri aku.

Nama aku Maira. Sudah hampir lima tahun juga aku meninggalkan tanah airku sendiri, Malaysia. Sebaik sahaja aku menghabiskan waktu belajar di universiti bidang perniagaan, aku menjadi pekerja kontrak di sebuah syarikat selama setahun, dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memohon bekerja di Jepun. Rezeki aku, aku dapat tawaran kerja di sana.

Tentang masalah komunikasi,aku sedar sudah lama.

Sememangnya aku sangat minat dengan bahasa Jepun. Jadi, aku belajar sendiri. Ingat senang ke nak belajar bahasa Jepun sendiri? Aku tak ambil sebarang kelas kerana kekangan waktu. Jadi, aku beli sendiri buku-buku, dan belajar setiap kali ada masa lapang di kolej. Hm, ada lah juga belajar dengan seseorang, tapi tak perlu lah kot aku ungkit kisah lama.

Setelah lima tahun lamanya aku berada di Jepun, aku dihantar ke Malaysia atas urusan kerja. Mengikut arahan pengurusan atas, aku perlu berada di negara yang aku begitu cintai ini selama tiga bulan. Hari ini, aku dan rakan sekerjaku harus menyambut pekerja dari syarikat yang lain.

Ada projek besar antara syarikat sana dengan syarikat tempat aku kerja.

Diana Richard datang pada aku. Dia ni orang Amerika. Dia cakap je mat salleh dengan aku sebab dia tahu aku power speaking. Maksud aku, power dalam bantai speaking. Dia datang kelam kabut dekat aku, kata sorry sebab dia lama dalam tandas. Aku senyum kata It’s alright baby sebab aku ni mempunyai sifat toleransi yang sangat tinggi. Hahaha, kelakar juga aku ni. Diana tanya aku kalau pekerja lain tu dah datang ke belum. Aku geleng kepala.

Dari jauh sudut mata aku, aku nampak dua orang lelaki berpakaian sut lengkap. Dia orang baru masuk ke lobi hotel. Seorang tu tinggi lampai, nampak segak muda lagi. Dengan dia, seorang tu macam umur nak dekat lima puluh. Aku syak ni lah pekerja yang aku kena jumpa ni. Memandangkan aku rabun, aku cuma main agak je lah.

Diana terus kata, ha, tu la depa dua yang nak jumpa aku. Eh, mesti la Diana cakap dalam English. Takkan dia cakap bahasa utara amboih.

Lama-lama dia orang makin dekat dan aku terkedu.

Darah aku berderau, panas semacam kepala aku ni. Rasa nak lari sekarang. Okay Maira, dalam hal kerja, tak boleh masukkan segala perasaan peribadi, dan harus bersikap professional. Aku pun lagak biasa je la perkenalkan diri aku, Diana pun sama la perkenalkan diri. Lelaki umur lima puluh tahun pun kenalkan diri. Kecuali yang segak ni.

Ha, kau orang semua mesti nak tau kan aku kerja apa? Sebenarnya kerja aku translator bahasa Jepun ke English/ Melayu. Maksud aku, ni kerja yang aku kena buat hari ni. Dekat Jepun tu, aku kerja admin la, translator ni kerja sampingan aku. Dapat la elaun lebih. Ha, macam tu lah lebih kurang.

Lelaki umur lima puluh ni, aku panggil dia Mr Lee Raymond. Dia kata lah, mamat sebelah dia tu translator. Aku senyum je. Senyum terpaksa campur dengan rasa kekok. Lepas tu aku gurau lah, aku pun translator juga. Mr Raymond gelak je. Aku pun gelak lah juga. Buat-buat gelak. Lelaki sebelah dia tu senyum nak tak nak je.

Lepas perkenalkan diri, aku pun nak ajak la mereka berdua ke bilik meeting dekat hotel tu. My Raymond kata, nanti ada pekerja dia yang lain akan datang. Maka, aku dengan Diana kena tunggu lagi dekat depan kaunter ni. Baru je Mr Raymond nak gerak, aku rasa macam tak sopan pula kalau tak tanya nama lelaki segak ni.

“Encik nama apa?”

“Amirul Rafiq. Nama saya masih sama macam dulu….”

Aku diam. Aku cuma tanya sebab nak elak rasa tak sopan je, bukannya sebab…aku tak kenal dia. Aku kenal dia. Sangat kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience