Bab 10

Romance Completed 24095

Bab 10

Aku mengemas barang-barang ku untuk pulang ke rumah, dan aku terjumpa buku yang diberi Amirul. Sudah sedikit berhabuk. Perlahan-lahan buku diselak, tanpa aku sedar air mata menitis ke atas helaian buku itu.

Masa terus berlalu.

Aku bekerja di sebuah syarikat swasta selama setahun. Kehidupanku agak sibuk hingga aku sudah tidak terfikir tentang segala kesedihan aku. Cuma sesekali bila aku terlihat bintang saat pulang dari kerja, fikiran aku kuat pada Amirul dan Hidayah. Apa khabar Hidayah? Pasti kau sedang bergembira di sana kerana kau itu baik orangnya.

Apa khabar Amirul pula..Sudah berkahwin mungkin. Mungkin sedang berbahagia dengan wanita pilihannya.

Aku mencuba nasib memohon pekerjaan di Jepun, dan ketika itu lah rezeki Tuhan datang tak di sangka-sangka. Aku mendapat pekerjaan itu dan aku diberi masa untuk membuat persiapan. Ibu bapa ku membantu aku mengemas barang-barang untuk dibawa ke Jepun. Ketika itu, ingatan aku pada Amirul begitu kuat sekali dan aku rasa, ini lah masanya untuk aku beritahu segalanya pada dia.

Keesokan pagi, aku bersama keluargaku menuju ke lapangan terbang. Dalam perjalanan itu, aku pun menghantar satu mesej pada Amirul. Mesej itu sudah pun aku karang malam tadi sebelum aku tidur.
Assalamualaikum Amirul…
Apa khabar? Dah nak setahun juga kita tidak bertegur sapa. Awak pun kira-kira tidak pernah bertanya di mana saya berada sekarang. Pagi ni, saya akan bertolak ke Jepun kerana saya sudah mendapat pekerjaan di sana. Saya tahu, awak tidak kisah pun sedangkan awak sudah pun beri harapan pada saya.

Secara jujurnya, saya sudah lama mencintai awak. Pertemuan di KLCC tahun lepas, yang saya katakan terakhir itu, memang saya betul-betul maksudkan. Saya bukan tak sedar yang awak berubah. Malam yang awak bagitahu awak sukakan wanita lain, hati saya betul-betul hancur. Lama saya cuba lupakan awak. Saya kadang-kadang fikir, mungkin ada silap saya. Tapi silap awak, awak langsung tak beri saya peluang untuk hargai awak.

Saya hadapi kesedihan sendirian. Satu persatu orang yang saya sayang pergi. Awak dan kawan baik saya, Hidayah.
Awak tiada di sisi saya bila saya perlukan seseorang.

Saya harap, saya boleh lupakan awak.

Dan saya harap, perkenalan kita biar lah sampai di sini. Secara terus terang, saya tak nak awak lupakan saya. Tapi..entah lah.

Anggaplah awak tidak pernah mengenali Maira. Saya juga akan cuba melupakan bahawa saya pernah mengenali seseorang yang bernama Amirul Rafiq.

Doakan saya bahagia di tempat yang jauh.

Dan mesej dihantar. Selepas melihat notifikasi delivered, terus aku matikan telefon bimbit. Jantung aku berdegup kencang. Entah apa reaksinya. Gelisah kah rasanya? Atau biasa- biasa? Jika dia boleh berubah, aku yakin, hati aku juga boleh berubah demi kebahagiaan aku.

Kerana manusia itu hatinya berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience