Bab 11

Romance Completed 24095

Bab 11

Suasana di bilik mesyuarat. Ada juga bahagian yang kelakar dan masing-masing ketawa. Rasa janggal pun ada juga sebab biasanya waktu mesyuarat berkenaan hal yang serius, suasana tegang. Aku pula berdiri bersebelahan dengan Amirul Rafiq dan langsung tidak berkata apa. Dia juga diam seribu bahasa. Ini lebih janggal!

Tidak cukup dengan itu, ada masa aku ingin ketawa kerana ada ahli mesyuarat yang bergurau. Aku terpandang Amirul dan dia juga tengah menahan ketawa. Ah, ini lagi lah! Rasa nak sorok muka sekarang juga. Lebih-lebih lagi bila ingat mesej aku padanya lima tahun yang lalu. Masih segar lagi ingatan aku pada mesej itu. Malunya!

Mesyuarat selesai. Aku masih diam sahaja. Tiba-tiba Amirul membuka mulutnya.
“Awak apa cerita sekarang?”

“Erm? Biasa-biasa macam ni lah..”

“Awak nampak sedikit lain dan nampak lebih matang..” Aku tersenyum
“Awak? Dah berkahwin?”

Amirul senyum dan menggelengkan kepalanya. “Single macam biasa. Awak?” Aku terdiam.
Tiba-tiba Diana Richard datang pada aku. Waktu itu Amirul masih berdiri sebelah aku. Diana berkata “Maira, your fiance are waiting outside..”

Waktu itu rasa macam… Aku pandang Amirul. Dia seolah-olah terkedu tapi entah, aku tak pasti apa perasaannya saat ini. Dia senyum pada aku, dan aku tunduk lalu meminta diri. Dalam langkah aku, aku sempat menoleh ke arah Amirul. Dia masih kaku. Aku menuju keluar dari bilik mesyuarat dan bertemu tunangku, Isyraf.

Isyraf tersenyum riang saat melihat aku keluar dari bilik mesyuarat. Hubungan aku dengan Isyraf baik-baik sahaja malah aku gembira dengannya.

Aku berkenalan dengannya di Jepun dua tahun lalu.

Dia yang mengajar aku untuk bangkit dari kesedihan, dan dia juga mengingatkan aku sebenarnya jatuh cinta itu merupakan satu perkara yang indah. Isyraf membuktikan kata-kata Tuhan itu memang benar. Tuhan akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang Dia sudah ambil dari kita. Bagi aku, Isyraf memang pelengkap aku. Tidak lama lagi, majlis perkahwinan aku dan dia akan berlangsung.

Amirul pula mengajar aku supaya, saat kita jatuh cinta dengan seseorang, maka tunjuklah yang kita hargainya seolah-olah kita akan kehilangannya, kerana di awal perkenalan aku dan Amirul, aku benar-benar tidak sempat menunjukkan bahawa aku menghargainya. Amirul juga mengajar ku bahawa, seseorang akan mencintai sesuatu pada diri kita yang mana kita pula benci sesuatu itu.

Dia juga mengajar aku bahawa, bukan lah kelemahan kita jika orang tidak dapat melihat kelebihan kita, malah itu kelemahan orang tersebut kerana kelebihan kita sebenarnya wujud. Aku berkata begini kerana Amirul pernah berasa rendah diri dengan dirinya kerana rakan-rakannya sering mengusiknya, sedangkan perkara yang membuat dia berasa rendah diri itu lah yang menarik hati aku enam tahun yang lalu. Boleh jadi kelemahan kita itu lah yang menarik cinta datang pada kita.

Dari Amirul, aku belajar supaya aku dapat menjaga cinta antara aku dan Isyraf. Dari orang yang salah, kita belajar cara untuk mencintai orang yang tepat. Jika kita boleh mencintai orang yang salah dengan begitu setia, bayangkan jika kita mencintai dengan orang yang tepat untuk kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience