Bab 4

Romance Completed 24095

Bab 4

Setelah dia pulang ke Malaysia, dia mula acuh tak acuh saja berbalas mesej dengan aku. Risau hati aku. Jadi, aku banyak kali cuba tegur dia. Dia memang akan balas dan balas dan balas dan lepas tu dia akan berhenti, tak membalas mesej aku.

Aku dah mula rasa aku kena lukis garisan dalam kehidupan aku, supaya aku tidak kelihatan bahawa aku memang suka kan dia! Jadi aku mula kadang-kadang saja mesej dia. Dua hari sekali, tiga hari sekali. Kadang-kadang hampir seminggu aku tak mesej dia! Aku sentiasa kira sudah berapa hari aku tidak mesej dia. Namun semuanya sia-sia, kerana dia memang benar-benar sudah berhenti menghantar mesej pada aku.

Manusia, cepat benar hati berubah!

Setiap malam, jika aku rasa hari aku ni kosong, aku akan lihat langit. Setiap kali nampak bintang, lagi lah hati aku rasa semacam beratnya. Siap terfikir, entah mana satu bintang yang kita berkongsi hari tu. Lepas tu fikir, eh, entah-entah kita memang tidak melihat bintang yang sama. Ya lah, ada berapa ratus juta bintang di langit. Kan?

****

Entah kenapa hati aku terdetik untuk menghantar mesej pada dia, sekadar ingin menegur saja, Memadai jika dibalas sekali. Rasa lengkap juga hari aku.

“Nanti, universiti saya ada festival jualan! Tak sabar!!”
“Haha, bila?”

“Isnin depan haha”

“Jom jumpa Isnin depan. Cepat sediakan duit belanja saya. Lol”

Waktu ni, aku macam terkedu pun ya. Serius lah nak jumpa? Serius lah?!

“Jom, set, pukul 6 petang. Nanti jumpa…” Lepas tu dia tak balas. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku perlu rasa kosong? Aku dengan dia berjumpa pun tidak pernah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience