Bab 6

Romance Completed 24095

Bab 6

Kelihatan seorang lelaki yang, aih, handsome weh. Sambung balik cerita, dia macam melilau cari aku. Aku dah segan, so aku buat-buat tak nampak dia.

Tak lama lepas tu, dia tegur aku.

“Hey!” Aku macam…buat-buat muka terkejut. Dia pun tanya “Kenapa?”
“Tak ada apa. Awak parking dekat mana?”

“Erm, ni..” Dia tunjuk kereta depan aku. Tu dia, tu dia, tu dia. Haihlaaa Saga bertampal sticker Clash of Clans. Seingat aku, aku ada nampak kereta ni tadi round lebih lima kali depan aku. Sabar… Sabar, bawa bertenang.

Kami berdua berjalan menuju ke kedai bakeri, sekali dia mengadu lapar dan mahu mengisi perut. Dia offer aku, tapi aku ni ada masalah, bila nervous, memang tak lalu makan, nak-nak lagi aku tak berapa gemar makan roti, perut berangin, silap haribulan boleh buang angina depan dia ni. Ooopss!

Kita orang borak-borak dekat bakery tu. Sepanjang dia makan roti tu, aku langsung tak pandang dia. Tipulah kalau aku cakap tak pandang, maksud aku biji mata aku ni ha, memang tak boleh fokus nak pandang mata dia ketika berbual asyik melilau ke arah janggut, jam dinding, cawan kopi dan segala penjuru kedai. Bukan sebab aku marah ke apa, tapi sebab aku malu sangat. Terlebih malu sebab aku memang tak reti bila jumpa lelaki ni! Lebih-lebih lagi sebab aku suka dia.

Entah kenapa, aku tetiba banyak juga bercakap depan dia. Asyik bercerita. Ada je benda yang dia borak tapi aku tak faham sangat, and aku buat-buat faham. Ada juga aku cerita and dia macam tak faham sangat, tapi dia macam buat-buat faham. Haha. Erm, so, lepas makan roti tu, azan isyak pula. Amirul tanya aku, nak solat Isyak dulu ke, nak pergi festival tu dulu.

“Saya solat dulu eh?”

“Haah, at least bila awak balik nanti dalam keadaan penat-penat, awak dah solat”

Dia pun suruh aku duduk elok macam budak kecik dekat depan masjid. Aku pun dengan eloknya, duduk je. Tak pergi mana-mana. Dah lah banyak nyamuk. Aku memang macam budak yang menurut kata. Dah beberapa minit kemudian, aku nampak dia keluar dari masjid.

Dia pergi ke arah aku, dan..jom, pergi festival!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience