Bab 8

Romance Completed 24095

Bab 8

Hidayah suruh aku hantar mesej pada Amirul, tanya sekiranya jika-jika dia sudah sampai ke rumahnya. Aku segan dan aku berkata pada Hidayah

“Aku risau kalau dia dah tak nak contact aku sebab ya lah, hari ni first time dia nampak aku kan…”

Semalaman aku berasa risau namun aku cuba bertenang dan melelapkan mata. Pukul 5 pagi, aku terjaga dari tidur dan perkara pertama aku buat ialah mengambil telefon aku. Tersenyum aku melihat ada mesej darinya. Keesokannya itu, rindu aku padanya begitu besar. Tidak tertahan rasa untuk menunggu hari esok kerana berkemungkinan besar aku dan dia akan bertemu lagi. Maka, Tuhan izinkan aku menghadapi hari esoknya. Dia senyap tanpa sebarang cerita. Aku menghantar mesej padanya. Dia membalas bahawa dia tidak jadi berjumpa dengan klien kerana ada yang sudah menggantikannya. Hati aku retak macam tu saja. Seminggu itu, aku dan Amirul ada juga berbalas mesej.
Tapi manusia itu hatinya berubah.

Lama-kelamaan Amirul semakin dingin dengan aku, tanpa alasan yang kukuh sekali. Kadang-kadang ada juga aku bergurau dengannya dengan berkata “Awak ni buat saya cakap sorang-sorang. Dah lah, kita sambung text lagi 6 tahun”. Dia cuma ketawa. Satu hari itu, kerana terlalu rindukannya, aku menghantar mesej padanya lagi. Dia membalas, lalu dia berkata dia ingin bertanyakan satu soalan pada aku.

“Bagaimana ya bila seseorang wanita itu mencintai lelaki?”
“Kenapa awak tanya?”

“Kerana aku menyukai seorang wanita ini..Dulu selalu juga berbalas mesej dengannya, namun dia sudah dingin dengan saya. Saya menghantar mesej, namun dia tidak membalasnya”

Saat itu jiwa aku rasa kosong. Satu kekosongan yang begitu berat. Bagi menyembunyikan rasa kecewaku, aku berkata aku tidak tahu kerana setiap wanita itu lain caranya bila mencintai. Sejak dari hari itu, aku sering kali menangis bertanyakan Tuhan, mengapa cinta harus menyakitkan? Sejak dari hari itu, aku keliru jika aku ingin terus berdoa tentang Amirul kerana itu seolah-olahnya aku berharapan lagi. Aku memberitahu Hidayah tentang kekeliruan aku.

Kata Hidayah “Tuhan itu lebih kenal kau. Tuhan itu lebih faham kau. Kalau kau keliru, kau bagitahu Tuhan. Sebab Tuhan je mampu yang leraikan kekeliruan tu. Kalau kau masih berharap, maka berdoalah”

“Aku takut bila aku makin berdoa, harapan aku makin dalam. Macam mana kalau aku tak dapat apa yang aku doa?..”
“Jangan risau. Tuhan itu Maha Memahami..”

“Kenapa aku selalu patah hati setiap kali aku fikir seseorang itu cinta sejati aku”

“Sebelum kau mencari cinta sejati, kau kena tahu, apa tu cinta sejati”

Itu kata-kata tHidayah. Keesokannya itu, Hidayah dimasukkan ke hospital. Aku semakin hilang arah. Untuk mencari arah yang sebenar, maka aku dekatkan diri aku dengan Tuhan. Namun sebagai seorang manusia yang masih mencintai seseorang, setiap kali aku melihat bintang, setiap kali itu juga lah aku berdoa tanpa aku sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience