Bab 9

Romance Completed 24095

Bab 9

Selepas melawat Hidayah di hospital, aku bermenung lama di dalam bas. Perlukah aku menemui Amirul untuk kali terakhir, sebagai penutup untuk segalanya kerana, aku bukan di hatinya. Lagipun, dia bukan ambil kisah pun tentang aku. Aku berfikir untuk pergi jauh dari sini seusai selesai pembelajaranku di universiti, supaya kenangan dapat hilang dari mengejarku. Sebelum aku pergi jauh, aku perlu berjumpa Amirul untuk kali terakhir.

Aku memberanikan diri menghantar mesej pada Amirul setelah sekian lama. Aku mengajak untuk berjumpa. Dia seolah acuh tidak acuh saja. Berapa kali juga aku kelihatan terdesak mengajaknya. Selalu juga tidak jadi perancangan. Dan akhirnya, ditakdirkan untuk aku dengan Amirul berjumpa.

Kami berjumpa di KLCC. Aku menaiki LRT, dan dia pula menaiki kereta.

Lagak Amirul seperti biasa-biasa saja. Aku juga melayan dia seolah-olah aku tidak terasa hati dengannya.

Ada juga dia sedang berkata-kata, aku sekadar merenung matanya dan hatiku berbisik bahawa, ini lah pertemuan terakhir aku dengannya. Saat pertemuan itu juga lah, aku kerap kali mengingatkan diri ku sendiri bahawa aku bukan sesiapa di hatinya. Kami berjalan-jalan sepeti biasa melihat kedai-kedai.

Sebelum kami pulang, aku mengikuti Amirul melangkah ke kereta. Dia mengeluarkan sesuatu dari tempat duduk belakangnya. Beg berwarna coklat. Dia menghulurkan beg itu padaku.
“Apa ni?”

“Dalam ni ada buku Jepun saya. Saya dah tak pakai. Bukan ke awak sendiri kata awak nak buku saya?”
“Ouh, terima kasih…”

“Erm, so apa perancangan lepas study? Kahwin?”
“Kahwin? Entah lah..”

“Awak patah hati dengan siapa pula ni?”

“Haha, okay lah thank you for these books”

“Ouh haa, by the way kenapa awak kata ni maybe pertemuan terakhir?”

“Erm…saja. Drama..” Dalam hati aku ketika itu, menjerit kuat mengatakan kerana dia sudah berubah. Amirul tersenyum. Dan akhirnya, itu lah saat terakhir aku melihat dia. Selepas dia pergi, air mata aku terus menitis di pipi. Aku mengesat air mata ni dan memaksa jiwa aku untuk terus kuat. Aku tidak boleh lemah kerana seseorang yang bukan milik aku. Orang pertama aku jumpa selepas itu ialah Hidayah. Aku menangis teresak-esak pada rakan baikku dan dia hanya mampu memelukku. Hidayah siap berkata “Bayangkan aku ni Amirul, dan pukul lah aku..” Aku pun terus pukul Hidayah dan menangis lagi. Setelah itu aku ketawa kecil dan meminta maaf pada Hidayah kerana sudah lah dia itu sakit, lepas itu dipukul pula dengan sahabat sendiri.

Belum sampai peperiksaan akhir tahun, Hidayah meninggalkan aku dan menemui pencipta. Mahu tak mahu, lemah atau kuat, aku harus tempuhi. Dugaan aku berganda-ganda. Akhirnya aku berjaya habiskan pembelajaran aku. Khabar berita tentang Amirul langsung aku tidak tahu. Walau secara jujurnya, aku sering terfikir, mungkin Amirul akan berkahwin tidak lama lagi kerana umur dia pun sudah layak sangat berkahwin dan kewangannya juga sudah stabil. Sepanjang hidup aku ketika itu, aku sering berfikir sendiri kenapa aku sukar melupakan Amirul sedangkan perkenalan aku dengannya tidak lah lama. Sesekali aku tidak sangka, semester terakhir aku di universiti begitu perit kerana kehilangan sahabat, dan juga kehilangan cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience