12

Action Completed 11138

A strong friendship doesn’t need daily conversation or being together
Julai, 2014

Sudah seminggu Shazril mengelak daripada aku. Tidak tahu salah apakah yang aku lakukan sehingga dia bertindak memulaukan aku. Terus terang, bukankah itu yang dia mahukan sejak dari dulu lagi? Sejak awal lagi dia mahu mengetahui apa yang terkandung dalam peti itu. Aku tunjukkan kepada dia, aku ceritakan segalanya kepada dia. Tapi kenapa dia mengelak? Kenapa dia seperti takut kepadaku.

Kami berlainan kelas, jadi kami selalu berjumpa di bus stop di hadapan Taman Melati untuk bergerak bersama-sama. Tapi minggu ini aku perasan ayah atau ibu Shaz bertindak untuk menghantarnya ke sekolah. Waktu rehat juga begitu. Selalunya dia akan menunggu aku di hadapan kelas sebab cikgu yang mengajar di kelas aku suka mengajar lebih masa. Kadang-kadang aku pelik juga kenapa cikgu di kelas Shaz tak serajin cikgu di kelas aku. Mungkin sebab aku berada di kelas kedua atau pelajar kelas Shaz sudah terlebih pandai? Tapi bukan itu yang menjadi isu sekarang ini. Shaz kini tidak lagi menunggu aku di hadapan kelas seperti biasa. Dia ke kantin dengan rakan-rakan kelasnya yang lain, ataupun dia ke perpustakaan sekolah untuk membuat kerja sekolah. Bila aku cuba berinteraksi dengan Shaz, pustakawan sekolah terlebih dahulu menunjukkan isyarat “shh” supaya aku senyap. Shaz, kenapa kau buat macam ni dekat aku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience