Completed
11138
And his punishment is that he sees the dawn before the rest of the world
Mei, 2015
11:45 am
Gambar yang tengah ialah gambar mayat yang tinggal bahagian atas badannya sahaja. Song. Daripada Thailand. Dia merupakan seorang backpacker yang melancong berseorangan. Entah apa nasibnya, satu hari dia ketuk pintu rumah kami untuk bertanya arah. Mak yang jemput dia masuk dan terus menikamnya. Mak kata tak salah pun sebab nak pastikan bekalan makanan sentiasa ada. Itu saja lah yang aku ingat mengenai Song. Tak sempat nak berkenalan pun.
Gambar seterusnya ialah gambar serpihan-serpihan tulang dan tinggalan tengkorak kepala. Memang kalau dilihat, mustahil untuk seseorang mengenal pasti mayat siapakah itu. Tetapi tidak buat aku. Aku ingat dengan jelas sekali siapakah orang itu. Kak Maria. Ya. Mayat itu ialah mayat akak aku. Akak kandung aku.
Kak Maria ingin berubah dan berkahwin dengan kekasih hatinya ketika itu sedangkan dia sendiri tahu bahawa dalam komuniti ini, tiada siapa yang boleh keluar. Setiap orang perlu kekal dalam komuniti ini. Tiada pengecualian. Disebabkan Kak Maria masih lagi bertegas untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, mereka semua mengambil keputusan untuk meragut nyawa Kak Maria. Dagingnya dibahagi sama rata kepada setiap orang dalam keluarga. Buat pertama kali, aku tidak mahu menyentuh sedikit pun masakan mak pada hari itu. Air mata ku mengalir tanpa sedar. Tiba-tiba aku terbayang perasaan keluarga mangsa-mangsa yang lain. Gambar yang terakhir. Aku tak dapat nak teruskan lagi. Lidahku kelu. Aku mengaku masih banyak lagi mayat-mayat yang tidak dijumpai dan masih ramai lagi mereka yang sepertiku malahan lebih teruk lagi.
Share this novel