Completed
11138
No matter what happens, some memories can never be replaced
Mei, 2018
10:54 am
Sudah 3 tahun aku di penjara. Aku sudah boleh mengamalkan kehidupan seperti orang lain. Aku sudah langsung tidak mempunyai keinginan untuk kembali kepada tabiat lama. Aku juga kini berjaya mengubah cara hidup kebanyakan ahli komuniti lamaku. Termasuk mak dan ayah. Siapa sangka serbuan pihak polis terhadap rumahku tiga tahun yang lalu akhirnya membawa kepada kadar kanibalisme di Negara ini menurun dengan mendadak. Aku kini mengambil diet yang normal seperti manusia normal yang lain. Terkadang aku terimbau perkara-perkara yang aku lakukan sewaktu tiga tahun dahulu. Terlalu banyak nyawa yang terkorban, terlalu banyak manusia yang menjadi mangsa kepada tabiat pelik keluarga aku.
Aku bersyukur semuanya sudah kembali ke titik permulaan. Kosong. Aku juga bersyukur pihak berkuasa membuat keputusan untuk memberi hukuman penjara dan bukannya hukuman yang lebih berat seperti gantung. Tidak dapat aku bayangkan betapa ngerinya jika aku menerima hukuman seperti itu. Kadang-kadang aku terlihat bayangan Shazril muncul di pintu sel, tersenyum. Tenanglah rohmu di sana, wahai sahabat. Aku sayangkan kau, dunia dan akhirat.
Share this novel