Completed
11138
As long as the relationship lives in the heart, true friends never part
Mei, 2015
12:34 pm
“Baiklah, soalan saya, encik kenal budak lelaki dalam gambar terakhir ini?”
Aku menangis tanpa henti. Basah kedua-dua belah pipi dengan tangisan yang tak mampu lagi aku kawal.
“Itu Shazril, kawan baik saya”
Ya, aku telah membunuh kawan baik aku sendiri. Kawan baik aku, Syed Shazril. Semua orang di dalam bilik itu terdiam. Terdengar bunyi seperti batu jatuh di sebelah kiri. Ya Allah, itu ibu Shazril. Aku tak mampu lagi untuk berkata-kata. Yang aku mampu lakukan hanyalah untuk menundukkan mukaku perlahan, tanda penyesalan yang amat sangat.
“Awak perlu ceritakan kepada kami, apa yang awak telah lakukan kepada dia”
“Saya dah bunuh dia. Saya dah bunuh kawan baik saya. Saya tak guna. Saya bukannya kawan baik Shazril. Saya patut dibunuh. Encik bunuhlah saya. Saya tak mampu lagi untuk hidup di atas muka bumi ini. Shazril dah tiada lagi untuk teman saya lepas ni”
“Bertenang anak muda. Awak sepatutnya minta maaf pada Puan Aisya. Dia kehilangan satu-satunya anak dia”
“Makcik, ampunkan saya makcik. Ampunkan Luqman. Luqman sayangkan Shazril. Luqman tak berniat nak bunuh Shaz, makcik. Makcik buatlah apa sahaja asalkan ia dapat hilangkan kebencian makcik pada Luqman”
“Luqman, makcik tak pernah bencikan kamu”
Ibu Shaz perlahan-lahan menepuk belakang aku lalu dia keluar dari bilik itu sambil menangis teresak-esak. Selesai sesi siasatan itu, aku menghulurkan tanganku untuk digari.
“Maafkan aku, Shazril”
Share this novel