Completed
11138
A meaningful silence is always better than a meaningless word.
Dalam banyak-banyak sistem komunikasi yang kita ada, pelbagai frekuensi, nada yang bervariasi, intonasi turun naik, tak ada satu pun yang dapat menandingi suara manusia. Bila kita dengar suara manusia, kita tergerak untuk dengar dan faham apa yang mereka cuba sampaikan. Walaupun orang yang sedang bercakap sendiri masih keliru dengan apa yang mereka cuba katakan. Walaupun apa yang kita dengar cuma suara orang terpekik, menjerit atau mengaduh kesakitan. Sebab suara manusia bergema dengan cara yang berbeza daripada bunyi lain. Sebab itulah kita masih dengar suara penyanyi di konsert mahupun di jalanan, walaupun diiringi muzik yang kuat.
Mei, 2015
08:00 am
Harini.
Aku gementar. Ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki di sini namun bilik siasatan ini tidak pernah gagal menimbulkan perasaan takut dalam diriku. Terkadang aku sendiri keliru, adakah perasaan takut ini timbul semata-mata kerana bilik ini mempunyai suatu aura yang tidak dapat dielakkan atau kerana aku takut ditangkap. Aku tidak pernah merasakan apa yang aku lakukan itu salah. Tapi masyarakat, masyarakat sendiri yang mewujudkan persepsi negatif terhadap golongan istimewa seperti aku. Aku memang dibesarkan sebegini, memang seluruh keturunanku mengamalkan kehidupan sebegini rupa. Aku kah yang bersalah? Aku tidak mampu meneruskan hidup tanpa makan dan minum. Begitu juga manusia lain, bukan? Hanya kerana majoriti masyarakat tidak mengamalkan gaya hidup golongan minoriti seperti kami, adakah alasan itu sahaja sudah cukup untuk menjadikan kami bersalah?
Kerana pandangan negatif mereka itulah, kami, golongan minoriti ini terpaksa menyembunyikan gaya hidup kami. Jangan beritahu sesiapa; pesanan yang disampaikan oleh nenek moyang itu aku kami pegang secara turun-temurun. Sebelum ini gaya hidup keluarga kami masih menjadi rahsia daripada pengetahuan umum tetapi disebabkan aku, semuanya bakal dirungkai. Betul lah pepatah orang tua, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Disebabkan nila seperti aku yang tidak berjaga-jaga dalam tindakan aku tempoh hari, ahli keluarga aku bakal menerima akibatnya. Dan ternyata, suara manusia jugalah yang memainkan peranan dalam situasi ini.
Betul kata orang,
Kita akan mudah percaya dengan manusia kerana kata-kata mereka dan mudah juga ditipu dengan kata-kata mereka. Aku dengan mudahnya percaya dan ditipu dengan kata-kata manusia.
Sedang aku asyik memerhati cermin besar di dinding sebelahku ini, tiba-tiba dua orang pegawai polis masuk.
Share this novel