6

Action Completed 11138

Being real must be a sin, because I keep getting punished for keeping it real

Mei, 2015
08:30 am

“Adriana. Saya suka sangat dekat Ana. Ana satu kelas dengan saya masa tingkatan tiga dulu. Di….dia…..dia tak suka saya pun. Tapi satu petang tu dia tiba-tiba datang rumah saya. Saya gembira sangat so saya jemput dia masuk rumah. Masa….masa tu mak tengah potong-potong jari tangan dengan kaki sorang abang ni. Abang ni kerja jual ikan dekat pasar rabu Taman Setia. Dia ni selalu kurang ajar dengan mak jadi mak pun jadikan abang ni target baru. Mak cakap nak buat sup tulang. Saya ingat nak suruh Ana duduk kat ruang tamu je tapi tiba-tiba dia dah sampai dapur pulak… haha. Menjerit dia tengok ada kaki orang dekat sinki. Comel sangat dia jerit. Lepastu ayah datang, ketuk kepala Ana…dia pengsan.”

Kenapa aku cakap semua ni? Aku tak dapat nak kawal mulut aku! Ahhhh

“Kenapa berhenti Luqman? Sambunglah lagi. Saya dengar,” aku dengar doktor itu berkata.

Dan saat itu jugalah mulutku kembali bercerita.

“Lepas dia pengsan tu, ayah bawak dia masuk stor kat belakang rumah. Mak terus marah saya. Mak ulang banyak kali yang mak tak suka orang datang rumah. Mak ulang banyak kali sambil pukul saya. Lepastu saya dah tak pernah nampak Adriana lagi dah… esok paginya mak buat sup dengan kari. Mak kata ayah ada bawak balik daging lebih… tapi saya bukan bodoh pun. Saya tahu kari tu kari daging Adriana. Sedih sangat masa tu, tapi bila saya makan kari tu… wow! Sedap sangat. Mungkin sebab saya suka Ana kot. Memang rasa special lah kari tu…lebih-lebih lagi telinga dia. Rangup sangat….itulah telinga yang paling sedap saya pernah rasa setakat tu…”

Diam. Mata-mata mereka yang ada dalam bilik rawatan itu semua tertumpu padaku. Aku cuma mampu gelak. Ada yang kelihatan takut, ada juga yang kelihatan jijik. Tapi aku rasa lega. Rasa lega seolah-olah satu batu besar dialihkan dari dadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience