Completed
11138
A good friend is one who knows your strenghts and weaknesses and still treasures you for who you are.
Julai, 2013
“Good morning, students. Harini kita ada pelajar baru yang datang dari Sabah, Ana, kenalkan diri awak”
Di sisi Cikgu Raihana berdiri seorang budak perempuan berwajah bujur sirih, cerah dan memakai cermin mata. Dia kelihatan malu-malu sebelum bergerak ke tengah kelas dan memperkenalkan dirinya.
“Hai semua. Nama saya Adriana Sofea. Boleh panggil saya Ana. Ayah saya berkerja sebagai pegawai polis dan ditukarkan dari ibu pejabat di Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan satu kes di sini. Diharap semua dapat menerima kehadiran saya”
Satu kelas menepuk tangan gemuruh, menyambut kehadiran Ana ke kelas 3 Setia. Dia duduk di hadapan aku, bersebelahan Nadrah. Setiap hari dia akan datang awal dan membaca nota ringkas sebelum waktu persekolahan bermula. Lama-lama, aku terikut dan mula datang awal ke kelas. Bukan untuk membaca nota ringkas, tetapi untuk melihat Ana. Aku mulai tertarik dengan Ana dan sentiasa memerhatikan dirinya tidak kiralah di dalam kelas ataupun ketika di luar kelas. Belum sempat aku meluahkan isi hati kepadanya, aku terdengar perbualan Ana bersama Nadrah sewaktu subjek Pendidikan Jasmani. Cikgu Munir tidak dapat hadir ke kelas dan waktu kami diisi untuk menyiapkan kerja sekolah untuk subjek yang lain.
“Ana, petang ni nak aku teman lagi?” Nadrah memulakan bicara.
“Boleh juga. Hafiz kata petang ni dia nak ajak aku jogging di taman rekreasi dekat area rumah aku tu”
“Ana, alang-alang kau nak jumpa Hafiz, apa kata kau suruh Hafiz bawak Naufal sekali, boleh aku jumpa pujaan hati aku tu”
“Oh, ambik kesempatan ya. Aku ingatkan kau memang ikhlas nak teman aku, rupanya ada udang di sebalik batu”
Mereka berdua bergelak ketawa. Panas betul hati aku saat itu. Hafiz, pelajar kelas 3 Rajin dalam diam berhubungan dengan Ana. Ini tidak boleh jadi. Mereka berdua tidak boleh bersama. Aku akan lakukan sesuatu.
Share this novel