9

Crime Completed 11072

Only those who care about you can hear you when you’re quiet

Jun, 2014

Shazril mengeluarkan satu-persatu barang yang ada di dalam peti besi itu. Pisau lipat, satu botol kecil chloroform, sapu tangan kecil dan beberapa helai plastik merah.

“Apa semua ni Luqman”

“ I could explain Shaz. Ok listen….”

Ya, inilah barang-barang yang akan aku gunakan untuk mencari mangsa sebagai makanan aku. Pertama kali, aku akan kenal pasti tubuh badan yang akan aku pilih sebagai mangsa. Jika terlalu besar selalunya daging sedikit liat dan mengambil masa untuk dimasak. Jika terlalu kecil pula selalunya daging mudah renyai dan tidak cukup untuk menjadi hidangan kami sekeluarga. Maka selalunya tubuh yang kami pilih berusia lingkungan 12-17 tahun atau boleh dikatakan golongan remaja. Oh ya, kami mengamalkan sistem giliran bagi mencari mangsa. Ini untuk mengelakkan daripada mana mana pihak untuk menghidu perbuatan kami. Aku selalunya ditugaskan untuk mencari mangsa pada hari Sabtu. Aku akan berjalan di pasaraya atau taman rekreasi untuk mencari tubuh yang sesuai. Jika aku berjaya menemui target, aku akan menidurkan mangsa dengan menekup mulut mereka dengan sapu tangan yang dibasahi chloroform. Kalau tubuh mereka tidak terlalu besar, aku akan seret ke lorong-lorong kecil yang gelap dan menghubungi ahli keluarga yang lain untuk tolong aku memotong tubuh badan mangsa. Sebab itu aku sediakan beg plastik bagi memudahkan kami sekeluarga untuk mengagihkan bahagian yang kami mahukan ke dalam plastik sebelum membakar tubuh badan mangsa di dalam hutan belakang rumah atau membuang mereka ke dalam sungai. Ya, kami sudah melakukan kegiatan ini sejak ayah masih kecil lagi. Perkara ini tidak asing lagi dalam keluarga kerana masing-masing akan menghidang tetamu dengan daging manusia. Kami tidak pernah menerima tetamu selain ahli keluarga ke rumah kami. Ayah dan ibu juga tidak rapat dengan jiran-jiran di taman perumahan kerana tidak mahu mereka masuk campur dalam hal keluarga kami. Inilah kami pertama, kali pertama aku terangkan perkara ini kepada orang lain. Aku ceritakan segalanya kepada kawan baik aku, Shazril kerana aku yakin dia boleh dipercayai.

“Luqman, aku… aku pergi dulu ya? Aku lupa tadi aku kena ambik adik aku balik sekolah agama. Kita jumpa nanti ya?”

“Eh… tapi”

“Lain kali… lain kali kita jumpa”

Belum sempat aku nak habiskan ayat, Shazril sudah pun hilang dari pandangan.

“Shaz, aku boleh percayakan kau kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience