10

Action Completed 11138

A r is one who can only find his way by moonlight

Mei, 2015
11:45 am

Gambar yang paling kanan sekali ialah gambar seorang budak lelaki yang dibelah dadanya, kedua-dua belah telinganya dipotong dengan pisau dapur dan pipinya dikorek. Aku lupa bagaimana kami korek pipinya yang putih mulus itu, mungkin dengan pemutar skru lama milik ayah yang disimpan di stor belakang rumah. Nama budak itu Danish. Mangsa pertama yang aku ‘uruskan’ bersendirian, tanpa pertolongan mak dan ayah. Waktu itu aku tinggal sendirian di rumah. Mak dan ayah pergi ke luar negara, mahu melawat saudara yang sakit tenat. Mereka terpaksa tinggal lebih lama atas beberapa sebab dan malangnya, bekalan makanan yang mereka tinggalkan untukku mulai habis. Aku kelaparan selama sehari sebelum aku bertindak untuk mencari ‘makanan’ku sendiri.

Sedang aku berjalan melalui semak-samun menuju ke pekan, aku terserempak dengan seorang budak lelaki. Kurus sahaja budaknya, tapi disebabkan terlalu lapar aku tidak dapat menahan lagi tindakanku. Aku berpura-pura ramah dengannya sebelum mengumpan dia untuk mengikutku ke lorong kecil belakang rumah. Aku hentak kepala budak itu berkali-kali hingga dia tidak sedarkan diri. Kemudian, aku heret dia kembali ke rumah. Setibanya di rumah, aku baringkan budak lelaki itu di atas meja dapur dan mula mengambil bahagian-bahagian kegemaranku; telinga, paru-paru dan pipi. Aku goreng sahaja. Tambah sedikit garam, kunyit dan cili potong sudah cukup membangkitkan aroma. Cara masakan lain yang lebih rumit aku memang tak reti. Kalau mak ada, sudah tentu dia akan menyediakan resepi yang lebih menarik. Tomyam paru dan sup tulang kaki antara sajian terbaik yang mak pernah masak untuk kami sekeluarga. Kenyang, aku bungkus budak itu dan campakkan mayatnya ke dalam sebuah perigi buta terletak kira-kira 3 km dari rumahku. Selamat, tiada siapa akan dapat mengenal pasti budak itu kerana fizikalnya sudah berubah sama sekali.

Aku berhenti untuk mengambil nafas dan menjeling kearah dua orang pegawai polis itu. Seorang kelihatan seperti ingin muntah dan seorang lagi seakan memancarkan kemarahan kepada diriku.

Aku sambung lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience