Bab 7

Humor Series 2352

Bunyi siren yang kuat dari ambulance yang dinaiki oleh Hajar menambahkan lagi kegelisahan didalam dirinya, bunyi siren itu seperti berdentum-dentum didalam kepalanya.

Ditengah-tengah ambulance tersebut Aidid sedang berbaring dengan berlumuran darah, tangan dan baju Hajar juga dipenuhi dengan cecair merah iaitu darah Aidid. Riak wajah risau jelas terpampang diwajah Hajar ketika itu.

Ambulance itu bergerak dengan pantas membelah jalan raya, kejadian tadi berlaku dengan pantas sehingga kan Hajar rasa dia seperti berada didalam mimpi. Semua ni bagaikan mimpi, mimpi dimana Aidid mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Hajar..

Seorang pegawai polis datang menghampiri Hajar yang sedang duduk di kerusi ruangan menunggu di wad ICU, phone Aidid digenggam erat oleh Hajar sejak dari tadi. Baru sahaja tadi Hajar menghubungi seorang kenalan Aidid yang Hajar pun tak kenali, Hajar call orang terakhir yang dihubungi oleh Aidid. Lazim.

“Cik Hajar kan” kata pegawai polis tersebut.

Hajar mengangguk. “Saya inspektor Farid, boleh saya bercakap dengan cik sekejap pasal kejadian tadi.” Pegawai polis itu bertanya banyak soalan mengenai apa yang berlaku dan Hajar menceritakan segalanya tentang bagaimana dia di rompak ketika dia baru sahaja keluar dari butik, dia cerita mengenai Aidid yang datang entah dari mana membantunya sehinggakan Aidid ditikam oleh salah seorang perompak tersebut dan perompak-perompak tersebut melarikan diri dengan motorsikal. Hajar sempat menghafal plat nombor motorsikal tersebut tetapi wajah kedua-dua perompak tersebut tidak dapat dilihatnya kerana mereka memakai helmet yang bercermin gelap.

Usai sahaja pegawai polis tersebut menemubual Hajar, hajar terus kembali ke tempat duduknya di ruangan menunggu wad ICU. Phone aidid tiba-tiba berbunyi dan nama Lazim terpampang di skrin.

“Hello, cik dekat mana yah?” tanya Lazim kedengaran suara Lazim tercungkap-cungkap seperti baru habis berlari.

“Saya dekat..hmm ruangan menunggu wad ICU ni, sebelah kuanter.” Jawab Hajar.

“Ouh ok saya dah nampak.” Lazim terus mematikan phone dan jalan menuju kearah Hajar. Hajar berdiri apabila Lazim berada di depannya, lazim memandang Hajar dari atas hingga kebawah. Keadaan Hajar yang ketika itu amat kusut dengan rambut yang berurai, baju dengan tanganya masih lagi mempunyai kesan darah.

“Aidid macam mana?” tanya Lazim dengan riak wajah risau.

“Dia masih dekat dalam bilik pembedahan agaknya sebab tadi doktor tu suruh saya tunggu dekat sini.. hurm pastu suruh saya call family member dia tapi saya tak tahu family dia and saya nampak nama awak dekat senarai last call dia thats why i call you.” Jelas Hajar, handphone dan handbag Hajar telah di bawah lari oleh perompak tersebut hanya ada phone Aidid sahaja yang berada didalam poket Aidid yang dijumpai oleh Hajar setelah perompak itu pergi.

“Apa yang jadi sebenarnya macam mana Aidid boleh kena tikam?” Lazim memandang Hajar dengan wajah serious, dia terkejut bila mendapat panggilan dari
Hajar dengan menggunakan phone Aidid yang mengatakan Aidid ditikam dan sekarang berada di hospital, dia tak sempat menanyakan apa-apa soalan dan terus menuju ke hospital.

Hajar menarik nafas panjang sebelum menceritakan semula apa yang terjadi tadi.
“Tadi saya kena rompak, butik saya dekat je dengan klinik Aidid dan pastu Aidid datang dan selamat kan saya pastu perompak tu.. one of them tikam Aidid and then dia orang lari, there is no one there at that time dah malam so banyak kedai dan pejabat dah tutup pastu i call 999 guna phone Aidid yang I jumpa dalam poket dia.”
Hajar cuba untuk menerangkan apa yang berlaku tapi entah kenapa setiap kali dia cerita dia rasa takut, mungkin dia trauma dengan semua tu. Keadaan Aidid yang berlumuran darah kesan tikaman masih lagi bermain-main dalam otaknya.

Lazim sekadar mengangguk mendengar penjelasan dari Hajar dan selepas itu dia menghubungi Hajah Salmah yang berada di Kuching, sedaya upaya Lazim mencuba menerangkan agar Hajah Salmah tidak terkejut mendengarkan berita berkenaan
Aidid tapi tu lah Hajah Salmah terkejut jugak bukan terkejut je malahan sampai menangis risau akan keadaan Aidid. Tapi lazim meminta untuk Hajah Salmah bertenang.

Lazim kembali duduk disebelah Hajar yang kelihatannya dari tadi seperti tidak senang duduk.

“Are you ok?” tanya Lazim sambil memandang Hajar dengan wajah risau. Lazim rasa dia pernah jumpa Hajar ni.
Hajar sekadar membalasnya dengan senyuman. “Hey you kenal tak dengan... hurmm takdah apa-apa lah,” Lazim tidak menghabiskan pertanyaannya kerana dia rasa masa tak berapa nak sesuai untuk soalan tersebut.

Hajar memandang Lazim dengan wajah pelik. “By the way I am Lazim and you?” Lazim memperkenalkan diri sambil menghulurkan salam, Hajar menghulurkan tangannya juga tapi bila dia sedar yang tangannya masih mempunyai kesan darah dia menarik tangannya cepat-cepat dan tersenyum. “Saya Hajar.”

“Sorry saya nak ke tandas jap” Hajar bangkit dari tempat duduk dan berjalan menuju ke tandas, dia membasuh tangan dan cuba untuk mengurangkan sedikit kesan tompokan darah Aidid yang terdapat di bajunya tapi tidak berjaya.

Dia melihat dirinya sendiri didalam cermin tandas tersebut, keadaan yang tak terurus dengan rambutnya yang kusut kesan pergelutan dengan peragut tadi. Dia mengemaskan kembali rambutnya namun masih juga kelihatan kusut.

I look like a shit.

Dia menuju semula ke tempat duduknya kembali dan mendapati yang Lazim tidak berada disana, dia duduk dan selang beberapa minit kemudian lazim datang kembali.

“Saya baru habis bercakap dengan doktor.” Kata lazim setibanya dia disebelah Hajar.

“Then how is he? Is he ok right? Nothing serious happend to him?” tanya Hajar bertalu-talu kepada Lazim nampak sangat yang Hajar risaukan Aidid.

“Calm down, dia ok tapi masih tak sedar kan diri. And I tak halau you tau but I think you better balik dulu, clean youself first take a rest apa yang jadi tadi tu I rasa cukup buat you terperanjat so you better balik dulu lah.” Lazim bercakap dengan nada yang lembut dia takut Hajar salah faham dengan apa yang dia cakap. Lagipun melihatkan keadaan Hajar yang macam kusut dia rasa hajar perlukan rehat.

“No no no I ok I akan tunggu sampai dia sedar sampai i dah nampak dengan mata kepala i yang dia ok then I akan balik.”

Jawab hajar sambil memeluk tubuh masih lagi berkeras dengan keputusannya untuk tunggu sampai Aidid sedar. Aidid memang dah banyak buat salah dengan dia dulu tapi apa yang Aidid buat untuk selamatkan dia dari perompak tu semua buatkan dia rasa berhutang budi dengan Aidid.
Lazim hanya mampu menggelengkan kepala

“Besok pagi dia baru sedar kata doktor tu sebab anesthasia and all that, takkan lah you nak tunggu sampai esok? I pun nak balik dah ni kejap lagi. Lagipun esok pagi-pagi baru mak dia datang naik flight dari kuching gi sini, you balik lah yer,”

Mendengarkan kata-kata dari Lazim bahawa mak Aidid datang esok perasaan risau Hajar mula bertambah-tambah, risau pula dia kalau-kalau mak Aidid salahkan dia. Akhirnya hajar bersetuju untuk pulang

“ahhh.. Encik, boleh tolong hantar saya balik tak? Hurmm duit saya phone saya pun dah dibawah lari oleh perompak tu and saya tak ingat number sesiapa soo kalau tak keberatan boleh-”

“Ya saya tolong awak. You dont need to worry.” Jawab Lazim cepat.

Dia tak keberatan pun sebenarnya nak hantarkan Hajar pulang, sejak pertemuan secara tragik dan penuh dramatiknya tempoh hari di hadapan pejabatnya Lazim asyik memikirkan hajar walaupun masa tu dia masih tak tahu nama hajar namun ada sesuatu dengan hajar yang membuatkannya seperti terpukau. Walaupun mungkin hajar masih tak ingat lagi dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience