Bab 5

Humor Series 2352

Suasana di kedai mamak riuh malam itu dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang melepak sambil menonton perlawanan bola sepak pial EPL Chelsea menentang Manchaster city di skrin layar besar restoran tersebut. Aidid duduk disalah satu meja diluar kedai bersama-sama dengan Kamarul dan Lazim. Kamarul dan Lazim yang dari tadi khusyuk menonton perlawanan bola sepak tak berkedip mata mereka, Aidid ja yang relax tak ambik kesah sangat perlawanan bola sepak tersebut lagipun dia bukan minat sangat bola ni tapi kalau bola keranjang memang kepakarannya lah. Sejak dari zaman sekolah lagi dia aktif bermain bola keranjang, dulu masa dia masih sekolah di Sabah dia selalu mewakili sekolah dan daerah dan bila dia pindah ke Sarawak dia menjadi wakil negeri Sarawak. Potongan badannya yang tinggi pun merupakan salah satu faktor dia jadi pemain bola keranjang, tapi masuk ketingkatan lima dia dah mula stop main bola keranjang sebab nak focus dengan SPM dia.
Semasa di Australia dia main bola keranjang sekadar suka-suka ja dengan kawan-kawan orang putih dia. Sekarang ni ja dia jarang main sangat. “Pass la bola tu adoi bodoh lah si pedro ni!!” jerit Kamarul, Kamarul memang die hard fan Chelsea.

“Haha kan aku dah cakap tak mampu punya Chelsea balas balik dah satu kosong bhai,” Lazim sengaja mengusik Kamarul. “Pundek ah diam lah kau!” Kamarul tengking Lazim.

Lazim dan Aidid ketawa ja melihat gelagat Kamarul yang dah naik angin satu badan. “Chill la rul nanti gol ah tu Chelsea.” Lazim menenangkan Kamarul. “Ya nanti…” Sambung Aidid pula menganjing dan disambut dengan gelak ketawa dari Lazim.
Kamarul buat muka menyampah. “Hajar kau macam mana?” tanya Kamarul tiba-tiba. “Haha nak tukar topic ka bang?” jawab Aidid sambil menghirup cola dari straw. Tenang.

“Hajar? Hajar mana pula ni?” Lazim pandang Aidid. “Kau tak kenal dia” Aidid jawab dengan tenang sambil minum air. Kamarul kenal Hajar sebab dulu Kamarul pun satu sekolah dengan Hajar dan Aidid. Dan Kamarul pun adalah salah satu pembuli Hajar dulu sampai lah habis tingkatan lima bila Kamarul fikir balik dia pun ada rasa bersalah juga dekat Hajar. Beberapa hari lepas Aidid ada cerita pasal Hajar dengan Kamarul sebab tu dia tahu yang Aidid dah jumpa balik dengan Hajar. Lazim pula roommate Aidid masa belajar dekat Australia dulu tapi habis belajar jah Lazim terus balik Malaysia dan buka syarikat pembinaan dia sendiri. Satu benda yang buat Aidid ni suka berkawan dengan Lazim adalah sebab walaupun Lazim ni asal dari keluarga kaya tapi dia tak sombong dan selalu rendah diri. Sebab tu Kamarul pun boleh ngam dengan Lazim.

“Asal girlfriend ka? bagus lah kau kahwin lah takdah lah mak kau asyik-asyik hantar gambar perempuan suruh kau pilih buat bini” kata Lazim.

Aidid rasa nak gelak dengar ayat Lazim boleh pula dia fikir Hajar tu girlfriend Aidid.

“Bukan girlfriend aku lah, gila macam mana nak buat bini benci sangat dia dekat aku tu haha.”

“Lah pahal pulak?” tanya Lazim.

“Perempuan tu dulu Aidid ni suka buli dekat sekolah sebelum dia pindah Sarawak,” tambah Kamarul.

“Elleh kau pun dua kali lima sama dengan aku, habis aku pindah kau pula kan yang buli dia? Sekarang dia benci aku sorang ja, siap ludah aku lagi patutnya dia ludah kau sekali syaitooonnn” jawab Aidid. Kamarul hanya gelak.

“Uiii benci sangat tu sampai dia ludah kau. Tulah padan muka kau yang kau gi buli orang kenapa? Kan dah mendapat balik.” Kata Lazim.

“Sebab aku suka bila tengok dia marah comel sangat.” Jawab Aidid sambil tersenyum.

“Comel apanya? Dulu dia tak cantik kot, pakai spek mata besar lepas tu rambut dia pula mengerbang jah dengan muka garang cam hitler. Kau ingat tak did nama panggilan dia dulu kita selalu panggil?” Kamarul dengan Aidid sememangnya ada nama istimewa yang selalu digunakan oleh mereka dulu untuk mengejek Hajar.

“Medusa…” serentak Kamarul dengan Aidid jawab lepas tu durang bantai gelak. Dulu Hajar tak berapa nak cantik, pastu suka duduk sorang-sorang tak bergaul dengan orang sebab tu dia selalu jadi target ejekan Aidid dengan Kamarul.

Tapi sekarang Hajar dah lain walaupun dia masih pakai spek tapi spek yang dia pakai sekarang menampakkan dia seperti perempuan elegant dan berkelas, dia sememangnya Nampak lain.

Tiba-tiba Lazim teringat peristiwa yang berlaku petang tadi di pejabatnya. “Wei korang tahu tak tadi pekerja aku kena belasah dengan akak ipar dia, teruk gila dia kena.” Kata Lazim sambil ketawa. Rasa kelakar juga apa yang berlaku tu bila difikirkannya kembali.

“Wuisshhh dah tu apa jadi dengan dia?” tanya Kamarul pula penuh dengan keterujaan.

“Pengsanlah.. gila tak pengsan. Muka dia kena rembat kot.” Jawab Lazim lagi masih lagi ketawa.

Aidid hanya diam mendengar cerita dari Lazim, “Pahal pula akak ipar dia sampai belasah dia dekat pejabat kau?” tanya Kamarul.

“Dia pukul bini dia, jadi akak ipar dia belasah lah dia. Padan jugak lah muka dia, dia tu pun aku tengok muka cam fuckboy sikit… hansem orangnya, banyak kali dah aku perasan dia tu selalu kacau perempuan-perempuan dekat pejabat terutama sekali budak-budak perempuan praktikal memang jadi ulat bulu naik daun lah dia tapi tak sangka pula aku dia pukul bini dia.” Sambung Lazim lagi.

“Kau biar ja dia kacau pekerja-pekerja perempuan kau? Apa punya bos kau ni?” kata Aidid, pelik dengan perangai Lazim yang biarkan pekerja macam tu bekerja dengan dia.

“Dia kerja bagus, rajin jugak jadi aku tak kisah lah lagipun tak dah pun yang mengaduh dengan aku, aku Nampak budak-budak perempuan praktikal tu sama menggeletes dengan dia biar ja dia duk menggatal dengan dia orang. Selagi benda tu tak kacau kerja dia aku biar je lah kan? aku kira tu macam hal peribadi dia lah aku takkan kacau.” Tambah Lazim.

Lazim menilai orang dari sudut pekerjaan seseorang tu dalam syarikat. Selagi orang tu buat kerja bagus dan tak membawa kesan buruk kepada syarikat dia tak kesah sangat. Dia anggap tu semua hal peribadi pekerjanya, dia sebagai majikan takkan nak menyibuk hal peribadi pekerjanya pula.
Aidid dengan Kamarul pun mengouhhkan saja kata-kata dari Lazim. Mereka melepak di kedai mamak tu sampai jam 11, memang begitulah aktiviti mereka disetiap malam sabtu setiap minggu.

Walaupun Kamarul dah beristeri tapi isteri Kamarul ni jenis sporting ja sebab dia pun kenal rapat dengan Aidid dan Lazim. Bagi Lazim pula dia sudah mempunyai seorang anak perempuan yang berusia enam tahun, isterinya meninggal dua tahun lepas dan dia belum berfikir untuk berkahwin semula. Dia dah rasa cukup gembira dengan anaknya sahaja masa ini.

+++++++++++++++++++++++++++++
Hajar tengah rilek diatas katil sambil menonton wayang kegemarannya di laptopnya, wayang kegemaran Hajar adalah The Breakfast Club. Setiap kali dia stress dengan hidup dan orang disekelilingnya ataupun melalui masa-masa yang sukar dia akan menonton wayang tersebut entah kenapa dia suka sangat cerita tu dari dulu lagi. Tengah khusyuk melayan wayang tersebut yang entah dah keberapa kalinya dia tengok tiba-tiba phonenya yang berada dimeja kecil di sisi katil berbunyi, dia mencapai phone nama Indah tertera diskrin phonenya.

“Apasal Angah belasah Hisyam? Angah ni betul dah gila lah!” kuat suara Indah kedengaran dari dalam phone macam nak pecah gegandang telinga Hajar.

“Patutnya kau bersyukur aku bagi pengajaran dengan laki kau tu!” balas Hajar pula.

Naik angin pula dia rasa bila Indah salahkan dia, patutnya Indah berterima kasih dengan Hajar sebab dah tolong balas balik apa yang Hisyam buat dekat dia. Ni tidak Indah salah kan dia pula.

“Boleh jangan nak menyibuk hal rumah tangga orang tak?! Tak semua yang angah buat tu betul! Sekali-” belum habis Indah bercakap Hajar dah tamatkan panggilan, malas dia nak dengar cakap orang yang tak reti bersyukur. Dia letak semula phone dia tapi tak sampai dua saat phone dia berbunyi semula, dia capai phone dan nama Indah sekali lagi tertera di skrin. Dia dah malas dah, dia terus off kan phone. “Kau call lah sejuta kali pun tengok orang jawab ka tak,” kata Hajar sendiri.
Dan dia kembali focus menonton wayang tadi. Cuba melupakan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience