Bab 6

Humor Series 2352

Seperti biasa Hajar sampai di Butik tepat pukul lapan setengah pagi, melangkah sahaja dia kedalam Butik tangannya terus ditarik oleh Mike menuju ke meja bulat di suatu sudut Butik tersebut meja biasa mereka berbincang dengan customer.

Hajar pelik tiba-tiba sahaja pagi ni Mike datang awal selalunya Hajar sampai dulu ke butik.

“Awal kau datang hari ni?” Tanya Hajar pelik.

“Shushhhh.” Mike tiba-tiba sahaja meletakkan jari telunjuknya untuk menutup mulut Hajar. Hajar tolak tangan dia.

“That is not the question my baby,” Jawabnya lagi dengan penuh dramatik. Mike ni memang selalu terlebih drama.
Hajar pandang Mike menyampah, entah apa-apa ja pondan ni pepagi.

"Kenapa?!” tanya Hajar lagi, dia bertambah pelik bila dua orang pekerja butik mereka sedang berdiri dibelakang Mike sambil memandangnya, dah lah pandang dia pelik macam ada benda mustahak ja nak tau.

“Ok, let me straight to the point.” Kata Mike sambil menghulurkan tangannya kearah Lisa pekerja mereka yang berada disebelah kanan Mike, pastu Lisa bagi Mike Ipad.

“Explain all this to us ok baby, from A to Z.”
Hajar pandang Mike dengan mata yang tajam. “Ok, ok I show it to you lah.” Mike memberi kan Ipad kepada Hajar, lalu dia menekan play di satu video yang memaparkan seorang wanita membelasah seorang lelaki. Terbeliak mata Hajar melihat video tersebut, wanita dalam video tu dia. Apa dah jadi? Tanyanya dalam hati, sepatutnya dia tanya Apa yang akan jadi?
Video yang berdurasi lapan minit tersebut cukup membuatkan Hajar gerigau, tangan dia dah sejuk. Macam-macam yang terlintas dikepalanya ketika itu, mesti banyak orang kecam dia sebab video tu, macam mana pula dengan imej butiknya dan Mike. Dia mula rasa menyesal dengan tindakannya kemarin, dia ni memanglah buat tak pandai nak fikir dulu. Ikut emosi dia jah.

Dia pandang muka Mike dengan wajah bersalah pastu dia genggam tangan Mike kuat-kuat “Mike aku minta maaf Mike, aku tak tahu benda ni boleh viral. Aku tak perasan pun ada orang rakam Mike, mesti lepas ni orang dah tak nak pakai baju dari butik. I am so sorry Mike.” Hajar dah rasa nak nangis mengenangkan nasib butik mereka, butik yang di bangunkan dengan jerit payah dia dengan Mike akan hancur macam tu jah sebab dia. Banyak dah contoh orang yang dia tahu hancur lepas isu viral, sekarang ni dia akan hancur sekali.

“Sorry?” tanya mike seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Hajar.

“Tak pah Mike kalau kau tak nak maafkan aku.” Jawab Hajar, dia terima kalau Mike nak maki hamun dia. Dia dah tak kesah dah, mike memang patut pun maki dia.

“Hey bitch you make us famous ok!” kata Mike dengan nada eksited. Hajar pandang Mike dengan wajah pelik, pahal pula dia tak marah ni? “Famous?” tanya Hajar dengan mata terkelip-kelip. “Hey dummy you know nothing about socmedia right? Netizen semua sokong you tau tak?! Look at their comment, read it bitches!” Jawab Mike sambil menunjukkan komen-komen yang berada di video tersebut. Rata-rata mereka memuji tindakan Hajar yang membelasah Hisyam kerana Hisyam memukul Indah.

Tapi ada juga komen yang mengatakan bahawa Hajar tak perlu menyibuk hal rumah tangga Indah walaupun Indah adalahnya adiknya sendiri dan ada juga yang komen mengatakan bahawa tindakan Hajar membelasah Hisyam tidak mencerminkan adab dan tata susila wanita melayu. Ada juga yang menganggap cara Hajar membelasah Hisyam seperti seorang penggusti professional sampai ada yang mencadangkannya untuk bertanding. Dalam beberapa jam sahaja jumlah pengikut bagi akaun Instagram butik mereka bertambah kepada 1.3 juta.

“How?” tanya Hajar lagi masih lagi belum mempercayai apa yang berlaku.

“You make us more famous..” Tambah Mike lagi sambil berangan-angan yang selepas ni brand baju mereka akan famous seperti brand busana Ridzuan Ruzaini dan Jovian Mandage.

Lisa dan Mimie dibelakang Mike tengah bertepuk gembira seperti dapat membayangkan apa yang dibayangkan oleh Mike.

Seperti apa yang dibayangkan oleh Mike, banyak pelanggan yang berkunjung ke butik mereka selepas itu. Golongan datin-datin pun banyak yang datang, kebanyak orang yang datang akan memuji-muji tindakan Hajar yang dikatakan berani untuk melindungi adiknya, dia hanya membalasnya dengan senyuman dan ucapan terima kasih atas pujian yang diterimanya.

Orang lain pun tau apa yang dia buat tu untuk membantu Indah namun Indah sendiri menyalahkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience