Bab 8

Humor Series 2352

Aidid tersedar dan mendapati ada seorang jururawat berdiri dihadapan katilnya, bau-bauan ubat mula memasuki hidungnya dia tahu dia dekat hospital. Dia cuba untuk bangun namun rasa nyilu dibahagian perutnya membataskan pergerakannya dan dia kembali berbaring.

Jururawat itu datang mendekatinya. “Encik tak boleh bergerak sangat sekarang ni kalau encik perlukan apa-apa encik boleh bagi tahu saya.” Kata jururawat itu sambil tersenyum.

“Ada sesiapa dekat sini tak tadi? Maksud saya orang yang jaga saya ka?” tanya Aidid kepada jururawat tersebut.

“Tadi ada seorang lelaki dekat sini tapi dia dah pergi.” Jawab jururawat itu. “Oh ok terima kasih.” Kata Aidid.

Lelaki? Siapa pula dah ni? Hajar macam mana lah erk. Kata Aidid sendiri.

+++++++++++++++++++++++++++++
Hajar bangun awal pagi lagi dan terus menuju ke arah dapur rasa mengantuk masih bersisa lagi. Semalam dia sampai rumah dah nak dekat pukul dua lebih, nasib baik lah dulu dia sempat simpan kunci pendua di luar rumah kalau-kalau dia ada emergency hilang kunci kah dapatlah dia masuk kerumah.

Lepas tu dia tak dapat tidur pula entahlah macam rasa trauma jugak dia, janji pasni taknak dah dia balik lewat. Al kisahnya jam lima dia baru nak tertidur dapat tidur berapa jam jak. Pasni dia dah nak pergi hospital jenguk Aidid.

Banyak benda dia nak urus hari ni. Ini semua terima kasih bebanyak dengan perompak dua ekor tu.

Lazim, Kamarul, Hajah Salmah dan Rizal abang ipar Aidid melangkah masuk kedalam wad dan mendapati yang Aidid sedang tidur.

Hajah Salmah perlahan-lahan datang merapati Aidid dengan kesan air mata yang belum lagi kering di pipi, diusap lembut kepala Aidid. Rasa risau yang menguasai diri sejak dari semalam tidur pun tak dapat pagi-pagi lagi dia dengan anak menantunya Rizal dah berangkat pergi airport naik flight pertama dari Kuching ke Kuala Lumpur eyalah mak mana tak sayangkan anak dah lah Aidid satu-satunya anak lelaki dia ada.

Menjadi satu-satunya anak lelaki dari empat orang adik beradik memang membuatkan Aidid extra manja dengan uminya dari kakak dia yang lain.

Masa arwah ayahnya masih hidup dia rapat sangat dengan arwah ayahnya tapi sejak arwah ayahnya meninggal umi lah tempat bergantung kasih dia dengan kakak-kakaknya. Air mata Hajah Salmah jatuh lagi melihatkan keadaan Aidid hati ibu mana yang tak luluh bila mengetahui yang anaknya ditikam, walaupun sejak dari semalam Lazim mengatakan yang kecedaran Aidid kesan dari tikaman tu tak berapa serious dan hanya perlu melalui pembedahan kecil tapi Hajah Salmah tetap risau mengenangkan nasib anak terunanya sorang tu.

“Makcik janganlah risau sangat Aidid baik-baik jer tu.” Kamarul bersuara cuba untuk menenangkan Hajah Salmah, terkejut beruk juga Kamarul pagi tadi bila Lazim call dia cakap yang Aidid kena tikam. Entah apa jah beruk makyong tu buat sampai kena tikam.

Hajah Salmah menggesat air mata yang jatuh berjujuran sehingga terkena ke muka Aidid. Tersedar Aidid masa tu, dibukanya pelahan-lahan matanya.

Dengan riak wajah yang penuh kekeliruan Aidid memandang uminya dan semua orang yang mengelilingi katilnya.

Hajah Salmah mengukirkan senyuman bila menyedari yang Aidid dah sedar. “Kamu ok tak ni did? Umi risau sangat dekat kamu ni” Kata Hajah Salmah.

Aidid seperti terkejut mendengarkan kata-kata Hajah Salmah lalu dia pun membuka mulut “Umi?...”

“Makcik ni mak saya ka?” tanya Aidid dengan wajah naif.

Macam nak terkeluar jantung Hajah Salmah mendengar kata-kata Aidid. Dah kenapa pula anak aku ni? Kepala dia terhantuk kah? Kata kena tikam ja. Rahang Lazim, rizal dengan kamarul pun dah jatuh.

“Woi kau dah kenapa?” tanya Lazim.

“Korang ni siapa? Adik beradik aku ka?” tanya Aidid pula memandang wajah Lazim, Rizal dan Kamarul bersilih ganti. Membulat mata mereka semua melihatkan reaksi balas Aidid.

Allah pula dah. Tangisan Hajah Salmah makin rancak, air matanya mengalir semakin deras.
“Kau betul-betul dah hilang ingatan ka Aidid?” kata Rizal sambil memandang Lazim dengan wajah keliru. “Kau kata dia kena tikam? Dah kenapa boleh bersambung ke otak pulak ni?” Lazim diam sambil garuk kepala yang tak gatal.

Secara tiba-tiba Aidid tunding jari dia kearah Kamarul. “Kalau kau adik beradik dengan aku apasal aku lagi hansem dari kau?” kata Aidid dan selepas itu ketawanya pecah.

“Aidid gurau lah.” Jawab Aidid sambil memeluk pinggang Hajah Salmah.

“Kau nak rasa kasut saiz 8 tak?” kata Kamarul sambil mengangkat sedikit kasutnya. Lazim dengan Rizal dah buat muka menyampah. Setan Aidid ni game orang pula tak padan dengan kena tikamnya dah nak kena sulah ka apa?

“Betuah punya budak kau buat umi risau!!” jawab Hajah Salmah sambil mencubit lengan Aidid. “Kau tau macam nak tercabut jantung umi kau buat!” kali ni Hajah Salmah cakap dengan nada serious. Nak kena luku budak sorang ni.

“Kau nak kena tikam lagi tak?” Rizal pandang adik iparnya dengan pandangan membunuh, budak ni orang gila risau dengan dia kena tikam dia boleh buat-buat hilang ingatan.

“Hahahaha sabar bang, aidid Cuma nak bergurau.” Aidid masih lagi ketawa. Dah lama dia tahan tu nak ketawa bila tengok reaksi muka dia orang semua tadi.

“Otak kau gurau!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience