Bab 11

Humor Series 2352

Hajar memberhentikan keretanya betul-betul didepan pagar rumahnya, dia keluar dari kereta dan menuju keluar untuk membuka pagar tak sampai beberapa minit. Satu kereta berhenti di belakang keretanya. Kereta johan. Johan keluar dari keretanya “Ngah!” panggil johan kepada hajar. “Kejap! Nak parking jap.”

Hajar melangkah ke ruang tamu diikuti oleh Haji raden, Hajah Jamilah dan johan.

“Huh kenapa datang sini?” tanya hajar selamba sambil tekan suis hidupkan lampu ruang tamu.

“Amboi soalan kau! Dah kenapa tak boleh datang rumah anak sendiri?” kata hajah jamilah dengan nada marah. Haji Raden hanya diam dan duduk di sofa bersebelahan dengan johan yang dah buka tv guna remote control. Hajar sekadar bagi pandangan malas dekat mak dia “Tak dah la pelik ja selalunya mak dengan abah gi rumah indah ja.”

“Aku datang sini sebab pelik kau dah bertahun tak call.” Kata hajah jamilah lagi siap bagi jelingan maut lagi dekat hajar. Hajar diam sambil kurik-kurik telinga. Over tau mak aku ni apa pula bertahun baru berapa minggu ja.

Johan bangun dari sofa dan berjalan menuju ke dapur dia datang balik keruang tamu dengan memegang mug ditangan kanan dan satu botol jus oren ditangan sebelah kiri, selamba ja dia jalan depan hajar yang pandang dia sambil kecikkan mata.

“Oi! Ingat rumah kau ka?” hajar tinggikan suara.

“Adik beradik pun nak bekira lah kau ni.” Jawab johan pastu dia minum.

“Oi angah kenapa kau tak call mak dengan bapa? Orang call kau bukan jawab pun.” Tambah johan cuba untuk tukar topik.

Hajar garuk kepala. “Budak ni memang ni.. kenapa kau dah nak putuskan silaturahim dengan kita orang pulak ka? Eya lah memutuskan hubungan tanpa sebab yang kukuh tu kan memang kepakaran kau.” Hajah salmah sambung pula siap bagi sindiran pulak.

“Orang kena rompak habis phone semua lesap.” Jawab hajar tenang sambil minum guna mug johan tadi. Jatuh rahang hajah jamilah, haji raden dengan johan selamba badak hajar je jawab dia kena rompak macam orang tanya dia sekarang jam berapa? Sekarang jam dua.

“Dah tu kau tak apa-apa?” tanya haji raden yang dari tadi diam mula terpancar riak wajah risau. Hajah jamilah pun dah datang dekat dengan hajar. “Ok jer tapi orang yang tolong angah tu kena tikam.” Kata hajar lagi. “Uishh ok ka dia?!” johan tanya dengan muka terkejut.

“Sekarang ok dah, hari-hari juga aku gi rumah dia.”

“Kamu betul tak apa-apa ka?” hajah salmah tanya dengan nada lembut sambil usap-usap rambut hajar. “Ok ja mak.” Hajar senyum.

Haji raden dah tenang semula sambil sambung tengok tv.

“Kamu tu kalau ada apa-apa cuba lah bagi tau jangan simpan sorang.” Pesan haji raden kepada hajar. Hajar sekadar mengangguk.

“Kau dengan indah dah ok? Jangan ingat mak dengan bapa tak tau apa yang jadi. Hari tu indah datang bagi tau kami yang kau belasah hisyam.” Tambah haji raden dengan nada lembut. Hajah salmah dah berhenti usap rambut hajar dan pandang dia dengan wajah serious.

“Hebatlah kau ngah boleh pula kau belasah si hisyam tu.” Kata johan sambil ketawa. Hajar hanya bagi pandangan tajam kearahnya serta merta sahaja dia terhenti ketawa.

“Kan bapa dah kata bincang elok-elok.” Haji raden pandang hajar serious. Hajar sekadar diam dan tunduk.

Hajah salmah pandang hajar dengan kening yang berkerut “Yang selamatkan kau tu lelaki ka perempuan?”

++++++++++++++++++++++++++++++
Hajar duduk bersila diatas katil phone yang diletakkan di depannya direnung sejak dari tadi. Jam dah nak dekat pukul sepuluh malam. Setiap kali hampir pukul sepuluh malam Aidid mesti call dia ingat lagi dia berapa hari lepas tiba-tiba ja Aidid call dia siap simpan dalam senarai contact lagi, tak ingat pula dia bila masa dia save nombor Aidid dalam phone dia. Sejak dari situ tiap-tiap hari aidid akan call dia, macam-macam benda juga aidid cerita hajar sekadar ouh, hmm kan aja kadang-kadang sampai hajar tertidur. Ikut hati dia nak aja dia sekat nombor aidid dari call dia tapi aidid kan dah selamatkan dia, berhutang budi pula dia dengan aidid.

Berapa minit lepas tu phone dia dah berbunyi dan nama aidid tertera di skrin phonenya. “Hai awak.” Suara nada mengada-ngada aidid dah kedengaran.

“Hai.” Jawab hajar pendek.

“Apa khabar?”

“Tadi baru je jumpa.” Kata hajar dengan nada malas. “Hmm Aidid..” sambung hajar.
“Yeee sayang..”

Hajar menguap. “Serious please.” Katanya lagi tegas.

“Ok ok.. kenapa?” Aidid diam dua saat pastu dia sambung lagi. “Sayanggggg...” panjang perkataan sayang tu disebutnya lepas tu ketawanya pecah.

Hajar dah bertambah rasa menyampah. Ini lah yang perlu dihadap oleh hajar setiap malam bila aidid call dia.

Hajar tarik nafas panjang dan berdoa dalam hati. Berikan lah aku kesabaran menghadapi cubaan ni yah allah amin.

“Mak dengan bapa aku nak datang jenguk kau esok boleh?” laju hajar menuturkan ayat tersebut. Sejak dari tadi mak dan bapa hajar berkeras nak jenguk aidid esok.

“Dia tu selamatkan kau, kau tu pula anak kami. Boleh pula kami tak pergi ucapkan terima kasih.” Begitulah kata-kata yang dituturkan oleh haji raden tadi.

Hajar kalau dengan maknya boleh ja dia berkeras lagi tapi kalau dah dengan haji raden lidah dia akan keluh. Hasilnya malam ni haji raden, hajah jamilah dengan johan tidur rumah dia sebab esok dia orang akan ikut hajar pergi rumah aidid.

“Mak dengan bapak?! Mak dengan bapak nak jenguk aku?” aidid dah rasa teruja tadi dia baring sekarang dah bangun bila dengar mak hajar nak jenguk dia. First time jumpa bakal mother in law aku ni.

Hajar julingkan mata kelangit. “Mak dengan bapak aku.” Hajar menuturkan perkataan itu satu-satu.

Aidid gelak sambil menggelengkan kepala. “Eya lah mak dengan bapak kau. Jam berapa nak datang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience