Bab 4

Humor Series 2352

Hajar dan Mike baru sahaja habis bertemu dengan pelanggan yang meminta mereka merekakan busana perkahwinannya, habis sahaja perbincangan tersebut Hajar terus masuk kedalam pejabatnya yang juga berada didalam butik tersebut. Handphonenya yang berada di atas meja dicapai terdapat empat miscalled dari bapa Hajar dan satu mesej.

From:Bapak.
Boleh balik hari ni tak? Urgent.

Tanpa berlengah Hajar terus mencapai beg tangannya dan berjalan keluar. Mike yang sedang membelek-belek busana yang dipakai oleh patung terus menegur Hajar yang dilihatnya dalam keadaan tergesa-gesa keluar dari butik. “Oii nyah you nak kemana?” tanya Mike.

Hajar yang berdiri didepan pintu butik sudah menggapai tonggol pintu memandang kearah Mike. “Kau jaga butik aku ada hal family, nanti aku mesej kau kalau ada apa-apa.” Kata Hajar terus berlalu dari situ.

“OoK.” Jawab Mike ketika itu walaupun Hajar sudah tiada disitu.

Hajar berjalan menuju kearah keretanya yang diparking dihadapan butik bersebelahan dengan kereta Mike. Ketika membuka pintu Hajar bahu Hajar ditepuk dari belakang ianya membuatkan dia menoleh kebelakang. “Hai.” Sapa Aidid kepada Hajar. “Hai, I have to go. See you next time.” Jawab Hajar pantas lalu masuk kedalam kereta. Aidid dan seorang lagi lelaki yang Hajar tak kenal hanya terpinga-pinga melihatkan reaksi dari Hajar. Hajar malas nak fikir pasal itu, apa yang penting adalah Hajar kena sampai kerumah ibu bapanya secepat mungkin. Entah apalah yang urgent sangat tu.

Hajar tak tinggal dengan family, dia hanya tinggal bersendirian. Orang tuanya tinggal bersama abang Hajar di rumah yang Hajar belikan untuk parents dia. Abangnya si Johan masih belum kahwin walaupun umur dah masuk 42 tahun ini semua disebabkan perangai abang dia yang naif dan cepat percaya orang dari dulu lagi johan selalu ditipu oleh perempua bukan perempuan saja tipu dia tapi banyak lagi orang yang pernah tipu abang dia tu. Tak kisah lah sama ada dalam urusan cinta mahupun pekerjaan. Sampai rugi banyak duit pun ada. Johan terlalu naif dan cepat percaya orang itulah yang membuatkan Hajar tak berapa gemar dengan Johan.

Sampai saja dirumah mak bapaknya, dilihatnya tiada kereta Johan yang terparking di halaman rumah. Dia ketuk pintu dan tak sampai beberapa saat Bapaknya, Haji Raden membukakan pintu. “Apa yang urgent sangat tu?” tanya Hajar masih lagi berdiri didepan pintu. “Kalau eya pun masuk lah dulu,” kata Haji Raden. Hajar masuk kedalam rumah, mama Hajar iaitu Hajah Jamilah sedang duduk menonton tv sedar akan kedatangannya tapi buat-buat macam tak sedar Hajah Jamilah melayan Hajar sebegitu semenjak kes Hajar memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Adam lapan tahun dulu, Hajar pun dah tak kesah sangat mak dia layan dia macam tu janji mak dia maafkan dia. “Hah kenapa? Cakap tadi urgent,” tanya Hajar lagi sekali.
Haji Raden duduk di sofa. “Hah milah cakap lah apa kamu nampak tadi?” kata Haji Raden pula kepada Hajah Jamilah, Hajar terus memandang kearah Maknya. “Tadi Mak pergi rumah Indah, pastu mak Nampak muka dia lebam-lebam macam kena pukul Mak tanya lah dia kenapa muka lebam Hisyam pukul dia lagi ka? Dia kata tak, dia kata dia jatuh tapi hati mak ni kuat cakap yang Hisyam pukul dia lagi. Bila mak tanya lagi dia cepat-cepat suruh mak balik.” Jawab Hajah Jamilah sebak bercampur risau. Haji raden hanya mendengus lembut namun ada riak risau terpancar diwajah beliau.

Panas hati Hajar mendengar cerita dari maknya berkenaan adiknya Indah. Indah berkahwin dengan Hisyam dah masuk lima tahun dan dikurniakan dengan sepasang anak kembar. Tapi sejak beberapa tahun lalu Hisyam kerap memukul Indah, pada mulanya Hajar sekeluarga tak tahu yang Indah kena pukul dengan Hisyam tapi dua bulan lepas Indah balik kerumah Haji Raden tengah malam bersama anaknya menangis cakap yang Hisyam pukul dia dengan anak-anak pastu Indah ceritakan semuanya yang dia kerap dipukul oleh Hisyam. Dia cakap dia dah tak tahan dengan Hisyam dia nak minta cerai. Hampir jugak Hisyam makan penumbuk Hajar bila Hajar tahu cerita sebenar namun Hisyam Berjaya memujuk Indah semula untuk balik kepadanya dan Indah membatalkan rancangan untuk meminta cerai dari Hisyam. Hajar memang masih tak percaya dengan si Hisyam tu tapi Indah cakap yang Hisyam berubah jadi Hajar ikutkan ja lah. Nak buat macam mana? Ni urusan rumah tanggan Indah takkan Hajar nak masuk campur.

“Kamu pergilah tanya adik kau tu elok-elok, tapi jangan lah kau marah-marah dia. Tanya bagus-bagus.” Kata Haji Raden dengan tenang. Tanya elok-elok? Kali ni Hisyam tu memang akan telan penumbuk dari Hajar ler jawabnya. Hajar berdiri dari sofa “Hajar pegi rumah Indah dulu,” kata Hajar sudah pun berjalan kearah pintu.
“Aik tak nak makan tengah hari dulu dekat sini?” tanya Hajah Jamilah melihatkan Hajar yang tergesa-gesa. Walaupun Hajah Jamilah ni kadang-kadang nampak macam masih marah dekat Hajar tapi jauh disudut hatinya dia sayang dengan Hajar sama macam mana dia sayangkan Johan dengan Indah. Tapi tulah sifat panas baran dan tergesa-gesa Hajar tu buat dia selalu susah hati. Mengingatkan kembali peristiwa lapan tahun lepas memanglah Hajah Jamilah marah mana tak marahnya, Hajar batalkan kahwin tiga hari sebelum hari nikah. Pekak jugalah telinga Hajah Jamilah dan Haji Raden mendengarkan kata-kata dari orang sekeliling dan saudara-mara sehinggakan mereka membuat keputusan untuk pindah dari Sabah dan menetap di semenanjung. Dua bulan lepas tu pula tunangnya Hajar kahwin dengan Suhaila sepupu Hajar sendiri. Bertambahlah buruk kata-kata yang dilemparkan oleh saudara-mara siap cakap yang Suhaila terpaksa kahwin dengan Adam untuk tutup malu lah apa lah. Tapi bila difikirkannya kembali mungkin ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hajar, Adam dan Suhaila tentang peristiwa tu yang membuatkan majlis perkahwinan Hajar dan Adam dibatalkan.

Hajar berdiri didepan pintu “Tak pah lah mak, Hajar tak dah selera.” Jawab Hajar. “Tanya bagus-bagus tau Hajar,” pesan Haji Raden yang sememangnya kenal sangat perangai Hajar yang panas baran tu dan Hajar sekadar menghmmkan aja.
Hajar memandu menuju kerumah Indah bermacam-macam emosi berligar-ligar dihatinya ketika itu tapi emosi yang paling banyak adalah marah. Dia marah dengan Hisyam yang tak habis-habis jadikan Indah sebagai punching beg, takkan si Hisyam bongok tu tak ingat amaran Hajar dulu “Kalau aku dapat tahu kau pukul adik aku lagi, aku akan pastikan yang konek kau akan melekat di dahi kau.” Dan dia juga marah dengan sifat Indah yang membiarkan saja Hisyam mempelakukannya sebegitu hanya disebabkan cinta. Kadang-kadang Hajar rasa Indah ni mengingatkan dia dengan diri dia disekolah menengah dulu, dia pun biarkan diri dia kena buli dulu dia tak pernah mengaduh dengan mak dia, dia sabar ja masa tu walaupun dia tahu dia terseksa.

Hajar berhenti dibahu jalan dan menghantar mesej kepada Mike.

To:Mike Chan(Work)
Aku tak dapat balik butik, kau jaga butik. Aku ada hal nak urus.

Sampai di apartment Indah, hajar memarking kereta di kawasan tempat letak kereta lalu menuju kearah lif dan menekan butang tingat enam iaitu tingkat apartment Indah. Sampai sahaja di apartment Indah, Hajar terus menekan lonceng tak lama lepas tu Indah keluar. “Angah buat apa dekat sini?” tanya Indah terkejut melihat Hajar. Hajar memang jarang datang rumah dia. Hajar memerhatikan muka Indah yang dipenuhi lebam, tak Nampak macam lebam jatuh pun. “Laki kau mana?” tanya Hajar. “Kerja.” Jawab Indah yang sedang membuka pintu jeriji. “Pahal muka kau?” tanya Hajar dengan suara mendatar dan riak wajah yang serious. “Indah jatuh dekat tandas.” Jawab Indah sambil tersenyum kelat. Mendengar kan jawapan dan riak wajah dari Indah, Hajar dah tahu yang Indah menipu Indah ni kalau dengan Hajar memang tak boleh nak menipu punya. Hajar terus berlalu pergi dari situ, terkejut Indah dengan kakaknya yang baru sahaja sampai tapi dah balik, masuk dalam rumah pun belum. Dia hanya berdiri terkaku disitu berfikir apa yang dah jadi. Ada yang tak kenakah dengan jawapan yang dia bagi?

Dengan pantas Hajar memandu pula menuju ke tempat kerja Hisyam dia tahu dimana Hisyam kerja, Hisyam bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Sampai sahaja di pejabat Hisyam, Hajar terus masuk kedalam dan dia disambut oleh penyambut tetamu. “Selamat petang cik apa yang boleh saya bantu?” kata penyambut tetamu itu sambil tersenyum manis. “Encik Hisyam bin Mohd Nor ada tak?” tanya Hajar.

“Encik Hisyam tengah bermesyuarat, cik boleh tunggu sebentar?” tanya penyambut tetamu itu dengan penuh sopan namun Hajar buat macam tak dengar dia terus berjalan dengan penuh selamba kedalam pejabat tersebut. “Cik, Cik!” jerit penyambut tetamu itu tapi dia dah tak peduli. Ada ku kisah bisiknya dalam hati.

Semua pekerja yang berada didalam pejabat terkejut melihatnya, dia ternampak perkataan bilik mesyuarat melekat di pintu bilik yang terdapat didalam pejabat tersebut. Dia menyerbu masuk kedalam bilik mesyuarat tersebut terkejut beruk semua orang dalam bilik mesyuarat “I am so sorry but I have some unfinished business with Encik Hisyam.” Kata Hajar, dia melihat Hisyam sedang duduk disalah satu bangku. Hisyam hanya melopong seperti tak percaya apa dilihatnya. Tanpa segan silu Hajar terus menarik rambut Hisyam menjerit Hisyam ketika itu kerana Hajar menariknya dari rambut lalu mengheretnya keluar dari pejabat, terkejut beruk juga semua orang dalam pejabat tu melihatkan Hisyam diperlakukan sebegitu oleh Hajar. Hajar tarik rambut Hisyam selamba ja sampai keluar pejabat.

Sampai sahaja diluar Hajar terus melepaskan rambut Hisyam “Apa kau buat ni?!” jerit Hisyam kepada Hajar. Tapi Hajar hanya pekakkan telinga dan tanpa banyak cakap Hajar menghayunkan penumbuk tepat kemuka Hisyam, Hisyam tak dapat nak mengelak dia dapat rasakan gigi dia patah belum sempat pun rasa sakit kesan dari tumbukan pertama Hajar surut. Hajar dah pegang kolar baju Hisyam pula dengan kuat dan bagi penumbuk kearah perut Hisyam, sampai keluar darah dari mulut Hisyam terduduk lagi sekali Hisyam tapi kali ni Hisyam terduduk macam bersujud. Masa tu Hisyam dah tak tahu yang darah keluar tu sebab gigi dia patah atau usus dia dah hancur kena penumbuk Hajar.

Masa Hisyam terduduk tu Hajar sekali lagi tarik rambut Hisyam, dia nak tampar-tampar muka si Hisyam ni tapi tak dapat sebab ada seseorang yang tahan tangan dia dari belakang. Dia menoleh kebelakang “Stop it!” perintah lelaki itu. “Siapa kau?!” kata Hajar dengan nada yang kuat menarik tangannya yang ditahan oleh lelaki tersebut. “Saya pemilik syarikat ni, dan dia pekerja saya. Apa pun yang jadi diantara korang berdua tolong jangan buat dihadapan pejabat saya. Or I will call police.” Kata lelaki tu tegas. Hajar melepaskan rambut Hisyam “Kau satu kali lagi kau pukul adik aku lebih teruk dari ini aku buat.” Kata Hajar pula.

Ketika Hajar berjalan dari tempat tersebut dia masih lagi rasa tak puas hati lalu dia pun berhenti sebentar dan menoleh kearah belakang iaitu kearah Hisyam lalu Hajar berlari dari tempatnya dan menuju kearah Hisyam dan menandang Hisyam tepat dimuka, tendangan Hajar masa tu macam merempat bola dengan memakai High heels. Terbaring Hisyam disitu atau lebih tepat Hisyam dah pengsan masa tu, gila tak pengsan kena rimbat dengan high heels. Hajar dapat dengar bunyi latar belakang orang cakap UHHHHH!!!! Masa tu.
Hajar memandang kearah lelaki yang menghentikannya tadi lalu berkata.

“Maafkan saya yah tapi mamat ni pukul adik saya iaitu bini dia, I just give him what he deserve to get. Karma is good when we serve it cold.” Hajar tersenyum puas lalu flip hair didepan lelaki. Lelaki tu terkasima memandang Hajar. Dengan rasa puas hati terus berlalu dari situ dengan selambanya tanpa mengetahui yang orang ramai disitu telah memerhatikan apa yang dilakukannya dari tadi siap ada ambil video lagi. Viral lah Hajar lepas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience