Bab 3

Humor Series 2352

“Woi!! Bukalah pintu ni!” Farrah mengetuk pintu biliknya seperti mahu pecah, pintu dibuka dan tangannya terus ditarik masuk kedalam bilik oleh Hajar.

Hajar duduk dihujung katil dengan mukanya ditekup dengan tangan. “Pahal kau tiba-tiba lari bila nampak cousin aku? Semua orang pelik lah gila,” Tanya Farrah lagi sambil mencapai tangan Hajar yang menekup mukanya. “Sejuknya!!” kata Farrah merujuk kepada tangan Hajar yang sejuk macam tangan mayat.

Hajar mengangkat mukanya dan memandang tepat kearah Farrah, muka Hajar pun pucat macam mayat “Aku nak balik wei, malam ni jugak!” jawab Hajar dengan nada macam orang nak menangis.
“Pahal pulak?!” Tanya Farrah dah buat gila pula si Hajar ni tiba-tiba nak balik. “Cousin kau tu dia-”

++++++++++++++++++++++++++
Hajar tersedar dari tidur dalam pukul 2 lebih Farrah tidur nyenyak di sebelahnya. Tekaknya terasa kering dia bangun dari katil dan keluar dari bilik, Hajar menuruni tangga dengan perlahan suasana sunyi ketika itu, memanglah semua dah masuk tidur malam esok adalah malam berinai Farrah semua saudara-mara Farrah perlukan rehat yang cukup untuk malam esok dan lusa hari nikah dan sanding Farrah.
Dengan langkah yang perlahan sebab Hajar taknak nanti orang terbangun lagipun suasana agak gelap dia terus menuju kedapur dan membuka peti sejuk lalu mengeluarkan satu botol air sejuk, dia mencapai mug dan menuangkan air sejuk tu dalam mug. Hajar minum sambil pandang kearah tingkap dapur membelakangi pintu dapur hanya ada cahaya dari peti sejuk saja ketika itu. Selesai minum Hajar menuju ke sinki dan cuci mug yang dia pakai tadi.

Sebaik sahaja Hajar memalingkan badannya kearah peti ais terkejut dia melihat seorang lelaki sedang berdiri disebelah peti ais. Hampir dia nak menjerit tapi lelaki itu cepat-cepat menutup mulutnya, Hajar menyandar disingki jarak lelaki itu dengan dia dekat sangat dia sampai dia dapat dengar degupan jantung lelaki tersebut dan dia pun dah tahu siapa lelaki tu. Aidid Iblis syaitan yahudi.
“Shhh..shhh, jangan jeritlah nanti orang tebangun” kata Aidid, Hajar cuba melepaskan dirinya menyedari tindakan Hajar dia cepat-cepat tarik tangan dia dari mulut Hajar dan jarakkan diri dia. Hajar usha panas ja Aidid ni sedap-sedap ja tekup mulut dia sambil itu Hajar sapu mulut dia dengan tangan dalam masa sama mata dia pandang Aidid dengan tajam macam nak bunuh ja. “Aipp.. mata tu mata” tambah Aidid lagi sambil menunjukkan jarinya kearah mata Hajar.

“Aku ingat kau lah, kau ingat aku tak?” Tanya Aidid macam takdah apa-apa ja jadi dulu, ini menaikkan lagi rasa marah Hajar dia rasa macam nak hempuk ja Aidid ni tapi dia cuba untuk bertenang dia ingat apa Farrah cakap dekat dia semalam. “Kau jangan nak buat dia rasa macam apa dia buat dulu tu tak salah langsung, mungkin ini lah cara tuhan tu nak tolong kau untuk lupakan masa lalu kau. Mungkin tuhan nak kau balas balik semua yang dia buat dekat kau, buat dia rasa bersalah. Takkan kau nak biar dia terlepas macam tu jer lepas apa dia buat dekat kau?” Kata-kata dari Farrah seperti terngiang-ngiang di telinga Hajar. “Ingat?!” kata Hajar dengan nada tegas.

“Of course aku ingat kau! Of course aku ingat apa kau dengan kawan-kawan kau buat dekat aku dulu!” Hajar rasa mata dia macam ada api-api yang menyalah. Alah yang macam dalam anime tu.
Aidid angkat kedua-dua tangan ke atas tanda menyerah “Ok.. dulu aku banyak buat salah kat kau, aku tau. Aku cari kau kot dulu masa reunion kelas form 3 kita adalah dalam sepuluh tahun lalu tak silap tapi semua kawan-kawan sekelas kita tak tahu kau gi mana lagipun cerita dah lama kot, tujuhbelas? Lapan belas tahun dulu”
“Dua puluh tahun dulu!” Jawab hajar tegas membetulkan Aidid, dua puluh tahun dulu masa durang masih berada di tingkatan tiga, sebab masa tingkatan tiga lah paling teruk Aidid dengan kawan-kawan dia kenakan Hajar. Paling teruk yang Hajar masih boleh ingat sampai kini adalah masa hari camping kenangan paling teruk dan memalukan untuk Hajar.

“Yelah yelah dua puluh tahun dulu, sekarang ni aku nak minta maaf dengan kau” kata Aidid dengan nada yang lembut dan selepas itu dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan senyuman yang terukir dibibir, Hajar berpura-pura tersenyum dan selepas itu dia dengan penuh selambanya meludah tepat kearah muka Aidid “Tu maaf kau!” balas Hajar dengan nada penuh sinis sempat juga dia melanggar bahu Aidid yang kaku berdiri disitu dan berlalu pergi.

++++++++++++++++++++++++++
Sepanjang majlis perkahwinan Farrah berlangsung Hajar cuba untuk mengelakkan dari bertemu dengan Aidid Farrah pun tolong Hajar jugalah sebab dia dah tahu sejarah Hajar dengan Aidid dulu bukan apa tapi selepas kejadian dia meludah Aidid dia mula rasa tak selesa, rasa menyesal pun ada terbit dalam dirinya. Sepanjang hidupnya tak pernah dia sebiadab itu dengan sesiapa melainkan orang tu yang mula dulu tapi bagi kes Aidid, Aidid dah minta maaf dah ianya menambahkan lagi rasa bersalah Hajar. Dia ni takdah lah kejam sangat kadang-kadang jah dia buat-buat kejam.
Selepas tamat majlis Farrah malam tu juga Hajar minta diri balik ke Kuala Lumpur tapi masa dia balik tu Aidid takdah jadi Hajar rasa bersyukur juga dan berharap sangat yang dia takkan jumpa Aidid lagi dah. Tiga bulan telah berlalu Hajar kembali kehidupan normalnya yang dulu. Sibuk dengan kerja dan kerja ada juga lah dia jumpa Farrah beberapa hari lalu sebelum Farrah berangkat pergi honeymoon dengan suami dia Aiman tapi takdah pula Hajar nak tanya pasal Aidid.

Didalam pejabat Hajar sibuk dia rasa tak berapa nak selesa untuk beberapa hari ni gigi dia rasa berdenyut-denyut Hajar dapat rasa yang dia sakit gigi tapi taknak lah dia pergi jumpa dentist, ada tiga benda yang korang kena tahu pasal Hajar iaitu 1: dia takut mak dia 2:dia takut sakit gigi 3:dia takut jumpa dentist. Jadinya Hajar bertahan jer lah sambil tangan dia dah masuk entah keberapa kali pegang-pegang pipi dia. Tak lama lepas tu masuk Mike, Mike ni rakan sekerja Hajar merangkap rakan kongsi butik Hajar dan boleh kira antara kawan rapat. Hajar dan Mike adalah rakan kongsi bagi butik Imperial milik mereka berdua, mereka berdua adalah antara pereka fesyen yang berjaya di Malaysia. Banyak jugalah artis dan selebriti yang pakai busana yang direka oleh mereka.
“Wei girl jom ah lunch, I dah lapar sangat ni” kata Mike dengan penuh kegedikan sambil gosok-gosok perut dia. Mike ni lelaki lembut macam perempuan kadang-kadang dia boleh jadi lebih lembut dari perempuan asli. “Aku takdah selera lah mike kau gi sendiri lah,” jawab Hajar pula dengan kepalanya berada diatas meja.

“Pahal pula I kena pegi sendiri,” rengek Mike. “Macam mana kalau jantan-jantan miang dekat luar sana tu kacau I? You kan tahu I ni rebutan ramai lelaki” Hajar rasa macam nak muntah dengar Mike cakap macam tu, takdahnya pun lelaki nak kacau Mike ni. Perasan lebih jer pondan ni bisik hati Hajar. “Gigi aku sakitlah!! Kau jangan buat lawak dekat sini boleh tak nyah?!” jawab Hajar dengan nada marah.

“Tu lah you nyah tak pandai gosok gigi kan dah sakit,” kata Mike selamba. Hajar usha panas ja Mike ni. “Ok lah jom kita pegi klinik gigi dulu I tahu ada klinik gigi dekat hujung bangunan ni baru buka, Doktor dia hansem sangat Nyah hari tu I terserempak. Ermm so delicious sangat,” Mike melompat-lompat excited. “Mana kau tahu hah dia doctor kat situ?” tanya Hajar. “I tau lah ishh, jom lah!!” Mike menarik tangan Hajar untuk bangun dari tempat duduk tapi tak dapat. “Aku taknak lah!” Hajar berkeras dia taknak jumpa dentist tapi semakin lama semakin sakit gigi dia, dia terduduk semula dan mengerang kesakitan. Melihatkan Hajar sebegitu Mike terus mengeluh panjang “Dah tak payah nak keras kepala sangat jom pergi klinik gigi,” Mike menarik semula tangan Hajar dan Hajar seperti tidak bermaya untuk melawan.
Jarak klinik gigi tu dengan butik mereka tak jauh sangat pun sampai sahaja Hajar dan Mike di klinik tersebut Mike terus mendaftarkan Hajar lalu duduk menunggu giliran Hajar untuk dipanggil. Masa tu hanya terdapat tiga orang pesakit sahaja didalam klinik. “Woi mike aku takut lah” Hajar mula rasa menyesal dengan keputusannya untuk datang ke klinik gigi dapat dirasanya tangannya mula berpeluh. Mike disebelah seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Hajar, mata Mike liar memandang kesana-sini seperti mencari sesuatu. Dia cari doctor hansem tu sebenarnya “Woi nyah kau dengar tak cakap aku ni?!” Hajar memukul bahu Mike, teperanjat Mike.

“Ehhh you ni bukan dia suruh you beranak pun dalam tu, dia check je lah tu pun takut” jawab Mike menyampah. “Macam mana kalau dia cabut gigi aku?” Hajar tiba-tiba memegang pipinya sambil memandang kearah Mike dengan wajah ketakutan. Mike hanya membalasnya dengan jelingan menyampah. Selang beberapa minit selepas itu nama Hajar pun di panggil oleh nurse. “Wei dia dah panggil aku lah Mike, jom la masuk sama-sama aku” rayu Hajar. “Dah tak yah mengadah-ngadah kau masuk sendiri ingat aku bapa kau ka?” jawab Mike dengan logat cina yang pekat.

Dengan perasaan takut Hajar melangkah masuk kedalam bilik rawatan, ditengah-tengah bilik tersebut terdapat satu kerusi yang biasanya digunakan dalam rawatan gigi. Doktor gigi tersebut sedang duduk membelakangi Hajar ada sesuatu yang dilakukan oleh doctor tersebut hanya belakangnya yang dilihat oleh Hajar. “Hmm doctor?”

“Baring lah.” Doktor itu mengarahkan Hajar untuk baring dikerusi tersebut. Suara doctor tersebut seperti dikenali oleh Hajar tapi dia tak tahu siapa. Hajar baring dikerusi dan selepas itu doctor gigi itu berpusing memandang kearah Hajar. “Hai kita jumpa lagi,”

Hajar terkedu memandang Aidid yang merupakan doctor tersebut patutlah suara macam familiar. Hajar dah tak tahu nak buat apa jadi dia hadap ja lah. “Hmm apa kau buat sini?!” Tanya Hajar kasar. “Ni klinik aku, aku dentist dekat sini” Hajar dah semakin rasa menyesal sebab datang klinik ni, ni semua salah Mike lah ni.

Melihatkan Hajar yang diam beribu bicara Aidid pun senyum, dia pun rasa awkward sebenarnya lepas kejadian Hajar ludah dia tu. Tapi tak dah lah dia nak marah, dia tahu apa yang dia buat dulu lebih teruk dari Hajar buat sekadar ludah muka dia malam tu. “Ok boleh kita mulakan rawatan?” Tanya Aidid.

“Hmm.” Jawab Hajar ringkas.

“Gigi kau sakit dah berapa lama?” Aidid cuba untuk menjadi seprofessional mungkin takkan nak bergurau pula dah lah Hajar ni benci nak mampus dengan dia. Nanti tak pasal-pasal dia kena smack down pula dekat klinik sendiri.

“Dah macam masuk empat hari cam tu,” Hajar mula rasa sakit di gigi gerahamnya lepas dia makan coklat empat hari lepas.

“Uishh empat hari kau baru datang klinik? Sepatutnya kau datang awal-awal,”

Hajar hanya diam mendengar kata-kata dari Aidid. “Tolong buka mulut kau? Aku nak tengok” arah Aidid, Hajar membuka mulutnya perlahan-lahan entah kenapa dia rasa segan pula.

“Kau ada makan ubat apa-apa ke?” tanya Aidid lagi selepas melihat gusi gigi geraham Hajar yang membengkak. “Aku makan ubat tahan sakit” jawab Hajar berhati-hati.

“Hmm patutlah, meh sini aku bagi tahu ubat tahan sakit tu dia tak berfungsi untuk mengubati sakit gigi dia hanya bersifat sementara dan hanya berfungsi melemahkan saraf sensori yang merasakan sakit. Bila efek ubat tu dah hilang rasa sakit tu akan kembali. Sebab tu kena jumpa doctor cepat-cepat kalau tak nanti jadi lebih teruk, tengok ah gusi kau kan dah bengkak” terang Aidid.

Hajar pandang Aidid dengan wajah skeptical sambil mata-mata berkelip-kelip, dia dapat rasa yang Aidid yang berada didepannya ni dah berbeza dengan Aidid dulu yang dia kenal. Aidi yang ini kelihatan lebih matang berbanding Aidid yang dia kenal dulu. Mungkin juga Aidid dah berubah dan Hajar sepatutnya maafkan ja kesalahan dia, eyalah manusia mana tak buat silap nabi pun ampunkan umat. Mak dia pun dulu maafkan dia masa dia buat pengumuman gila depan family untuk membatalkan majlis perkahwinannya tiga hari sebelum hari nikah, eyalah walaupun lepas tu mak dia marah dia gila-gila siap pukul dia lagi sampai tak bercakap dengan dia beberapa tahun tapi lepas tu mak dia maafkan juga dia walaupun mak dia sekarang masih layan dia macam nak tak nak layan ja tapi dia tahu mak dia dah maafkan dah dia. Mungkin dah tiba masanya untuk dia lupakan ja semua dendam dia pada Aidid bukan dapat apa pun dia berdendam. Tapi bila dia fikir balik egonya pula yang menguasai mindanya, takkan dia nak maafkan senang-senang je kan?

“Tolong buka mulut kau” kata Aidid
Hajar membuka semula mulutnya dan Aidid memasukkan sesuatu yang membuatkan mulut Hajar terbuka luas.

“Aku tampal gigi geraham kau yang sakit tu sebab akar gigi kau masih bagus so tampal jer lah.”

Hajar hanya mengangguk-gangguk mendengar penjelasan dari Aidid. Aidid mendekatkan tangannya kemulut Hajar tapi semakin dia mendekati Hajar semakin Hajar berundur kebelakang. Aidid ketawa kecil “Tak payah takut aku bukan nak buat apa pun,”

Dan selepas itu Hajar hanya membiarkan Aidid melakukan kerjanya sambil bercerita pasal entah apa-apa Hajar malas nak dengar sangat dan selang beberapa minit rawatan pun tamat. “Ok done,” kata Aidid,

Hajar bangun dari tempat duduk dan berjalan keluar bila sampai dipintu Hajar menoleh dan memandang kearah Aidid “tamakasih.” Kata Hajar belum boleh menuturkan dengan baik disebabkan kapas yang terdapat didalam mulutnya.

“Ok no prob its my job. Jangan lupa gosok gigi selalu selepas makan, kalau tak aku rasa kita dua akan ada ‘date’ lagi dekat sini.” jawab Aidid sambil tersenyum nakal mendengarkan kata-kata dari Aidid Hajar terus keluar. Menyesal pula dia ucap terima kasih tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience