Bab 1

Humor Series 2352

Hajar memparkingkan keretanya betul-betul dihadapan pagar rumah Farrah dilihatnya terdapat beberapa orang remaja lelaki yang sedang duduk di halaman rumah tersebut sambil berbual-bual. Takkan nak masuk jer kot? ishh malu pulak aku kata hajar sendiri. Dia mengambil phone dari dalam beg yang berada di tempat duduk penumpang disebelahnya lalu menghubungi seseorang.

Bibbb…Bibbbb

“Ah..Hello, mana kau?” kedengaran farrah dari dalam phone.
“Aku ada dekat depan rumah kau ni, aku seganlah nak masuk banyak budak lelaki dekat depan rumah kau” jawap Hajar.
Farrah mendengus “Apasal pula kau nak segan-segan? Kawan-kawan adik aku jer tu, masuk jak la ngek..”
Hajar memindahkan phone dari telinga kanan ke telinga kiri “Wei sini lah datang jemput aku, apa jenis tuan rumah lah kau ni.. meh lah jemput tetamu kau!!” Hajar meninggikan nada suaranya.
“Ish bikin susah ja kau nilah, jap aku suruh adik aku..”
“Woi!! pahal pula adik kau? Kau lah datang sini ishhh kau ni!!”
“Aku busy lah banyak benda nak atur, kau ingat jadi pengantin ni boleh goyang kaki ja?”
“WOI-” Belum sempat Hajar menghabiskan ayat panggilan sudah pun ditamatkan.
Setan punya kawan dia matikan phone. Kata Hajar sambil mengigit-gigit jari tangan. Cam mana ni nak keluar ka tidak? Keluar? Tidak? Keluar? Tidak?.
Tok tok tok

Kelihatan seorang remaja lelaki, Hakim adik kepada Farrah berdiri diluar sambil menggetuk-ngetuk tingkap kereta Hajar, Hajar menurunkan tingkapnya.
“Masuklah, Ogong tengah tunggu tuu depan pintu.” Pelawa Hakim sambil menghalakan jari telunjuknya kearah pintu, Farrah tengah melambai-lambai kearah Hajar sambil tersenyum.


+++++++++++++++++++++++
Usai mandi dan memakai baju Hajar duduk di tepi katil Farrah sambil mengeringkan rambutnya denga tuala, matanya terkunci kearah barang-barang hantaran perkahwinan Farrah, balang yang dihias dengan kain dan bunga-bungaan berwarna biru muda mengingatkannya kembali kepada peristiwa yang berlaku lapan tahun lepas.

“Sorry Hajar tapi saya tak boleh teruskan semuanya,” Cukup mudah Adam menuturkan kata-kata tersebut dan cukup mudah juga ayat itu menghancurkan semua harapan Hajar.
“Are you mad? Lagi tiga hari kita nak nikah!!” nada suara Hajar meninggi membuat semua orang yang berada didalam restoran itu memandang kearah mereka.
Adam dengan tenang meneguk jus oren yang berada di atas meja “I fall in love with someone else.. Jangan risau saya akan bagi tahu parents kita, you tak perlu risau.. Its my fault” Otak Hajar tidak mampu memproses apa yang dikatakan oleh Adam, he fall in love with someone else? What about me? “Listen up here Adam.. Saya dengan awak bukan dua atau tiga tahun, we been together since kita study lagi saya bukan nak ungkit but you accident saya tetap setia dengan awak, awak koma tujuh bulan.. saya tetap dengan awak and then awak amnesia-”
“That the thing..” kata Adam memintas apa yang ingin dikatakan oleh Hajar. Adam merenung tajam kearah Hajar “I don’t remember anything about us or about you, takdah rasa cinta langsung dulu mungkin ada tapi sorry to say sekarang takdah langsung.. Awak nak spend your whole life with someone who don’t love you?”
Hajar cuba menahan air matanya, dia tak mahu dilihat lemah pada masa ini. If this what he want then I give him. “Ok, tapi saya nak Tanya satu soalan ja.. Who is she?”
Adam diam sejenak seperti memikirkan sesuatu, seperti cuba untuk mempertimbangkan sesuatu. “You know who she is..”
“Who the hell she is Adam!!” jawap Hajar tegas sambil menepuk meja dengan kuat.
“Tolong jangan salahkan dia.. Its not her fault, we fall in love with each other.. Its unevitable,”
“For the last time Adam who she is?!”
“Suhaila..” Terbeliak sebentar mata Hajar mendengar kata-kata dari Adam, Suhaila adalah sepupu Hajar yang juga merangkap antara kawan baik yang paling dipercayainya. Ya, Suhaila pernah jumpa Adam beberapa kali tapi tak kan lah perjumpaan yang beberapa kali boleh menimbulkan rasa cinta di hati kedua-dua mereka. Hajar dah mati akal masa tu, dia dah tak tahu nak fikir apa atau lebih tepat dia dah malas nak memikirkan apa-apa. Hatinya remuk berkecai, harapannya hancur, kepercayaannya dikhianati oleh kedua-dua manusia yang paling di percaya dan disayanginya manakal cintanya dibiarkan begitu sahaja seperti tidak memberi apa-apa makna pun.

Biarlah semuanya hancur fikirnya masa itu, biar dia rasa sendiri dia tak perlu simpati sesiapa. Dia tunduk enggan memandang wajah Adam lalu menarik nafas dan menggesat sedikit air mata yang masih berada dihujung matanya. “Fine, As you wish Kita tak payah kahwin but I will tell everyone that I am the one who cancel this wedding!” Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang perempuan lemah yang ditinggalkan oleh bakal suami tiga hari sebelum hari perkahwinannya, biarlah dia yang kelihatan salah janji bukan kelihatan kalah dan seperti biasa dia tetap mahu kelihatan kuat, dia tetap mahu kelihatan menang.
Farrah masuk kedalam bilik dan mendapati Hajar masih lagi duduk di tepi katil mengelamun apabila Hajar sedar Farrah duduk disebelahnya dia cepat-cepat memalingkan mukanya kearah lain dan menggesat air matanya. “Kenapa?” Tanya Farrah perihatin. “Nothing..” Jawab Hajar sambil tersenyum.
“Cantik lah hantaran kau, siapa buat?” Tanya Hajar. “Mak long aku” Jawab Farrah. “Cantik erk, pandai makcik kau buat.” Puji Hajar.
“Hurmm,” kata Farrah pendek dengan nada sedih. “Pahal pulak kau ni?” Hajar memandang Farrah sambil menaikkan keningnya.
“Takdah.. tadi Nabila call dia cakap tak dapat datang esok, lusa hari nikah dia baru sampai dia ada hal keluarga katanya” Farrah seperti sedih campur merajuk. Farrah, Nabila dengan Hajar memang berkawan baik sejak dari university lagipun mereka memang janji dari dulu kalau salah seorang antara mereka kahwin, mereka bertiga akan berkumpul lebih awal untuk tolong apa yang patut. Tapi memandangkan Nabila dah kahwin lebih awal dari Hajar dan Farrah dan dah ada dua orang anak jadi susah sikit sebab dia sibuk dengan urusan rumah tangganya.
Hajar menolak kepala Farrah kesal dengan perangainya yang seperti kebudak-budakkan “Kau ni pun faham lah sikit dia dah ada laki ada anak mana boleh suka-suki ja buat macam dia masih bujang, nanti tengok bila kau dah kahwin lagi teruk dari dia kot tinggal lah aku sorang..”
“Siapa suruh tak kahwin kahwin lagi,”jawab Farrah lalu menjeling Hajar. Hajar hanya diam lalu membaling bantal kearah Farrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience