Bab 2

Humor Series 2352

Bab 2.
“Hello Aidid dah sampai ka? Hakim dah ada kat sana tu.. dah Nampak dia? Hah ok, umi tunggu kat sini, ok Assalamualaikum.” Talian di matikan. Hajah Salmah meletakkan phone kedalam purse lalu keluar menuju kedapur, rumah adik iparnya itu masih belum dipenuhi oleh sanak-saudara mungkin esok barulah saudara mara datang memandangkan malam esok adalah malam berianai anak buahnya iaitu Farrah. Salmah duduk disebelah anak buahnya Farrah “Amboiii pengantin takyah la nak tolong kat dapur ni pegi lah berehat nanti bila dah ada laki susah dah nak rehat-rehat malam,” Usik Hajah Salmah.
“Ish mak long ni, kita ada laki pun tetap boleh rehat-rehat jugak lah.” Jawap Farrah sambil tersenyum-senyum kambing. Hajah Salmah memandang kearah Hajar yang duduk di sebelah kiri Farrah. “Ni ker kawan Farrah asal dari Sabah tu yang kemarin Farrah cerita tu?” Tanya Hajah Salmah.
Hajar jelling Farrah entah apa ja yang Farrah ni cerita pasal Hajar dekat Makcik dia ni, Farrah ni bukan boleh percaya sangat. “Eya mak long ni lah yang Farrah cerita tu apasal mak long berkenan nak buat menantu ka?” tidak sampai beberapa saat tangan Hajar sudah pun hinggap dibetis Farrah lalu mencubitnya dengan kuat menjerit Farrah dibuatnya, Hajar yang senyum seperti tiada apa-apa yang berlaku bila Farrah pandang panas ja dekat dia.
“Sabah asal mana? Makcik pernah tinggal dekat Sandakan dulu masa arwah suami Makcik masih hidup, arwah dulu cikgu bertugas di sekolah menengah dekat Sandakan. Tapi dah lama dulu lah,” Dapat didengar suara Hajah Salmah berubah bila menyebut tentang arwah suaminya arwah Haji Harun Walaupun sudah lama Haji Harun meninggal Hajah Salmah tetap merasa sedih bila terkenangkan arwah.

“Kebetulan pula saya memang asal Sandakan, Eh makcik orang sabah ka?” Sudah beberapa tahun Hajar tidak balik ke Sabah memandangkan mama dan bapanya pun sekarang sudah menetap di semenanjung tiada sebab sudah baginya untuk pulang semula ke Sabah. Tapi entah kenapa Hajar rasa Hajah Salmah ni macam familiar macam pernah dinampaknya dimana-mana sebelum ni tapi dia tak ingat pulak.
Hajah Salmah rasa sedikit teruja pula bila mengetahui yang Hajar berasal dari Sandakan, eyalah lama juga dia tinggal disana dari mula kahwin hingga lah Arwah Harun meninggal masuk enambelas tahun juga mereka sekeluarga menetap disana.

“Eh, tak lah Maklong orang Brunei tapi lepas kahwin dengan arwah paklong aku Maklong terus tukar ic kuning gi ic biru, kan Maklong?” Farrah menyampuk, Hajar rasa macam nak hempuk ja si Farrah ni dari dulu suka menyampuk tak pandai nak berubah. “Ya betul lah tu, Makcik memang asal dari Brunei tapi sekarang Makcik tinggal dekat Limbang Sarawak. Eyalah dekatkan dengan Brunei senang makcik nak balik sana jenguk saudara makcik,”

“Kamu satu umur dengan Farrah maksud dia kamu satu umur dengan anak Makcik jugalah si Aidid. Dulu dekat Sandakan kamu sekolah dekat mana?” Hajar dah mula rasa lain macam, dia macam pernah kenal nama Aidid ni tapi tak kan lah Iblis tu memang malang la dia kalau jumpa balik dengan Iblis tu. Aidid budak iblis tu lah yang dulu yang membuatkan zaman sekolah menengahnya jadi sebuah mimpi ngeri yang takkan mampu luput dari ingatan Hajar dari sehingga bila-bila.

“Hajar sekolah rendah dekat SJKC yuew yen pastu dia sekolah menengah dekat ST Michael High school sandakan, kan hajar dulu kau penah cakap dekat aku dulu ada budak lelaki suka buli kau” Farrah pula yang jawabkan dengan penuh selamba badak khinzirnya, muka tak bersalah pula tu. Hajar pandang panas je Farrah ni suka-suki dia ja bocorkan maklumat sulit Hajar. Sulit lah sangat.

“Kamu ni Farrah dah lah menyampuk tu, Maklong kau tu Tanya si Hajar tu hah.. Kamu yang jawab dah kenapa?” tengking Mak Farrah iaitu Hajah Khalsum. “St Michael sekolah atas bukit Elton-” belum habis Hajah Salmah bercakap ada seseorang yang memeluknya dari belakang. “Umiii…” Aidid memeluk uminya dengan erat dari belakang. “RInduu! Lama tak jumpa,”

“Betuah punya budak tekejut umi,” Hajah Salmah mencubit tangan Aidid yang memeluknya. “Adoi!” jerit Aidid dan meleraikan pelukkannya dari Hajah Salmah. “Mana nak sedar anak datang rancak sangat berbual” tambah Aidid lagi sambil mengosok-gosok tangan, dia duduk bercangkung diantara Hajah Salmah dan Farrah. “Wei, Farrah cousin sekufu ku lama tak jumpa berapa tahun huh?” Aidid tumbuk lembut bahu bila dia sedar Farrah ada disebelahnya. “Otak kau tahun, baru dua bulan lepas aku jumpa kau.” Jawab Farrah pula.

Terdiam Hajar disitu sambil memerhatikan lelaki yang berada di sebelah Farrah, Aidid? Sepupu Farrah yang dia selalu ceritakan dekat Hajar dulu, dia ingat lagi ayat Farrah dulu “Cousin aku tu bijak dia dapat scholarship study dekat aussie, panas telinga aku bila mak aku asyik bandingkan aku dengan dia. Tapi dia ok jugak ah walau kadang masuk air, nanti one day aku bagi kau jumpa dia erk,” dulu Hajar hmm kan aje bila Farrah cerita pasal Aidid ni, masa Farrah tunjukkan gambar Aidid dekat fac pun Hajar pandang sekilas macam tu ja. Tak sangka sepupu yang di maksudkan oleh Farrah adalah Aidid Iblis.
Aidid bijak? Dapat scholarship belajar dekat Australia? Dulu dia paling bodoh dekat kelas, paling nakal, suka kacau orang terutama Hajar. Habis form 3 Aidid pindah sekolah entah pergi mana lepas bapa dia meninggal, masa tu Hajar rasa hidup dia akan aman, akan dapat kawan tak akan ada orang buli dia lagi rupa-rupanya dia salah kawan-kawan Aidid dan termasuk lah juga pelajar perempuan yang crush dekat Aidid dulu, dia orang semua salahkan Hajar masa Aidid pindah sekolah entah apa salah Hajar.

Kenangan dia dekat sekolah menengah adalah yang paling susah dan menyusahkan. Dia masih lagi trauma untuk minum minuman dalam tin sebab masa form two dulu Aidid dengan geng dia pernah letak lipas dalam cola Hajar sampaikan dia demam tak dapat pergi sekolah satu minggu. Macam-macam lagi benda jahat Aidid dan kawan-kawan dia buat dekat Hajar yang Hajar tak nak ingat dulu.

Hajar membiarkan rambutnya yang panjang menutupi keseluruhan mukanya dia tunduk sambil memotong bawang dengan harapan Aidid tak akan kenal dia. Dia mesti cari cara supaya dia boleh keluar dari rumah Farrah malam ni jugak, dia tak nak pisang berbuah dua kali. Dia dah ada confident, dia dah lain dari Hajar yang dulu tapi dengan kemunculan Aidid balik dia akan kembali jadi macam dulu budak perempuan yang lemah biar kan orang sakitkan dia, biarkan orang rendah-rendah dan hina diri dia macam dia bukan manusia. Dia tak nak jadi macam tu lagi. Think Hajar, think!.

Tanpa disedarinya pisau telah memotong sedikit jarinya “Aouu!” dengan automatik menariknya tangannya darah dari jarinya yang luka mula berkeluaran. “Wei kau ok tak?” Farrah memegang tangan Hajar. “O..OK, lu..luka sikit ja,” tergagap-gagap Hajar menjawab soalan Farrah. Aidid hanya diam dan memerhatikan Hajar macam ada sesuatu yang menarik perhatian Aidid terhadap Hajar walaupun dia belum tahu itu Hajar lagi, semakin lama diperhatikannya seperti ada sesuatu dengan wanita itu bisik hati Aidid.

“Patutlah kau tak Nampak, yang kau urai rambut kau ni pahal?” Farrah pelik dengan tingkah laku Hajar dia menarik rambut Hajar kebelakangan sehingga kelihatan keseluruhan wajah Hajar. Hajar menarik semula rambut dan pada masa itu mata Hajar terkunci kearah Aidid yang sedang memandangnya dengan pandangan yang penuh tanda Tanya. Gulp.

Aidid mengerutkan dahinya sambil memandang kearah Hajar, Hajar hanya terkaku dengan wajah yang pucat, putih dia rasa darahnya sudah tiada di mukanya lagi. Aidid berfikir dan cuba mengingati dimana dia pernah berjumpa perempuan di hadapannya ini dan akhirnya. BINGO. Aidid dah ingat!!

Dengan senyuman yang sampai hingga ketelinga dipenuhi dengan pelbagai makna dan jari yang dihalakan kearah Hajar dalam bentuk pistol. You are busted. “Kau?!” teriak Aidid dengan nada yang sama seperti mana perkataan eureka ditutur pertama kalinya oleh Archimedes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience