Bab 9

Humor Series 2352

Hajar menundukkan kepala dengan kedua-dua tangan digenggam diletakkan diatas paha dia duduk dikerusi sebelah katil Aidid nampak dari gaya macam orang bersalah jah.

Aidid yang bersandar di kepala katil beralaskan bantal hanya memandang kosong kearah Hajar. Dah kenapa pula perempuan ni? Hari tu bukan main anti sangat dengan aku. Sekarang ni dah macam anak kucing kena tangkap curi ikan fresh jer aku tengok.

Tinggal mereka berdua ja disitu Lazim dah bawa Rizal dengan Hajah Salmah pergi sarapan tadi. Sejak dari airport dia orang belum makan apa-apa lagi Hajah Salmah tak lalu makan selagi tak nampak keadaan Aidid. Kamarul pula dah pergi sekolah, kamarul adalah seorang guru bahasa malaysia.

Hajar menangangkat sedikit kepalanya dan memandang aidid dengan wajah bersalah “Saya nak ucap terima kasih!” katanya selepas itu cepat-cepat dia menundukkan kepalanya kembali.

“Terima kasih sebab selamat kan saya. Kalau.. kalau kau eh awak tak tolak saya masa tu mungkin saya yang kena tikam.” Tambahnya lagi dengan nada seperti seorang pegawai tentera yang berhadapan dengan pegawai yang lebih tinggi pangkatnya.

“Takdah apa-apa lah jangan risau aku ok. Tak yah lah nak formal sangat.” Jawab Aidid yang mula rasa kekok dengan keadaan itu.

“Tak!”

“Tak! Saya eh aku.. aku rasa bersalah dengan kau. Kau jangan risau aku janji akan jaga kau sampai kau sembuh.” Kata hajar bersungguh-sungguh. “Aku janji!” Hajar mengangkat tangannya seperti sedang membaca rukun negara.

Aidid angkat kening double-jerk tanda faham dengan senyum nakal berbunga.

++++++++++++++++++++++++++++

“Semua barang dah kemas?” tanya Lazim yang sedang berdiri disebelah pintu sambil mengangkat satu beg besar yang berisi barangan Aidid dah nak masuk lebih dari seminggu Aidid kena tahan di hospital jadi hari ni Aidid dah boleh balik.

“Sudah.” Jawab Hajah Salmah. Hajah Salmah tak ikut Rizal balik ke kuching dia nak tunggu Aidid sihat baru dia balik Kuching, kakak Aidid pun iaitu Aida isteri Rizal baru jah habis pantang seminggu lalu jadi boleh lah Hajah Salmah tinggal lama-lama sikit di KL.

Aidid hanya menggaruk kepalanya sambil duduk diatas katil tangannya memegang kawasan luka tikaman dibahagian kiri perutnya, setiap kali dia cuba bangun atau duduk masih ada rasa nyilu terasa dibahagian tersebut yang membuatkan dia rasa tak selesa. “Sakit ka?” tanya Hajar dia sedar sejak dari tadi Aidid pegang perut dia.

“Eh tak.. ok ja ni.” Aidid menggeleng sambil tersenyum kearah hajar, hajar pun balas dengan senyuman tiga saat. Sejak kebelakangan ni hubungan Aidid dengan Hajar dah nak mula baik semula walaupun hajar masih kelihatan belum cukup selesa dengan Aidid dan Aidid masih lagi kadang-kadang kelihatan seperti membuli Hajar, tapi hajar buat-buat tak kisah ja. Lagipun Hajah Salmah layan hajar dengan sangat baik macam anak sendiri membuatkan Hajah Salmah dengan Hajar rapat.

Hajah Salmah menarik wheelchair kearah Aidid “Nah duduk dekat sini, doktor cakap tadi aidid tak boleh banyak bergerak sangat.” Arah Hajah Salmah dan aidid menurut. Hajar berdiri dibelakang wheelchair “Boleh ka?” tanya Hajah Salmah. Hajar mengangguk eya.

“Aidid tu berat tayi boleh tolak ke?” Lazim pula bertanya kepada Hajar sambil pandang Aidid dengan wajah sinis. Hajar hanya ketawa.

“Aku berat kasih sayang lahh..” jawab Aidid sambil memandang kebelakang dengan senyuman kearah hajar. Hajar diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience