Bab 10

Humor Series 2352

Lazim dan Hajar duduk diruang tamu rumah Aidid sambil minum kopi yang dibuat Hajar tadi. Hajah Salmah pula berada didapur sedang memasak untuk makan malam, sejak Aidid keluar dari hospital setiap hari hajar akan datang kerumah untuk menjenguk Aidid. Lazim pun selalu jugak datang menjenguk bayang kamarul ja yang dah berapa hari tak nampak sibuk agaknya. Aidid berada di atas sedang mandi sejak dari Lazim datang tadi hanya Hajar dengan Hajah Salmah ja yang ada diruang tamu.

Hajar sebenarnya dah nak balik tadi tapi Hajah Salmah melarang katanya makan malam dulu baru hajar balik tak lama lepas tu Lazim pun datang. Bila hajar nak tolong dekat dapur Hajah Salmah tak suruh juga disuruhnya pula hajar duduk diruang tamu teman kan lazim berbual-bual sementara aidid mandi, hajar menurut saja.

Sejak dari tadi Hajar dengan lazim duduk berbual-bual berdua hajar pun rasa yang dia lebih selesa dengan lazim berbanding dengan aidid. Macam-macam juga yang mereka bualkan, kedengaran juga gelak ketawa dari mereka dua. Kadang-kadang kedengaran suara Hajah Salmah didapur turut serta dalam perbualan mereka.

“Awak cuti lah ni?” tanya lazim pada hajar.

“Tak jugak ada jugak saya pergi butik tapi tak lama lah lagipun rakan kongsi saya ok ja uruskan butik.” Jawab hajar pula.

“Ouhh,” kata lazim. “Acik lama pula aidid tu mandi yer dah macam anak dara pulah.” Tambah lazim.

Hajah Salmah muncul di muka pintu dapur “Kamu tau lah dia tu, dia kata tandas tu tempat ketenangan dia tempat cari idea. Idea apa Acik pun tak tau.” Kata hajah salmah mengangkat kedua bahu.

Lazim dan hajar hanya ketawa kecil mendengar kata-kata hajah salmah. Hajah salmah kembali membuat kerjanya.

Lazim batuk kecil dan memandang hajar seperti sedang mempertimbangkan sesuatu. “Hmm tanya sikit boleh?”

“Boleh tapi sikit ja banyak tak boleh.” Jawab hajar sambil ketawa.

“ok ok tak banyak.” Kata lazim pula tersenyum sambil kedua tangan diangkat keatas seperti menyerah kalah.

“Gurau jah tanya ja.. tak payah bayar GST pun” sambung hajar.

“Eh tak dah apa-apa lah.” Jawab lazim sambil garuk tengkuk. “Aik? Nak tanya apa sebenarnya?” hajar tanya lagi. Lazim dah garuk kepala fikir cara macam mana nak tukar topik.

“Woi bradar! Angin apa membawa mu ke rumah beta?” Suara Aidid kedengaran dari tangga menuju kebawah dan selepas itu dia duduk di tengah-tengah antara lazim dan hajar. Hajar dah mula rasa tak selesa bila aidid dekat-dekat dengan dia.

Lazim rasa bersyukur pula bila aidid tiba-tiba muncul ni boleh dia mengelak dari jawab soalan hajar. “Takdah saja jenguk kau. Rinduuu agaknyaa.” Jawab lazim. Aidid hanya senyum-senyum kambing pandang lazim sambil peluk-peluk bahu lazim.

“Ouhhhh..” Aidid muncungkan mulut dia lepas tu dia pandang hajar “Nak air.” Kata aidid kepada hajar dengan nada manja macam anak minta susu dengan maknya.

“Tu kopi.” Hajar tunjuk teko yang berisi kopi atas meja. Aidid pandang hajar dengan muka comel, comel lutut dia. “Saya tak minum kopi. Saya nak milo.” Aidid muncungkan mulut dia.

“Boleh buatkan tak?” nada manja-manja minta kaki Aidid dah keluar balik. Lazim yang berada di sebelah aidid dah rasa pelik siap angkat kening sebelah. Bila masa Aidid ni tak minum kopi? dia bukan hantu kopi ka?

“Hmm..” jawab hajar berdiri dan terus menuju ke dapur. Aidid senyum mulut dan senyum mata juga pandang hajar. “Untung lah kau ada pembantu baru.” Kata lazim separah menyampah. “Untung badan kawan.” Jawab aidid dengan kaki bersilang.

“Betul lah cakap kau did.” Lazim tiba-tiba bersuara sambil pandang aidid dengan senyuman dibibir. “Aku memang selalu betul, tapi betul yang mana satu?”

“Hajar comel.” Kata lazim masih lagi senyum sambil pandang ke arah dapur. Aidid dah buat muka serious. “Ouh.... kau dah bagi tau dia?” tanya aidid pula.
Lazim pandang aidid dengan muka hairan.

“Bagi tau apa?”

“Yang kau tau dia belasah adik ipar dia.” Kata aidid sambil garuk telinga, mata dia tak lari dari pandang lazim.

“Tadi aku dah nak bagi tau did..”

“Dah tu?” aidid angkat kening.

“Tak jadik lah, nanti dia rasa tak syok pula dengan aku.” Lazim senyum dan pandang kedapur semula.

“Ouhhhh...” jawab Aidid selepas itu senyuman jahat terukir di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience