BAB 9

Romance Completed 1912

Dalam tahun-tahun yang berlalu tugasnya dijalankan dengan baik walaupun pada awalnya dia ada masalah komunikasi dengan para pekerja. Dan masalah peribadi dengan seseorang iaitu Haikal.

Lelaki itu sejak awal sememangnya telah memulaukan kedatangannya. Entah kenapa?

“Kalau kau masih mahu hidup lagi di sini, jaga diri kau baik-baik!” amaran keras dari Haikal.

“Haikal, saya tak tahu apa salah saya?” soalnya ingin tahu, tiba-tiba diserang dalam lif dan menerima amaran keras. Walaupun dia tahu sebelum ini Haikal selalu menyinggungnya ketika mesyuarat pengurusan.

“Hei! Kau tak dengar apa aku cakap. Aku tak suka kau masuk campur dalam urusan aku.” Haikal membentak marah. Apa salahnya sehingga membuatkan Haikal bersikap begitu padanya.

“Saya tak ada masuk campur.” Lembut dan baik-baik dia menjawab masih dalam longat keinggerisannya.

“Benci aku mendengar kau bercakap melayu. Kau tak layak untuk berada di sini. Kerana bangsa orang macam kau adalah perosak.” Keras dan sinis kata-kata Haikal.

“Itu tuduhan tak berasas Haikal.” Benjamin masih berlembut walaupun terhina sedikit.

Pintu lif terhenti dan perbalahan mereka senyap kerana ada orang lain masuk sama ketika itu.

Walaupun tidak berapa fasih berbahasa melayu sangat, dia cuba juga bercakap dalam bahasa itu. Dia mahu membuktikan tidak semua bangsanya seperti dulu. Perselisihan tercetus kerana dendam masa lampau.

Makcik Haikal yang berkahwin dengan pemuda inggeris tetapi akhirnya ditinggal di sini tanpa khabar berita sehingga wanita tersebut menderita dan gila. Dia tidak terlalu runsingkan kenyataan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience