BAB 7

Romance Completed 1912

Lydia jugak mengingatkannya tentang majlis perpisahan yang akan diadakan pukul 4 petang ini sempena pemergiannya ke Berlin. Mengikut rancangannya esok, dia dari rumah terus ke lapangan terbang.

“Terima kasih!” ucap Benjamin setelah tamat majlis perpisahan yang sengaja mereka adakan petang ini.

Hanya itu ucapan yang mampu diucapkan dalam pelbagai rasa yang bersarang dalam jiwanya kini.

Dia berlalu bersama sebuah kotak berisi barang-barang yang dibawanya ketika mula-mula memasuki syarikat ini dulu. Segera punat lif di tekan tiba-tiba ada tangan menghalang pintu lif tertutup.

Benjamin melemparkan senyum bila melihat wajah yang tidak diduga muncul mendadak di pintu lif. Satu ekspresi spontan darinya.

“Kyle!” panggil Haikal memasuki lif. Pintu lif tertutup semula dan bergerak ke bawah. Kelihatan Haikal menarik nafas kepenatan berlari kerana menghalangnya.

“Yes, Haikal. Ada apa-apa.” Benjamin terkejut, tiada sesiapa selama ini menggunakan nama pangkalnya.

Semua teman sepejabat tahu dia lebih suka di panggil sebagai Mr. Ben atau Benjamin sahaja atas permintaannya. Haikal masih menstabilkan dirinya sebelum membuka mulut.

“Oh… tentang tugas, Haikal boleh tanya Lydia. Saya dah bagi Lydia segala butir berkaitan tugas dan tanggungjawab yang perlu Haikal pikul nanti. Dan, terima kasih kerana selama saya berada di sini Haikal memberi kerjasama yang baik.” Terang Benjamin tersenyum.

“Maafkan saya!” dua patah perkataan yang susah sangat dia dengar dari mulut Haikal selama di sini.

Setelah berlaku perselisihan dulu, mereka hanya berkerjasama kerana tugas. Bertahun dia bertugas, barulah dia tahu kenapa Haikal dari awal tidak menyukainya. Segera terpampang kisah lampau yang menjadi inti pada segalanya…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience