BAB 2

Romance Completed 1912

Kecewa? Siapa yang tidak kecewa jika begini jadinya? Kenapa begini perlu dia lalui sedangkan lain yang dirancang untuk hidup masa depannya.

Dia tidak pernah menjangkakan akan jadi begini. Sebelum ini memang dia takut menghadapi kemungkinan untuk hidup di Bumi Malaysia dan ketakutan itu tidak seteruk dan separah perasaannya ketika luka ini masih mengalir darahnya.

Wajah itu tetap ada di mana-mana. Segera dia mendail, dia inginkan pertemuan akhir sebelum membuat keputusan, walaupun dia tahu keberhasilan pujukannya tidak akan menjadi.

“Apa salahku?” soal Benjamin melihat wajah yang menjadi igauan hariannya kini.

Sejak bertemu tadi mereka saling membisu, dia mengambil langkah membuka bicara.

Pertemuan ini sengaja dirancangkan agar persoalan segera terjawab. Masa untuknya suntuk, dia akan pergi dari sini bersama satu cerita yang tidak sesiapapun mengerti.

“Aku tak tahu.” Gadis itu menjawab perlahan sambil menggeleng. Terlalu malu untuk menatap wajah lelaki di depannya.

Malu dengan perbuatan dan layanan sinis abangnya yang diterima oleh lelaki asing ini kerana dirinya.

“Adakah aku bukan dari kalangan bangsa kau?” Benjamin masih perlukan jawapan. Sikap gadis itu membuat hatinya meronta pilu.

Seakan perjuangannya terus menjadi abu sekali hapus, tanpa sokongan. Lenyap apabila ditiup ribut taufan.

“Aku tak tahu.” Gadis itu masih jugak memberi perkataan yang sama sebagai jawapan. Semakin menambah rekahan luka di hati Benjamin.

Masih jugak berpegang kepada jawapan yang sama setiap kali soalan dilontarkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience