BAB 1

Romance Completed 1912

Dia terganggu sekali lagi, tugasnya tergendala, sesaat, seketika dan akhirnya berminit-minit berlalu bersama peta fikirannya.

Bertebaran terbang bersama segenap lapisan deria pertanyaan pada segala persoalan yang sedang dialaminya kini. Hati berdetap-detup, bergerak dan berdengup kencang seakan berada dalam situasi merunsingkan.

Dia tertanya-tanya satu persoalan namun buntuh jawapan. Kenapa?

Fikiran tetap bergerak mengikut arus persoalan, tanpa henti. Akhirnya dia menarik nafas lagi, tugasnya dihentikan seketika. Semakin dirinya mencuba untuk lari dari memikirkan perkara itu semakin sukar untuknya membuang segala genap lapisan deria perasaannya.

Semakin juga perkara itu menyesak masuk, menghimpit pemikiran yang tidak mampu untuknya menahan kesan dan akibat penangannya kini. Apakah yang terjadi dulu adalah salahnya jugak?

Tidak dapat diterima oleh akalnya atau oleh sesiapapun. Salah siapa sebenarnya? Rupanya dalam zaman siber sebegini, masih ada juga manusia yang begitu.

Menilai seseorang kerana luaran iaitu rupa bentuk fizikal yang diwarisi dari nenek moyang.

Dia meraup mukanya kali ini, wajah yang menjadi sebab kebencian. Berkali-kali diingatkan dirinya tujuan dan maksud kedatangannya ke sini.

Dia cuba melupakan apa yang berlaku, cuba menghentikan perasaannya yang sering terganggu akhir-akhir ini bila masa semakin suntuk untuknya sebelum pergi.

Dia tidak mahu terbawa-bawa oleh perasaannya apabila telah jelas, betapa jauh perbezaan antara mereka.

Tetapi mengapa hatinya masih jugak tidak mahu faham-faham? Akhirnya lamunan masih menganggu tumpuannya pada tugas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience