BAB 4

Romance Completed 1912

Benjamin meneruskan niat ke pejabat mengemas fail-fail yang perlu di bawanya untuk berpindah. Dia duduk semula di kerusi yang sama. Tidak pula terasa meneruskan tugasnya, fail-fail yang perlu disiapkannya bertimbun di depan mata tidak bersentuh.

Kepincangan hatinya hanya dia yang tahu peritnya.

“Hello, good afternoon! Can you bring me to this address?” Benjamin mengunjuk alamat yang sedang dipegangnya kepada pemandu teksi tersebut.

Dia mengimbas kembali kisah lalu, jika tidak kerana tugas pasti dia tidak akan berada di bumi yang amat berbeza dari tempat asalnya.

Dan dirinya, mereka gelarkan ‘orang asing’ sedangkan ketika itu dia langsung tidak fasih berbahasa melayu hanya beberapa patah perkataan seperti ‘terima kasih’, ‘selamat pagi’ dan ‘sama-sama’.

Hanya kerana perkhidmatan, dia diterbangkan khas dari benua yang jauhnya beribu batu dari sini, melalui lautan, merentasi gunung ganang, langit biru, bertukar cuaca dan hidup dalam masyarakat yang berlainan agama dan bangsa.

Orang melayu memang peramah dan baik hati, cuma sikap dan pemikiran mereka masih di takuk lama. Masih mempertahankan adat budaya bangsa.

Dia yakin mampu mengubah sesuatu di sini. Akhirnya dia berjaya mengubah kehidupan mereka tetapi dia terlupa pada pemikiran setiap manusia.

Dia mendapat pujian kerana kecemerlangan tugasnya. Dia cuma gagal dalam satu perkara penting melibatkan hidupnya. Kenapa? Saat dia ingin berlalu, kenapa mesti ada pertemuan antara mereka?

Mengapa sukarnya dia melepaskan sedangkan adanya tentangan yang memudahkan untuk memberi alasan yang paling praktikal. Apa hebatnya gadis melayu sehingga menjadikan dirinya begini?

Mengapa tidak saja dia terus berlalu, kenapa perlu ada bebanan dalam hati ini untuk meninggalkan bumi bertuah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience