BAB 5

Romance Completed 1912

Kini, dia sudah faham sikap dan cara pemikiran orang melayu. Sememangnya jauh berbeza dengan cara hidup bangsanya yang lebih bebas dan terbuka.

Setelah lama hidup bersama-sama dengan orang melayu, bercakap bahasa melayu, bergaul dan menjalani kehidupan di Malaysia, dia akan merindui segala-galanya di sini.

Mengapa dia sanggup membawa diri jauh dari sini hanya kerana seorang gadis melayu?

Ada ketukan halus di pintu bilik, menyedarkan Benjamin ke dunia nyata.

“Mr. Ben, dah siap berkemas?” soal Lydia. Benjamin tersedar, segera tersenyum.

“Apa dia Lydia?” soalnya dalam bahasa melayu yang semakin baik. Berada di bumi Malaysia membuatnya lebih suka bertutur dalam bahasa itu. Setiausahanya itu suka mengusik.

“Saya tanya dah siap berkemas. Jika perlukan pertolongan saya sudi membantu.”

“Oh! Terima kasih Lydia kerana ingatkan saya. Tak banyak sangat barang-barang nak di kemas. Beritahu Mr. Haikal, fail-fail di meja saya ini cuma perlu di semak dan saya tak sempat buat hari ini.” Dia menyedari kealpaannya. Memberi isyarat supaya Lydia duduk.

Ingin berbual-bual sebelum keberangkatannya esok. Mr. Haikal adalah orang yang diamanahkan untuk menggantikan tugasnya di sini.

“Esok, Mr. Ben berlepas jam berapa?” Lydia meneliti bosnya yang baik hati itu. Kenapa perlu ada perpisahan dengan bos sebaik Mr. Benjamin.

“Pukul sebelas pagi. Kenapa nak hantar saya? Tak apalah Lydia. Terima kasih banyak kerana selama saya berada di sini awak memberi kerjasama yang cemerlang.” Benjamin tersenyum, menyembunyikan rasa yang menyerang jiwanya kala ini.

Api rindu di dadanya semakin menyala bila memikirkan perpisahan yang bakal terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience