BAB 6

Romance Completed 1912

“Dah tugas saya Mr. Ben, entah bila lagi kita akan dapat berjumpa. Mr. Ben semakin jauh ke Berlin.” Lydia tahu sedikit sebanyak sebab perpindahan Mr. Ben berhubung kait dengan peristiwa bulan lalu.

Seingatnya, ada enam bulan lagi masa tambahan bagi menyiapkan tugas Mr. Ben bermakna pertengahan tahun depan perpindahannya. Namun surat arahan terbaru menyatakan hujung tahun ini.

Ada kemusykilan melihatkan menungan Mr. Ben sejak tadi dari luar biliknya.

“Berlin? Tak jauh dan tak mustahil untuk Lydia ke sana suatu hari nanti jika amalkan sikap bekerja begini. Jangan hanya kerana saya berkhidmat saja Lydia menunjukkan prestasi baik, saya mahu Lydia teruskan amalan yang sama semasa saya berada di sini.” Pesannya.

“Saya akan berusaha untuk maju. Saya harap Mr. Ben rindukan suasana di sini.”

“Tentu saya akan rindu, terutama orang-orang di sini. Saya tunggu kedatangan Lydia di Berlin.” Benjamin memberi semangat.

“Lydia tolong carikan saya kotak.” Arahnya dan mereka mengakhiri perbualan apabila deringan telepon melalui talian peribadi di meja Benjamin meminta perhatian. Lydia segera berlalu tidak mahu menganggu.

“Hello? Yes.” Ucap Benjamin menjawab talian.

“Yes sure. Okay. Tomorrow, at 11.00 a.m.”

“No thank you. Its okay! I can make it.”

“Oh… Sorry? Yes, I know. Thank you.”

“Okay, bye.” Benjamin meletakkan ganggang. Perbualan dengan ketua pengarah syarikat di Oversea.

Masa terasa cepat berlalu, bermakna semakin menghampiri perpisahan dengan gadis itu. Setelah menerima kotak dari Lydia dia cepat mengemaskan apa yang patut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience