BAB 8

Romance Completed 1912

Pertukaran Kyle Benjamin sebagai Duta Syarikat Komputer Gergasi ke Malaysia menjadi satu topik hangat dalam perbincangan keluarga.

Negara Malaysia yang tidak wujud dalam peta minda masyarakat London apatah lagi dalam keluarga bangsawannya. Suatu tempat yang tidak terkenal dan seakan kewujudannya tidak diketahui.

Bumi Malaysia yang kecil terletak dalam benua Asia Tenggara memerlukan kemasukan pihak pelabur dari luar dalam bidang perkomputeran. Syarikat tempatnya berkerja terpilih dan dia dihantar kerana prestasi yang ditunjukkan amat menggalakkan.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di bumi Malaysia, dia kagum dengan suasana yang terpampang di depan mata, alam kehijauan luas terbentang sejajar dengan arus pembangunan, kehidupan masyarakat Malaysia berbeza jauh dengan cara hidup masyarakat London.

Masyarakat yang masih berpegang kuat pada ajaran agama dan budaya masing-masing. Mereka boleh bertutur dan bergaul antara satu sama lain.

Pertama kali keluar dia sedar masih ada batas-batas antara dirinya dan orang-orang sekeliling bila dia berjalan-jalan sendirian.

Ada suara-suara sumbang memanggil dirinya ‘orang asing’ bersama satu pandangan. Dia tidak ambil pusing semua itu. Baginya misi perlu selesai dengan baik, dan membuahkan hasil dan menyenangkan pihak ibu pejabatnya.

Sehari, seminggu, sebulan dan akhirnya bertahun berlalu. Dia banyak mengetahui mengenai Malaysia dari Lydia dan bahan bacaan yang dibelinya.

Dia banyak menghabiskan masa cutinya di kawasan peranginan Malaysia. Dia juga melihat perkembangan Malaysia selari dengan perkembangan tugasnya di sini.

Lydia, setiausahanya yang dilantik sebaik sahaja dia menjawat jawatan itu di sini. Kadang kala Lydia mengusiknya dalam bahasa melayu, namun dia harus berterima kasih kepada Lydia kerana serba sedikit kefasihannya bercakap melayu adalah hasil tunjuk ajar Lydia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience