BAB 10

Romance Completed 1912

Namun, panas disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Hidupnya mula tidak menentu apabila 2 bulan yang lalu tanpa sengaja dia terserempak dengan seorang gadis di sini.

Dan, gadis itu datang bertemu dengan Haikal, seterunya selama ini. Melalui Lydia dia mengetahui gadis itu bernama Haiza, adik kepada Haikal dan baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Tempatan.

Haiza akan menyambung pengajiannya ke peringkat Master tidak lama lagi.

Pertama kali terserempak, mata bertentangan saling berbalas senyuman. Benjamin sudah merasakan dengupan jantungnya kencang.

Betapa manis dan cantiknya gadis melayu bertudung itu di matanya. Masa berlalu, dia membiarkan sahaja perasaannya tidak mahu dibuai perasaan apabila melihat Haikal abang Haiza memberi tentangan. Haikal memang seorang yang pendendam.

Tapi, semakin di cuba untuk melupakan wajah itu semakin menjadi satu ingauan tidur malamnya.

Akhirnya dia menerima pertukarannya ke Berlin, 6 bulan lebih awal dari surat sambungan kontraknya. Bermakna dia hanya berada di Bumi Malaysia selama 7 tahun 6 bulan sahaja.

Biarlah dia rugi kerana melanggar perjanjian dari terus berdepan dengan sesuatu yang menggetarkan kalbunya. Bukan bermaksud dia penakut tetapi kerana dia tahu tidak ada gunanya merayu pada yang nyata menolaknya.

Kebisingan suasana Lapangan Terbang Antarabangsa ini sudah menjadi satu keadaan yang biasa.

Benjamin sudah datang sejak sejam yang lalu lebih awal dari masa penerbangan. Sepanjang pagi tadi dia habiskan masa dengan menungan dan berfikir.

Akhirnya dia tetap mengambil keputusan untuk ke Berlin. Dia cuma duduk diam membaca di ruang legar menunggu. Pengumuman kedengaran mengarahkan penumpang agar memasuki pesawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience