BAB 3

Romance Completed 1912

Dia tidak faham adakah gadis ini adalah gadis yang sama yang menerima huluran cintanya sebulan yang lalu atau gadis yang berbeza.

“Atau kerana aku bukan berasal dari daerah yang sama dengan tempat lahir kau? Jangan beri jawapan yang sama, terangkan padaku…” Benjamin memberi amaran tidak mahu mendengar lagi jawapan yang sama dari mulut gadis itu.

Sejak hari perselisihan gadis itu tidak banyak cakap, lebih suka menjawab sepatah saja, tidakpun mengambil sikap berdiam diri sebagai jawapan. Dia bingung dengan tingkah baru itu.

Gadis itu diam lagi, ada mendung di wajah itu. Benjamin faham perasaannya jugak sama terseksa dengan situasi yang sedang berlaku.

Namun dia perlukan jawapan pasti bukannya kebisuan suasana.

“Mengapa kau tidak menjawab? Kau juga memikirkan kemungkinan yang sama, aku akan pergi juga akhirnya?” sengaja ditekannya sedikit perkataan pergi. Ada genangan airmata pada tubir mata gadis itu.

Benjamin menyambung bila tiada suara jawapan terdengar.

“Kau tidak pernah bertanya malah tidak pernah menghalang aku walau sekalipun. Kau cuma mendengar kata-kata orang lain. Cuba bicara denganku, aku mahu mendengar sendiri dari mulut kau. Aku mahu tahu kepastian dari kau sendiri, apa keinginan kau padaku?” desak Benjamin, bukan kerana kesuntukan masanya tetapi kerana kerasnya hati gadis itu.

Betapa susah untuk mendengar suara jawapan gemersik gadis itu sekarang.

“Kalau kau tidak mahu bicara, aku mahu balik pejabat, ada perlu ku kemaskan. Esok aku akan bertolak. Itu saja yang mahu aku katakan, kau masih enggan bercakap. Jika begini sikap kau, sampai bila-bilapun aku takkan tahu dan kita akan sama-sama kecewa. Jangan biar aku terseksa, beri jawapan agar aku dapat buat keputusan dari menerima kebisuan kau...” tanpa menunggu lebih lama gadis itu lebih dulu berdiri dan berlalu tanpa suara seperti hari-hari yang lalu sejak berlaku hari perselisihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience