BAB 11

Romance Completed 1912

Segera Benjamin mengambil tempat duduk di tepi tingkap pesawat. Tiba masa berangkat, dia sudah bersedia untuk berlepas dan menyimpan semua yang berlaku di Malaysia sebagai satu ingatan.

Suatu masa nanti dia akan kembali lagi, walaupun kali ini dia pergi membawa bersama lara hatinya. Dia sudah tidak ambil pusing pada sekelilingnya. Leka melihat pemandangan udara bumi Malaysia untuk kali terakhir.

“Kyle!” Benjamin berpaling melihat gerangan suara yang menyapanya itu.

Memberi senyuman, kemudian berpaling kembali melihat pemandangan yang seakan memukaunya di luar tingkap.

Kenapa hari ini ada nama pangkalnya diguna orang? Melihat ketampanannya, mungkin ada pramugari yang terpikat lagipun dia masih muda dan bujang baru memasuki awal 30an tak hairan jika ada yang menyapa.

Namun, dengan pantas dia menyedari sesuatu, kembali melihat wajah disebelah yang memanggilnya dengan satu senyuman berbunga.

“You?” soalnya menyedari keadaan mereka.

“Yes…” jawab Haiza tersenyum riang.

“How long have you been here?” soal Benjamin.

“I have been here since 2 months ago,” gurau Haiza menunjuk hatinya sendiri.

“You are kidding me,” tingkah Benjamin tidak percaya, siapa di depan matanya.

“What? You don’t believe me?” maksud Haiza, kemunculannya dalam hidup Benjamin. Sejak mereka bersua dan bertentang mata hatinya sudah diikat. Benjamin faham…

“No. Not that…” penafian segera diberi agar salah faham tidak berlanjutan.

“What?” Haiza sengaja mendera bersama tawa perlahannya.

“You amaze me with this surprise. So, can you explain?” pinta Benjamin.

“I’ll continue my master in Berlin.”

“Oh! So, that’s the true story.” Akhirnya Benjamin mengerti ucapan maaf dari Haikal.

“Ya… Apa yang menarik di luar sana tu?” soal Haiza melihat reaksi awal Kyle tadi.

“Sesuatu untuk disimpan dalam hati tapi nampaknya…” Haiza tersenyum penuh erti.

“Nampaknya?” segera Haiza melontarkan persoalan.

“Haiza mahu jawapan, Haiza tahu jawapannya. Nampaknya tak perlu kerana ‘kau sudah ada di sisiku akhirnya’...” Kyle Benjamin Sean William peta berbicara melayu, gembira tidak terkata dengan kehadiran Haiza di sisinya.

Gadis melayu yang mengikat hatinya, yang pasti dia tidak akan melepaskan Haiza dengan mudah.

Selamat menyambut tahun baru! Selamat mendapat teman hidup. Senyum mekar di bibir mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience