BAB 5

Romance Series 7102

KERETA Mercedes Benz berwarna Silver itu mula memasuki perkarangan sebuah rumah agam tiga tingkat. Ayla kelihatan terkial-kial sambil mendongakkan kepalanya melihat rumah yang gah itu dari dalam kereta.

Mulutnya sedikit ternganga. Kagum dengan keindahan rumah agam itu.

"Rumah siapa ni, awak? Kenapa ramai sangat budak-budak dekat sini? Subhanallah, cantik sangat rumah ni. Siap ada surau lagi kat sebelah," puji Ayla, kagum.

Kelihatan surau yang agak besar sedang didirikan di sebelah rumah agam itu. Binaannya mungkin sudah mencapai 60 peratus siap.

Putera Thaqif tersenyum nipis. Haih, tengok cinta hati pun boleh cair walaupun dia tengah ternganga. Dia segera menolak gear D kepada P setelah memarkirkan kereta mereka.

"Tutuplah mulut tu dulu. Saya tergoda. Rasa nak kahwin kat sini juga." ujar Putera Thaqif.

Ayla pantas menutup mulutnya. Dia menjauhkan dirinya daripada Putera Thaqif yang sedang ketawa.

"Dah pandai tunjuk belang kan sekarang ni?"

Putera Thaqif menjelirkan lidahnya.

"Dengan bakal isteri saya jugak," ujar Putera Thaqif seraya keluar dari perut kereta.

Ayla terkebil-kebil seketika. Bila masa pulak dia tutup enjin kereta?

Gadis itu terperanjat lagi tatkala pintu di tempat duduknya dibuka. Dia mengurut dadanya.

"Tuan Puteri tak nak turun ke? Nak saya dukung? Boleh aje ni." pelawa Putera Thaqif. Matanya ibarat bersinar-sinar.

Ayla pantas membuka tali pinggangnya. Dia keluar dari perut kereta. Sempat dia menyinggung perut putera itu sehingga dia mengaduh kesakitan.

"Sakitlah sayang," adunya.

"Padanlah muka. Belum kahwin lagi mana boleh sentuh. Eiii geli!" Ayla tayang muka geli serupa emoji hijau dalam WhatsApp itu.

Putera Thaqif sentap. Dia menggigit bibirnya.

"Maafkan patik tuan puteri... Jomlah masuk. Tak sabar saya nak kenalkan awak dengan anak-anak kita ni," Putera Thaqif sudah tersenyum sipu-sipu.

Ayla melongo. Anak-anak?

"Kejap. Soalan saya awak tak jawab lagi,"

Putera Thaqif menjongket kening. Ada soalan ke tadi?

"Soalan? Soalan apa? Cer tanya lagi," suruhnya.

"Ni rumah siapa? Kenapa banyak sangat budak-budak dan kenapa awak anggap mereka ni anak-anak 'kita'?" soal Ayla bertalu-talu.

"Laaa... Awak tak baca ke kat pagar tadi?" soalan Ayla dibalas dengan soalan.

Ayla menyengih seraya menggeleng. Putera Thaqif menepuk dahinya. Syok sangatlah tu usya rumah banglo tiga tingkat ni.

"Sayang... Ni Rumah Anak Yatim Raudhah. Budak-budak ni saya dah anggap macam anak-anak dah," jawab Putera Thaqif.

Mulut Ayla membentuk 'O'. Mengiakan apa yang dikatakan oleh Putera Thaqif.

"Assalamualaikum Tuan Putera," sapa seseorang.

Mereka berdua serentak memusingkan tubuh ke belakang. Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan awal 50-an itu sedang menunduk hormat Putera Thaqif.

"Waalaikumussalam, ibu. Kan Qif dah cakap, janganlah tunduk macam ni. Qif tak selesa, ibu." akui Putera Thaqif dengan penuh kesopanan.

Ayla memegang dadanya. Tersentuh mungkin? Atau sudah mula cair?

"Kamu kan putera. Mestilah ibu kena hormat sebab ibu orang biasa," jawab wanita itu

"Tapi ibu dah banyak berjasa dekat anak-anak kami ni," balas Putera Thaqif.

Dahi wanita itu berkerut.

"Kami? Kamu dah berkahwin ke? Tak uar-uarkan pun?" soal wanita itu.

Putera Thaqif hanya ketawa kecil. Ayla pula hanya tersenyum manis.

"Perkenalkan ini bakal tunang dan bakal isteri Qif, Ayla Elysha. Ayla, ni ibu Fatiha," hampir lupa jejaka itu ingin memperkenalkan Ayla kepada penjaga rumah anak yatim itu.

Ayla menyalami wanita berumur itu.

"Cantik orangnya. Kamu ni macam..." belum lagi Puan Fatiha menghabiskan ayatnya, Putera Thaqif mula mencantas.

"Ibu, kami nak jumpa anak-anak kejap ya? Rindu tak tertanggung dah ni," sampuk Putera Thaqif, khuatir rahsianya akan pecah tembelang.

"Hmm baiklah,"

Ayla hanya membuntuti langkah Putera Thaqif dari belakang. Sampai sahaja di depan pintu utama. Salam diberi oleh Putera Thaqif sambil mendepakan tangannya.

"Waalaikumussalam, papaaaa!! Yeayy! Papa datangg!" jawab anak-anak di dalam rumah itu lantang.

Mereka berebut-rebut ingin memeluk Putera Thaqif. Ayla semakin tersentuh melihatnya. Setelah lapan tahun meninggalkan Amertha, kini baru dia tahu yang Putera Thaqif ialah seorang yang kasih pada budak-budak.

"Come... Papa nak perkenalkan seseorang ni. Mama Ayla Elysha. Mama kamu semua," ujar Putera Thaqif.

"Mama? Yeayyy! We have mama now!!" jerit anak-anak yatim itu kesukaan lantas mereka menyambar Ayla.

Ayla dengan senang hatinya memeluk anak-anak itu.

"Welcome to our home, mama." ucap Dahlea, budak yang berumur dalam lingkungan enam tahun itu berjalan terkedek-kedek mendekati Ayla.

Dia memberi sekuntum bunga mawar kepada Ayla. Ayla menerima bunga itu bersama senyuman yang amat manis.

"Thank you, dear," ucapnya, ikhlas.

"Dah-dahlah drama tu sayang-sayang semua. Meh duduk sini. Papa ada benda nak bagitahu ni," ujar Putera Thaqif yang sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu.

Anak-anak kecil yang mengerumuni Ayla tadi serta-merta mendekati papa kesayangan mereka. Ayla hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Comel!

"Papa nak bagitahu apa? Cepatlah... Cepatlah... Kami tak sabar ni!" desak anak-anak itu.

"Sabar anak-anak. Bawa bertendang semuaaa. Tutup mulut dulu. Baru papa bagitahu," pinta Putera Thaqif.

Keadaan yang bising tadi serta-merta berubah senyap.

"Good boys and girls. Papa nak bagitahu yang minggu depan kita ada tetamu istimewa."

"Siapa, papa?" tanya Badrul sambil mengangkat tangannya.

Putera Thaqif mengukir senyuman misterinya.

"Adalah orangnya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience