BAB 10

Romance Series 7102

BAYU angin menyapa rambut dua orang jejaka yang dipandang tinggi oleh seluruh marhaen Amertha. Marhaen menyapa, dua orang putera itu menyambut sapaan mereka.

Terang lagi bersuluh mereka ibaratkan marhaen biasa dan bukanlah seorang putera raja.

Putera Ikmal yang memasukkan tangannya ke dalam poket seluar slack berwarna hitam miliknya bersama lengan baju yang dilipat hingga ke lengan menyerlahkan lagi ketampanan putera dari wilayah Fetenarith itu.

Putera Thaqif pula tampak lebih berkarisma apabila mengenakan baju t-shirt berjenama Polo berlengan pendek bersama seluar Jeansnya. Langsung tidak nampak rupa bagai seorang putera.

Ramai pengunjung yang berada di Amertha Waterfront itu memuji-muji kekacakan dan gaya mereka yang sangat diminati dan diidam oleh para wanita. Kalau budak pun boleh cair, apatah lagi perempuan yang mudah lebur melihat dua orang jejaka yang sudah tentu pakejnya penuh.

"Terasa famous doh duduk kat Amertha ni!" ujar Putera Ikmal.

"Kau duduk kat Pluto pun tetap famous. Alien pun berebut nakkan kau," balas Putera Thaqif.

Terselit nada cemburunya kerana Putera Ikmal lebih dipandang berbanding dirinya, putera asal wilayah Amertha. Namun tak dinafikan, Putera Ikmal boleh dikatakan dua kali ganda tampan daripadanya.

Kesian aku, putera kentang je kat Amertha. Desisnya dalam hati yang sendu.

"Tapi aku tak nak alien. Haih, aku ni potato je. Satu pun tak sangkut." keluh Putera Ikmal.

"Lainlah kau... Dah ada yang sangkut." sambungnya lagi.

Putera Thaqif mengerutkan dahinya. Tahu mana anak ni? Aku tak pernah cerita lagi pasal Ayla. Akhirnya, dia berfikir seorang diri.

Setelah beberapa minit menyepi, Putera Ikmal menyinggung lengan Putera Thaqif. Tersentak putera itu dibuatnya.

"Apa?"

"Apahal tiba-tiba senyap?" soalan dibalas dengan soalan.

"Lah... Aku senyap pun tak boleh ke?"

"Kantoi ah kau... Ada yang betul-betul sangkut ni kan? Kan? Kan?" Putera Ikmal mula yakin.

Kalau dah buat muka tu tandanya betullah tu.

"Mana kau tahu? Aku rasa aku tak pernah cerita lagi," soal Putera Thaqif.

Putera Ikmal menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Aku teka je. Tak sangka pulak betul. Ceritalah weh siapa perempuan bertuah tu!" tiba-tiba putera muda itu mendesak.

Putera Thaqif menjungkit bibir. Dia meneruskan langkahnya untuk mengambil angin di Amertha Waterfront itu. Desakan Putera Ikmal tak diendahkan.

"Ceritalah..."

"Kalau tak aku...tak nak belanja kau makan!" Putera Ikmal mula mengugut.

Putera Thaqif sekadar tersenyum sinis. Dia menoleh Putera Ikmal yang turut tersenyum sinis. Berharap ugutannya berhasil. Namun dia pula yang terkena senyuman sinis.

"Setakat makan aku pun boleh bayar soranglah," Putera Thaqif meninggi diri.

"Amboi, berlagaknya! Mentang-mentang anak sultan," Putera Ikmal mula menjauhkan dirinya.

Eleh, macamlah dia bukan anak sultan. Antara Fetenarith dengan Amertha, Fetenarith ialah negara yang sangat maju dengan teknologi.

Tapi yang peliknya, anak sultan dengan setiausahanya datang guna kereta sedangkan pesawat peribadi ada. Haih, pelik-pelik jelah dia orang. Sanggup betul redah lebuh raya daripada terbang kat awan.

***

"Tadi kemain lagi berlagak. Sekarang terhegeh-hegeh nak ikut aku makan. Hokpuih mu," perli Putera Ikmal.

Putera Thaqif menyengih tanpa rasa malu. Selamba dia memanggil pelayan untuk memesan makanan. Putera Ikmal yang sedang mengunyah hanya membiarkan sahabatnya memesan makanan dan minuman.

"Alah tadi gurau je. Kau ni tak rilek ar,"

"Gurau ke berdalih?" Putera Ikmal menjongket keningnya berkali-kali.

"Mana-manalah. Nak percaya sila... Tak nak sudah. Sebagai ganti, ni semua biar aku yang belanja," pelawa Putera Thaqif.

Putera Ikmal tidak memberikan sebarang reaksi. Tipulah tak terharu. Terharu sebenarnya tapi benda yang dia nak bukan kena belanja. Tapi nak tahu siapa gadis tu.

"Tak happy ke? Yelah kan aku belanja. Lagipun aku dah lama tak belanja kau en."

"Alhamdullilah selamat duit aku. Tapi aku nak kau cerita sebelum makanan kau sampai,"

Barulah senyuman manis Putera Thaqif terukir di bibirnya. Matanya mula membayangkan wajah gadis juga sahabatnya sejak kecil itu, Ayla Elysha.

Senyumannya, tawanya, kesedihannya, tangisannya semua seolah-olah terimbas kembali.

"Kau senyum sorang-sorang macam orang gila dah kenapa? Mereng?"

"Ayla Elysha. Dia yang berjaya tawan hati aku sejak masih kecil lagi," ujar Putera Thaqif.

Putera Ikmal terkebil-kebil setelah mendengar pengakuan itu. Ayla Elysha? Nama itu seperti pernah didengarinya.

"Dia bukan sahabat kau ke? Aku rasa aku kenal dia ni. Tapi waktu tu kita kecil lagi,"

"Ye. Sahabat tak salah kan jatuh hati?"

"Bagi aku... No comment lah. Aku tak pernah lagi jatuh cinta. So manalah aku tahu. Tak salah kot selagi dia masih single." Putera Ikmal menyuarakan pendapatnya.

Akhirnya Chicken Chop yang dipesan oleh Putera Thaqif sampai bersama Green Tea kesukaannya.

"Selamat menjamu selera, Tuan Putera," ucap pelayan wanita yang berusia 20-an itu.

Bermula dengan bacaan Basmallah, dia mula menyedut air green tea itu.

"Ah, lega tekak aku,"

"Okey sambung. Sebab dia masih single lah aku dah masuk jarum."

Putera Thaqif mendagu sambil tersenyum. Serius kuasa 10 dia tengah angau!

"Seriuslah? Bila kau lamar dia? Halah halah sampai hati langsung tak cerita kat aku. Dia terima tak?" bertalu-talu soalan dilemparkan kepada Putera Thaqif.

"Haah serius. Aku lamar dia masa hari pertama dia tiba ke Amertha lepas lapan tahun 'bertapa' kat Indonesia. Alhamdulillah dia terima walaupun nampak berat hati," suara Putera Thaqif semakin mengecil pada perkataan terakhir.

Putera Ikmal berhenti mengunyah. Dahinya berkerut.

"Berat hati? Kenapa?"

Tiba-tiba seorang pengawal yang memakai pakaian serba hitam yang ada logo wilayah Amertha di kotnya bersama cermin mata hitam bergegas masuk ke dalam restoran tempat dua orang putera itu menikmati selera.

Dia berdiri tegak di sebelah Putera Thaqif.

"Tuan Putera, ada perkara yang ingin saya sampaikan," ujarnya penuh tegas.

Serta-merta dua orang putera itu berhenti mengunyah. Dia memandang pengawalnya.

"Perkara apa?"

Putera Ikmal dan Putera Thaqif menunggu dengan penuh debaran. Kalau tidak ada perkara yang penting, pengawal tidak akan bergegas menemui mereka yang sedang menjamu selera. Tapi...

"Cik Ayla Elysha ditemui tidak sedarkan diri di dalam kondominiumnya di ruang tamu,"

Putera Thaqif gabra. Namun dia cuba mengawal sebaiknya. Dia cuba untuk berlaku tenang di hadapan pengawalnya.

"Arahkan pengawal kita untuk bawa Ayla ke hospital sekarang!" Putera Thaqif memberi arahan.

"Baik!" balasnya seraya mengeluarkan walkie-talkie dari dalam poket seluarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience