BAB 7

Romance Series 7102

"AYLA rasa kurang setujulah nak bertunang minggu depan. Bagi Ayla, ni terlalu cepat, tuanku." Ayla cuba untuk membantah.

"Janganlah bahasakan 'tuanku'. Panggil je ayahanda dengan bonda. Ayla pun bakal jadi keluarga kami nanti," ujar Permaisuri Qasidah Afreen bersama senyuman manisnya.

Ayla hanya menguis-nguis nasi yang masih berbaki separuh di dalam pinggan itu. Rasa janggalnya makin menebal apabila disuruh tukar panggilan. Makan dengan kerabat Diraja pun sudah cukup membuatnya segan dan malu berbakul-bakul.

"Tapi..."

"Tiada tapi-tapi," celah Sultan Ghazali Shah.

Ayla senyap. Memang keluarga kerabat ni anti dengan 'tapi' ke? Soalnya dalam hati.

"Ayla... Benda baik mestilah kita kena cepatkan. Ayahanda tak nak kamu berdua keluar berdua-duaan tanpa sebarang ikatan. At least bertunang dulu menandakan kamu berdua ada ikatan," pesan Sultan Ghazali Shah.

Putera Thaqif hanya mengangguk mengiakan kata-kata ayahandanya.

"Lagipun kita cinta sama cinta kan? Jadi, why not?" sambung Putera Thaqif.

Cinta? Hmmm... Entahlah Thaqif. Aku pun tak yakin dengan hati aku sekarang ni. Sedikit sebanyak aku cair bila tengok kau dengan anak-anak yatim tu. Kau penyayang, Qif. Dalam hati dia memuji.

Ingin sahaja dia luahkan ayat-ayat itu namun suaranya ibarat tersekat di kerongkong. Dia hanya mampu meluahkan dalam hati. Dia tidak mahu mengecewakan orang yang sentiasa membuatnya gembira sewaktu mereka masih kecil dahulu.

"Jadi keputusan ayahanda muktamad ya?" Sultan Ghazali Shah meminta persetujuan isterinya, anaknya dan Ayla.

Ayla hanya menunduk. Tidak mahu mengeluarkan sebarang suara. Nasi disuap perlahan masuk ke dalam mulutnya.

"Qif lagi suka bertunang esok. Tapi Qif faham kita kena buat banyak persediaan," Putera Thaqif tersengih mengundang pandangan tajam daripada sepasang mata helang milik Ayla.

Permaisuri Qasidah Afreen menggelengkan kepalanya melihat tingkah anak terunanya seorang itu.

"Kamu ni cuba bawa bersabar. Bukannya lama pun seminggu tu. Ada tujuh hari je," ujar Permaisuri Qasidah Afreen.

"Ala bonda... Benda baik buat apa nak lambat-lambatkan kan?" Putera Thaqif mengulang semula ayat ayahandanya.

Permaisuri Qasidah Afreen merengus geram. Haih, ada je modal nak dibalasnya. Ayahanda borek anak rintik!

"Saya setuju anak kita ditunangkan dengan Ayla minggu depan. Perkahwinan pula akan dilangsungkan dua bulan selepas tarikh pertunangan mereka," Permaisuri Qasidah Afreen memberi kata putus.

Ayla tersedak tanpa disengajakan. Dua bulan selepas pertunangan dia? Biarlah betik dia orang ni. Gadis itu pantas mencapai gelas di sebelah pinggannya lalu dia meneguk air sirap di dalam gelas mewah itu.

"Sayang, okey tak ni?" tegur Putera Thaqif, resah.

Gadis itu hanya membalas dengan anggukan. Setelah batuknya reda, dia mula bersuara.

"Permaisuri..."

"Ehem!" Permaisuri Qasidah Afreen berdehem.

Ayla sengih menayang gigi. Dia tersasul!

"Bonda... Bagi Ayla perkahwinan ni nak dijalankan masih terlalu awal,"

"Ayla, ayahanda dan bonda dah berumur. Tak lama lagi, Thaqif akan mewarisi takhta ayahanda bersama kamu. Justeru itu, kami ingin percepatkan perkahwinan dan pertunangan kamu," Sultan Ghazali Shah mula bersuara setelah lama berdiam diri.

Ayla menggemam bibirnya. Ingin sahaja dia membantah lagi. Namun, dia sedar darjatnya ketika ini jika ingin berbahas dengan seorang sultan. Berfikir dua kali itu perlu. Ingin mengeluh? Tiada gunanya lagi kalau memang jodohnya ditakdirkan dengan Putera Thaqif.

"Baiklah, Ayla setuju." Dia mula mengalah.

"Alhamdulillah..." Mereka sekeluarga mula memanjatkan syukur terhadap-Nya.

"Ayahanda akan uar-uarkan berita pertunangan dan perkahwinan ni kepada rakyat dalam masa terdekat," umum Sultan Ghazali Shah.

Putera Thaqif dan Ayla tidak membantah. Ayla hanya menyerahkan semua itu 100 peratus kepada keluarga diraja itu. Tugasnya pula ialah belajar menerima seorang sahabat menjadi seorang tunang dan bakal suami.

***

"TUAN Putera nak pesan apa-apa tak? Air ke? Makanan?" tanya Encik Amriez, setiausaha Sultan Zainal Muzaffar.

Putera Ikmal menggeliat untuk merenggangkan otot sendinya di dalam kereta mewah itu. Matanya sepet dan merah jelas kelihatan menandakan dia baru sahaja bangun dari alam mimpinya.

"Kat mana sekarang ni?" tanyanya yang masih mamai.

"Denartty, tuan putera." jawab Encik Amriez.

Putera Ikmal mengangguk-angguk tanda faham.

"Awak tanya apa tadi?"

"Tuan putera nak pesan apa-apa tak? Air ke? Makanan?" Encik Amriez mengulang semula soalannya.

"Hmm... Belikan saya Yogurt Kurma jenama Farm Fresh satu botol besar, Lolipop tiga batang, keropok mana-mana jenama. Asalkan sedap dengan harga berpatutan. Tu je kot," Putera Ikmal memesan makanannya.

Encik Amriez mengangguk sekali gus cuba menghafal permintaan tuan puteranya itu.

Dia menjongket dahi tatkala melihat Putera Ikmal sedang mengeluarkan dompetnya. Sekeping not Rm 100 dikeluarkan seraya diajukan kepada setiausaha ayahandanya.

"Nah ambil ni. Awak nak beli makanan awak, guna je duit ni. Saya ikhlas." ujar Putera Ikmal.

"Eh, tak apalah tuan putera. Saya ada duit sendiri. Tak apa saya pula belanja tuan putera," Encik Amriez menolak dengan cara baik.

Putera Ikmal tetap berdegil. Dia mencapai tangan setiausaha itu lantas diletaknya sekeping not itu di telapak tangan.

"Jangan bantah. Ini arahan." dia mula menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang putera.

Encik Amriez meneguk liurnya. Entah kenapa dia berasa seram dengan nada yang digunakan oleh Putera Ikmal. Tanpa sebarang bantahan, dia keluar dari perut kereta lalu melangkah menuju ke mini mart yang tidak jauh dari tempat kereta itu diparkirkan.

Putera Ikmal mengerling jam Daniel Wellington di tangannya. Tidak mustahillah matanya sangat berat ketika ini. Jarum jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Radio dibuka. Siaran radio yang mendendangkan lagu Jazz menjadi pilihannya. Beberapa minit kemudian, dia terlelap setelah dua kali menguap.

Ketika Encik Amriez sedang memilih minuman yang dipesan oleh tuan puteranya, perutnya pula tiba-tiba mendendangkan lagu 'lapar'. Dia memegang perutnya.

"Masa macam nilah kau nak lapar, perut..." ujarnya seorang diri.

Lelaki itu menelan liurnya tatkala melihat Maggi Cup yang tersusun rapi. Perutnya pula semakin berkeroncong minta diisi. Encik Amriez menggaru kepalanya.

Mungkin dia perlu meminta kebenaran untuk menyantap sebentar daripada Putera Ikmal yang sedang menunggu pesanannya itu. Encik Amriez meletakkan bakulnya di atas lantai berdekatan rak yang menempatkan maggi seraya keluar dari mini mart tersebut.

Hampir tersembul matanya apabila melihat ketiadaan Putera itu di dalam kereta menerusi cermin. Ha sudah!

"Tuan Putera?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience