BAB 9

Romance Series 7102

"DAH kenapa pakaian kamu ni macam kucing batu, Ikmal?" soal Sultan Ghazali Shah.

Putera Ikmal tersengih bagai kerang busuk. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah memang macam kucing batu pun. Baju putera yang berwarna putih itu kotor seperti baru lepas berendam di dalam lumpur.

Putera Ikmal sempat membuat tanda 'peace' di hadapan Sultan Ghazali Shah.

"Keep calm and love me, Tuanku Sultan Ghazali Shah," Putera membongkokkan tubuhnya tanda hormat kerana dia belum menunduk hormat ketika berhadapan dengan Sultan Ghazali Shah.

"Apa ni, tuan putera? Bukan kena cakap 'ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun' ke?" bisik Encik Amriez di telinga kanan Putera Ikmal.

"Alah, ayahanda si Putera Thaqif ni sporting orangnya. Jangan risaulah... Dia tegur je nanti. Tak sampai belasah saya pun," selamba Putera Ikmal membalas bisikan Encik Amriez, setiausaha Sultan Zainal Muzaffar.

Encik Amriez menggeleng kepalanya. Hancurlah adat macam ni tuan putera oi... Desisnya dalam hati.

"Bisik-bisik apa tu? Tengah membawang ya?" tegur Permaisuri Qasidah Afreen.

"Maaf permaisuri, Kita orang tak membawang tapi kita orang...." belum sempat Encik Amriez menghabiskan ayatnya, Putera Ikmal pantas mencelah.

"Kita orang tengah rancang nak pikat hati Permaisuri Qasidah Afreen," sambung Putera Ikmal dengan selamba badaknya.

What?!

Encik Amriez terkebil-kebil memandang Putera Ikmal yang super selamba itu manakala Putera Thaqif yang tercegat di sebelah ayahandanya sudah memandang tajam ke arahnya.

"Woi... Cari gaduh ke?" laung Putera Thaqif yang sedang berdiri di sebelah singgahsana Sultan Ghazali Shah.

"Apahal bro? Nak gaduh ke? Meh meh alang-alang baju dah kotor ni,"

Putera Thaqif menggigit bibirnya menahan geram. Kalau boleh sampai berdarah dia nak gigit bibir tu.

Kau tunggu.. Nahas kau lepas ni. Putera Thaqif telah merancang idea bertanduknya.

Sultan Ghazali Shah dan Permaisuri Qasidah Afreen menepuk dahi masing-masing. Ya Allah... Apa dah jadi dengan Putera Ikmal ni. Otak dia agak-agak ada wayar putus tak?

Namun di sudut hati keluarga Diraja itu sebenarnya mereka sangat terhibur dengan telatah Putera Ikmal yang mengundang keceriaan untuk mereka. Seketika kemudian, Sultan Ghazali Shah dan Permaisuri Qasidah Afreen masing-masing meletuskan tawa.

"Ada-ada sajalah kamu ni, Ikmal." sampuk Sultan Ghazali Shah.

"Entahnya... Kita yang dah tua ni pun masih boleh nak dipikatnya. Nuckal betul," sambung Permaisuri Qasidah Afreen.

Putera Ikmal menyengih lagi di tempat dia sedang berdiri.

Tiba-tiba perasaan rindu sultan itu terhadap Sultan Zainal Muzaffar terubat kerana telatah Putera Ikmal yang hampir serupa dengan telatah ayahandanya ketika masih pada zaman putera.

Tak dinafikan ayahanda kepada Putera Ikmal tersangatlah nakal. Kalau boleh semua orang nak disakatnya.

Perangai itu lama-kelamaan semakin pudar setelah mereka berumah tangga dan menjadi seorang sultan.

Sungguh cepat masa berlalu. Kini, masing-masing dah berumur. Bertambah matang dalam pentadbiran. Tidak lama lagi, jawatan sultan juga akan diwariskan kepada anak mereka.

"Bilalah lagi kita boleh bersua muka, Zainal Muzaffar..." gumamnya sendirian.

"Ayahanda..." Putera Thaqif memegang bahu kiri Sultan Ghazali Shah.

Sultan Ghazali Shah tersentak. Huish, nasib tak terperanjat den. Sultan Ghazali Shah mengukir senyuman.

"Ayahanda okey tak? Tiba-tiba termenung..."

***

"NAH tuala!" Putera Thaqif melemparkan tuala berwarna kuning tepat ke arah wajah Putera Ikmal.

Ikmal mendengus geram. Lahabau punya member. Dilemparnya macam tu je. Sakit hidung aku dibuatnya. Auch!

"Tak payah buat muka sangat. Dah pergi mandi sebelum aku mandikan kau," Putera Thaqif melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sangat empuk di dalam biliknya.

"Belum masanya lagi. Nanti kalau aku dah tak ada, aku nak kau yang mandikan aku bersih-bersih dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki aku," ujar Putera Ikmal.

"Eh kau ni merepek je malam-malam. Dah pergilah mandi. Kotor tahu? Shuh! Shuh!"

Alat kawalan televisyen yang terletak di atas meja kopi dicapai lalu butang 'on' ditekan. Beberapa saat kemudian, televisyen yang bersaiz 75 inci itu memaparkan filem 'Mission Impossible: Ghost Protocol' yang dilakonkan oleh Tom Cruise. Siaran Astro HBO dan Fox Movies sentiasa menjadi kegemarannya setiap masa.

Putera Thaqif tersentak tatkala Putera Ikmal dengan tiba-tiba menempel di sebelahnya. Segera Putera Thaqif menolak Putera kesayangan Sultan Zainal Muzaffar itu.

"Kotor-kotor nak menempel dengan aku. Tibai kang!" marahnya.

"Alah kejaplah. Tom Cruise berlakon tuuu. Ha tengok dia berlari dalam ribut pasir tu. Gempak gila!"

Aduhai...belum jadi sultan lagi dah mental otak dek kerenah Putera Ikmal. Akhirnya, Putera Thaqif mengalah.

Dia mengangkat punggungnya lalu mengorak langkah menuju ke katil yang bersaiz King. Dia hanya menonton filem itu dari jauh. Nasib baik skrin televisyen itu besar. Kalau kecil? Pakai cermin mata pun belum tentu nampak. Suara dapat didengari pun dah memadai.

Putera Thaqif menjengilkan matanya. Aku bukan nak tengok kepala besar kau oh Ikmal...

"Woi, tepilah sikit! Aku pun nak tengok jugakk! Bukan nak tengok kepala kau je!" laung Putera Thaqif.

Tanpa banyak soal, Putera Ikmal berganjak sedikit ke tepi. Matanya tetap fokus menyaksikan aksi yang dimainkan oleh Tom Cruise itu.

Bunyi pintu diketuk dari luar mengganggu tumpuan mereka menonton televisyen.

"Masuk!" laung Putera Thaqif dari dalam.

Seorang dayang memasuki bilik putera itu sambil menunduk. Putera Thaqif dan Putera Ikmal masing-masing menunggu perkara yang ingin disampaikan oleh dayang itu.

"Tuan Putera Thaqif, bilik Tuan Putera Ikmal telah siap dikemas," ujarnya.

"Okey, Terima kasih. Awak boleh pergi." ucap Putera Ikmal seraya mengukir senyuman.

"Tapi barang tuan putera Ikmal..."

"Tak apa, saya sendiri akan angkat nanti." balasnya dengan nada yang sopan.

"Baiklah kalau begitu,"

Dayang itu pantas keluar dari bilik Putera Thaqif. Putera Ikmal kembali menyambung menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon kesayangannya manakala Putera Thaqif fokus terhadap WhatsAppnya melalui telefon pintar.

Dia tersenyum sendirian.

Tak tidur lagi rupanya kekasih hati ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience