BAB 11

Romance Series 7102

KELIHATAN Putera Thaqif sedang mundar-mandir di depan pintu wad yang menempatkan Ayla. Sekejap dia memerhati keadaan Ayla yang sedang dirawat doktor di dalam wad itu melalui cermin yang ada di pintu tersebut.

Banyak persoalan yang bermain dalam mindanya tatkala Ayla yang sudah sedarkan diri itu kelihatan berbicara dengan seorang doktor. Perbualan mereka seakan-akan kelihatan serius.

Putera Thaqif mengeluh. Andai saja dia dapat dengar perbualan itu.

Ingin sahaja dia membuka tombol pintu itu namun hati kecilnya menegah, berkata jangan campur selagi tidak diberi kebenaran untuk masuk.

Tapi otaknya pula suruh masuk campur. Sampai bila dia harus berada dalam keadaan tertanya-tanya? Dah lah itu buah hatinya. Bukannya buah durian.

Dia menarik nafas seketika. Kemudian dia melihat jam yang terletak elok di pergelangan tangannya.

"Okey Qif.. Kau tunggu lagi 5 minit. Kalau doktor tu tak keluar jugak, kau sergah!" dia berkata pada dirinya sendiri.

Tapi...

Kotnya buah hati kau pengsan terkejut lagi macam mana? Hati kecilnya bertanya.

Putera Thaqif mengurut dadanya. Baiklah aku bersabar. Bersabar selagi boleh. Sabar... Sabar separuh daripada iman.

Beberapa minit telah berlalu, pintu dibuka dari dalam. Putera Thaqif pantas mendapatkan doktor yang memakai tag nama Dr. Syahmi.

"Macam mana dengan keadaan bakal tunang beta, doktor?"

Doktor Syahmi berkerut dahi. Rasanya ini berita gembira...

Lidah Doktor Syahmi terkelu. Tak mungkinlah!

"Cik Ayla bakal tunang Putera Thaqif?" tanya Doktor Syahmi meminta kepastian.

Putera Thaqif mengangguk laju tanpa syak wasangka.

Doktor Syahmi cuba mengukir senyuman biasa.

"Tiada apa yang berlaku kepada Cik Ayla. Dia cuma mengalami migrain. Harap tuan putera dapat jaga cik Ayla sebaiknya. Takut-takut dia pengsan lagi."

Serta-merta raut wajah gelisah Putera Thaqif bertukar wajah kelegaan. Migrain rupanya.

"Baiklah, InshaAllah doktor. Terima kasih," ucap Putera Thaqif.

"patik minta diri dulu, tuan putera."

Putera Thaqif sekadar mengangguk membenarkan sebelum masuk ke dalam wad di mana Ayla ditempatkan.

Wajah Ayla yang kelihatan pucat ditatap. Ingin sahaja dia mengusap rambut yang lembut itu.

"Awak nak apa-apa tak? Saya suruh pengawal belikan." soal Putera Thaqif .

"Air mineral." dengan suara serak basahnya dia menjawab.

"Patik menurut perintah tuan puteri," jawab Putera Thaqif seakan-akan dia yang menjadi pengawal.

Ayla tertawa kecil.

"I am not a princess."

"No. You are my princess in my heart. Forever. And you will be a queen."

"Mengarut. Hahahah"

"Saya serius, sayang."

Ayla tersenyum kembali. Ya dia tahu cinta Putera Thaqif tulus untuknya. Tetapi hatinya? Dia menjadi serba salah. Mungkin dia harus menerima Putera Thaqif sebagai peneman hidupnya.

"Eric..." panggil Putera Thaqif.

"Ya Tuan putera?"

"Belikan beta dua botol mineral water dan 5 paket roti gardenia perisa sambal ikan bilis" arahnya.

"Baik tuan putera,"

Ayla tidak hairan. Tahu sangat putera Thaqif jenis yang kuat makan.

"Mesti awak fikir saya makan semua tu nanti,"

Pfft.. Macam mana dia boleh baca fikiran aku?

"Ma...mana ada!"

"Jujur jelah honey..."

"Tak nak!"

"3 paket nanti awak makan... Selebihnya saya makan. So jangan risau. Roti tu alas perut je. Nanti awak dah boleh keluar saya belanja makan," ujar Putera Thaqif selamba.

Rasa nak terbeliak biji mata Ayla. 3 paket tu dia yang punya?! Cincahhh?! Habislah segala plan diet kalau diberi makan macam tu bang oii..

"No no... Tiga tu awak punya dan 2 saya punya. Fullstop." titik Ayla.

Putera Thaqif tersenyum sinis.

"Jaga badan ke tuuuu" perlinya.

Ayla mengambil kesempatan menjadi ketam. Dia tangkas mencubit lengan Putera Thaqif walaupun masih berbaring. Dia tahu kalau duduk, gerenti kena bebel.

"Auch!"

***

ENCIK AMRIEZ bingung tatkala melihat Putera Fetenarith itu berjalan berseorangan sambil bersiul. Pelik pula dia tidak nampak kelibat Putera Thaqif.

"Tuan Putera" sapa Encik Amriez.

Putera Ikmal berhenti bersiul. Dia memandang Encik Amriez.

"Ya Encik Amriez? Ada apa?"

"Boleh patik bertanya?"

"Haa..boleh. Tanyalah,"

"Putera Thaqif mana ya? Bukan ke tuan putera Thaqif bersiar-siar dengan tuan putera?"

Putera Ikmal tertawa kecil. Alahai risau sangat dengan sahabatnya itu. Mesti dia tengah bermanis madu dekat hospital sana.

"Dekat hospital," selamba Putera Ikmal menjawab.

Terperanjat Encik Amriez dibuatnya.

"HOSPITAL?! KENAPA? PUTERA THAQIF ACCIDENT KE?" Encik Amriez mula gelabah.

Putera Ikmal tergelak besar... Aduhai kalau macam ni lah gayanya, baik jadi setiausaha Sultan Ghazali Shah aje lerrr...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience