BAB 1

Romance Series 7102

Istana Fetenarith,

BUNYI derapan kasut kedengaran dari jauh. Kelibat seorang putera memasuki balairung istana mula kelihatan. Ketat sahaja wajahnya mendekati seorang raja yang sedang bersemayam di atas singgahsana bersama permaisurinya.

Putera itu turut diiringi oleh dua orang pengawal di kiri dan kanannya. Rimas? Itu sudah pasti! Pergerakannya terbatas dek kawalan itu. Lihatlah, baru sahaja dia ingin keluar pergi ke pekan, ada sahaja yang mengheretnya pulang ke istana atas arahan ayahandanya.

"Ayahanda tak boleh ke tengok putera ayahanda ni bebas sikit?" tanyanya sambil berpeluk tubuh.

Sultan Zainal Muzaffar dan Permaisuri Hana Fahiyah menahan tawa melihat wajah cemberut putera mereka. Tahulah mereka telah merosakkan mood anakanda mereka, Putera Ikmal Al-Hazreed.

"Bukan tak boleh. Tapi ayahanda dan bonda ada perkara nak bincang dengan kamu," jawab Sultan Zainal Muzaffar.

"Bincang apa ayahanda? Bonda?" tanya Putera Ikmal lagi.

"Bukan bincang. It's more to order," Permaisuri Hana Fahiyah membetulkan ayat dua beranak itu.

Sultan Zainal Muzaffar membuat muka toya. Sesal dengan sikap isterinya yang memecahkan rahsianya.

"Arahan apa pula ni, bonda?" soal Putera Ikmal bernada malas.

Permaisuri Hana Fahiyah sekadar tersenyum sinis di atas singgahsananya.

"Ayahanda dan bonda nak arahkan kamu pergi ke wilayah Amertha untuk mengeratkan silaturahim antara kerajaan Fetenarith dengan kerajaan Amertha sekali gus tengok perkembangan projek yang kita sumbangkan modal kepada mereka."

Terperanjat putera itu setelah mendengar arahan daripada ayahandanya. Aku tak salah dengar kan? Desisnya dalam hati.

"Dari Fetenarith ke Amertha? Ya Allah ayahanda... Jauhnya! Ikmal tak nak pergi," bantah Putera Ikmal lalu segera ingin berlalu dari balairung itu.

Malangnya, langkahnya dihalang oleh dua orang pengawal yang mengawasinya. Putera Ikmal menggeleng seraya menunduk. Haih, cepat betul ayahandanya bertindak.

"Lari-lari nak pergi mana? Ayahanda kamu tak habis cakap lagi nak..." Permaisuri Hana Fahiyah ketawa kecil.

Putera Ikmal kembali menghadap ayahanda dan bondanya. Dia mencebikkan bibirnya tanda protes.

"Tak payah nak cebik sangat. Tak kena layan pun." ujar Permaisuri Hana Fahiyah.

"Ayahanda... Bonda... Benda boleh contact guna phone kan? Kenapa tak call je?"

"Call dengan menziarahi tak sama, Ikmal. Ayahanda hantar kamu ke sana sebab ayahanda tak berkesempatan untuk menziarahi Sultan Ghazali Shah dan keluarga. Ayahanda dengan bonda pula banyak urusan yang perlu diselesaikan di sini. Ingat, rakyat jelata keutamaan kita," jelas Sultan Zainal Muzaffar.

"Okey ayahanda. Bila ayahanda nak Ikmal pergi ke Amertha? Ikmal nak tempah tiket sekarang,"

Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar jeansnya. Kata laluan dibuka serta-merta.

"Tak payah tempah tiket," ujar Permaisuri Hana Fahiyah.

Tindakan Putera Ikmal terhenti setelah ditegah oleh bondanya.

"Why?"

"Tak payah guna kapal terbang. Bukannya jauh sampai ke Indonesia pun. Kereta akan disiapkan untuk kamu. Kamu akan pergi dengan setiausaha kita," jawab Permaisuri Hana Fahiyah.

Putera Ikmal ternganga. Tidak percaya dengan cadangan bondanya.

"Bonda... Kalau guna kereta bila pula boleh sampai?" rungut Putera Ikmal.

"Kesabaran tu separuh daripada iman. Dua tiga hari nanti sampailah," selamba sahaja Permaisuri Hana Fahiyah menjawab.

"Dua tiga hari?!"

***

Amertha International Airport,

SEORANG gadis melabuhkan punggungnya di atas kerusi di luar lapangan terbang itu. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya. Seketika kemudian, dia mengeluh.

Sudah satu jam setengah dia melangut di luar Lapangan Terbang antarabangsa Amertha itu. Perutnya pula berkeroncong sejak keluar dari kapal terbang.

"Janji Melayu betul..." rungutnya di situ.

Ikutkan hatinya ingin sahaja dia melantak di KFC yang terletak di dalam lapangan terbang itu. Namun apakan daya, poketnya hanya dipenuhi dengan mata wang Rupiah.

"Lapar... Kebulur... Aku tak nak mati kebulur," gadis bernama Ayla Elysha merengek di kerusi itu.

"Nah, makanan."

Seseorang sedang menghulurkan satu beg kertas berisi burger di dalamnya. Terus terhenti rengekan Ayla tatkala melihat beg kertas itu. Dia memandang empunya tangan yang menghulurkan beg kertas tersebut.

Dalam masa satu saat sahaja, wajahnya berubah jeruk kedondong. Dia memeluk tubuhnya lalu memalingkan mukanya daripada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

"Merajuk!"

Putera Thaqif Aqmal menggulingkan bebola matanya. Tengah kebulur pun masih nak simpan ego.

"Tak nak sudah. Aku pun tengah lapar ni," jawab Putera Thaqif.

Dia berpura-pura memasukkan tangannya ke dalam beg kertas Mcdonald untuk mengambil burger miliknya namun beg kertas itu terlebih dahulu dirampas oleh Ayla.

Ayla mengeluarkan burger dari dalam beg kertas itu. Kertas pembalut burger dibuka. Seusai membaca doa, dia menggigit burger itu.

Putera Thaqif tercengang melihat burgernya dimakan.

"Woii!" dia menjerit kecil.

Ayla memandang sahabatnya. Berkerut dahinya apabila mendengar jeritan kecil Putera Thaqif.

"Apahal?"

"Burger aku siot!"

Ayla membelek-belek burger itu.

"Tak ada nama kau pun," Ayla berloyar buruk.

"Hambar beb hambar..." Putera Thaqif menepuk dahinya.

Suaranya pula seperti budak kecil yang ingin menangis.

"Nah, ambil burger kau ni," Ayla menghulurkan burger yang telah digigitnya kepada Putera Thaqif.

Terkebil-kebil mata putera itu melihat burgernya yang telah dicabul.

"Apa tengok lagi? Ambillah," gesa Ayla.

"Kau dah gigit burger aku..."

"Jadi? Macam kau tak biasa makan bekas aku," jawab Ayla agak sinis nadanya.

Putera Thaqif menjengilkan matanya. Double cheese burger bertukar tangan. Akhirnya Putera Thaqif dapat menikmati burger kesayangannya sejak kecil itu.

Kunyahan Ayla terhadap burger Spicy chicken Mcdeluxe menjadi perlahan apabila melihat Putera Thaqif yang melahap bagai orang kebuluran. Anak raja kebulur? Tak masuk dek akal.

Yang kebulur ni siapa? Aku ke dia? Ke dua-dua? Fikir Ayla dalam hati.

"Makanlah perlahan-lahan. Kau ni mengalahkan orang kelaparan macam aku," tegur Ayla.

Putera Thaqif tersengih.

"Sedap sangat burger ni. Maafkan anak raja kesayangan kau sorang ni."

Ayla menyengetkan mulutnya. Perasannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience