BAB 6

Romance Series 7102

HARI yang dinanti-nantikan dengan penuh bosan telah pun tiba. Ya, hari ini merupakan harinya akan menaiki kereta untuk beberapa hari untuk sampai ke wilayah Amertha.

Puas memujuk ayahanda dan bondanya, namun masih tetap tidak berjaya. Sudahnya, dia mengalah sahaja. Malas ingin menambah dosa.

"Ikmalll!!" laung Permaisuri Hana Fahiyah dari luar bilik anak lelakinya itu.

Beberapa saat kemudian, Putera Ikmal keluar bersama t-shirt putihnya dan rambutnya yang serabai. Bukan disebabkan baru bangun tidur. Dah lama bangun tapi bertafakur di atas katil bersama permainan videonya.

"Ye bonda?" Putera Ikmal mengerdipkan matanya berkali-kali.

Permaisuri Hana Fahiyah sudah bercekak pinggang di hadapan anaknya. Ingin sahaja dia membelasah anak terunanya ketika ini.

"Kenapa tak bersiap lagi?" tanya Permaisuri Hana Fahiyah.

Putera Ikmal acah menguap.

"Baru bangun tidur, bonda." tipunya.

Tipu sunat tak apa kan? Eh, ada ke istilah tipu sunat? Tak baiklah kau ni Ikmal. Katanya dalam hati.

"Jangan nak menipu. Dosa besar tahu? Jangan ingat bonda tak tahu yang kamu tengah main game dalam bilik tu." omel Permaisuri Hana Fahiyah

Putera Ikmal menyengih.

"Awal lagi bonda. Rileks duluuu..."

Tiba-tiba jari Permaisuri Hana Fahiyah hinggap di telinga anak terunanya. Putera Ikmal mengaduh kesakitan.

"Aduh bonda... Sakit bonda..." adunya. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Nak mandi sekarang ke tak?" soal Permaisuri Hana Fahiyah.

"Mandi sekarang bonda... Huhu ampun..." jawab Putera Ikmal.

"Pakaian dah kemas ke belum?" soal bondanya lagi.

"Belum bondaa..."

Semakin kuat pulasan di telinga Putera Ikmal. Lelaki itu sudah ingin mengeluarkan air mata menahan sengatan pulasan telinga daripada bondanya.

"Kenapa belum kemas?" tanya Permaisuri Hana Fahiyah.

"Pembantu kan ada. Suruhlah dia kemaskan," masih selamba Putera Ikmal menjawab.

Para pembantu yang sedang mentertawakannya dalam diam sambil memerhatikan celoteh bonda dan anak lelakinya tadi mula melarikan diri perlahan-lahan. Takut dipanggil oleh Permaisuri agar mengemas pakaian anak terunanya.

Permaisuri Hana Fahiyah mengetap giginya. Eii! Nak je dia ganyang anak dia sorang ni cukup-cukup!

"Bertuah punya budak." si bonda mula melepaskan telinga anaknya.

Telinga Putera Ikmal mula terasa panas dan berdenyut akibat dipulas teruk oleh bondanya. Mujur tak terputus telinga capang kesayangannya itu.

"Walaupun kamu sebagai anak sultan, tak semestinya kamu kena harapkan pembantu. Barang peribadi kan? Kemaslah sendiri. Kenapa perlu harapkan orang? Belajar berdikari, Ikmal. Kesian dia orang penat membanting tulang untuk istana ni. Kamu janganlah ambil kesempatan atas pekerjaan dia orang. Tak baik begitu," ceramah Permaisuri Hana Fahiyah, lembut. Tidak kasar seperti tadi.

Putera Ikmal menunduk. Rasa bersalah terbit di hatinya. Ada benarnya apa yang dikatakan oleh bondanya.

Pembantu-pembantu yang berada di situ pula tidak jadi melarikan diri. Sebaliknya mereka berasa terharu kerana kerabat diraja ini tidak suka mengambil kesempatan atas mereka.
Oh, sungguh mereka sayang keluarga kerabat ini!

"Yelah bonda. Ikmal minta maaf." Putera Ikmal mencapai tangan bondanya seraya dia menguncup tangan mulus itu.

Permaisuri Hana Fahiyah mengusap kepala anaknya.

"Bonda maafkan. Pergi kemas pakaian dulu. Lepastu mandi. Jangan lambat sangat. Kesian setiausaha ayahanda kamu tu tunggu lambat sangat," ujar Permaisuri Hana Fahiyah.

"Baik bonda," balasnya.

Seketika kemudian, Permaisuri Hana Fahiyah mula meninggalkan anak terunanya yang sedang mengusap telinganya yang masih berdenyut.

Cantik tak telinga I? Merah giteww. Lain daripada yang lain. Limited edition! Ahaks!

Putera Ikmal masuk ke dalam biliknya kembali. Dia segera mengambil bagasinya yang terletak di bawah katil lalu diheret menuju ke almari pakaiannya.

***

AYLA mengetap bibirnya tatkala berdiri di hadapan bangunan yang sangat gah. Di depan pintu utama itu, terdapat dua orang pengawal yang sedang berjaga.

Terasa kerdil dirinya untuk menjejak satu-satunya istana di wilayah Amertha itu. Setelah lapan tahun dia keluar dari Amertha, kini dia kembali bersama seorang putera untuk berjumpa dengan kerabat diraja.

Ayla memandang Putera Thaqif yang sedang menarik perlahan lengan bajunya agar mengikutinya masuk ke dalam istana yang gah itu.

"Thaqif... Kejap."

Mereka memberhentikan langkah seketika. Dua orang pengawal itu sedang menunduk hormat kerana putera mereka sangat hampir dengan mereka.

"Kenapa, sayang?" tanya Putera Thaqif lembut.

"Saya tak layak masuk ke istana ni lagi. Apatah lagi nak jumpa sultan, ayahanda awak," Ayla meluahkan rasa gusarnya.

Putera Thaqif tersenyum nipis. Dia faham akan kejanggalan Ayla setelah lama tidak menjenguk keluarganya.

"Ayahanda masih sama macam dulu. Dia dah anggap awak macam keluarga sendiri. Kan dia dulu pernah bagitahu awak. Dah lupa ya?"

Ayla menggosok-gosok tangannya yang kian sejuk dek rasa gemuruh yang menyerangnya. Siapa saja tidak gemuruh kalau nak berhadapan dengan Sultan.

"Saya segan, Qif..."

"Tak ada benda yang awak nak segankan. Dah jom masuk. Ayahanda dengan bonda mesti tak sabar menunggu kedatangan awak," ujar Putera Thaqif.

"Tapi... Tapi..." baru sahaja dia ingin bertapi, Putera Thaqif pantas mencelah.

"Kereta api." dia kembali menarik lengan baju yang dipakai oleh Ayla.

Ayla hanya membuntuti langkahnya. Ingin membalas pun Putera Thaqif akan tetap dengan keputusannya. Sudahnya dia mengalah lagi.

Gadis itu dibawa ke ruang tamu yang terdapat di dalam istana itu. Sebaik sahaja melihat Sultan Ghazali Shah dan Permaisuri Qasidah Afreen duduk di atas sofa sambil melayan televisyen. Ayla di belakang sofa itu sedia melutut, bersedia untuk menghadap sultan.

Puas ditarik oleh Putera Thaqif agar berdiri namun gadis itu tetap berdegil. Akhirnya, Putera Thaqif turut melakukan perkara yang sama walaupun dia seorang anak sultan.

Ayla menyinggung Putera Thaqif sambil memberi isyarat mata 'kenapa ikut saya? Awak anaknya tak perlulah kot.'. Isyarat itu hanya dibalas dengan jeliran lidah.

Ayla menepuk dahi. Dia tak faham bahasa isyarat pula.

"Ampun beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun," Putera Thaqif bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience