BAB 2

Romance Series 7102

"MACAM mana hati kau boleh terdetik nak balik ke Amertha?" tanya Putera Thaqif ingin tahu. 

Matanya diberi tumpuan kepada pemanduannya. Dia sengaja untuk tidak membawa pemandu peribadinya dan menawarkan diri untuk memandu seorang diri. Pada waktu inilah dia dapat mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama sahabatnya, Ayla Elysha.

Gadis itu mengangkat bahunya tanda tidak tahu. 

"Entah. Aku rasa nak balik, aku baliklah. Emangnya kenapa?" jawab Ayla. Dia memandang sekilas Putera Thaqif.

"Tak ada apa. Aku cuma rasa pelik je. Yelah, dulu kau kata kau sanggup tinggalkan aku. Beria nak tinggalkan Amertha siap kata nak tukar warganegara. Tup tup lepas lapan tahun kau balik sini semula," Putera Thaqif masih terasa dengan perkara lapan tahun lepas.

Ayla terdiam. Dia masih marah aku ke? Fikirnya sendirian.

"Tak sangka sekarang ni sahabat aku bukan warganegara Amertha dah," sambung Putera Thaqif.

Terbeliak mata Ayla tatkala dia dituduh bukan warganegara Amertha. Dia pantas mengeluarkan beg duitnya dari dalam beg tangan lantas kad pengenalannya dikeluarkan lalu ditunjukkan kepada Putera Thaqif.

"Hello Putera Thaqif, saya masih warganegara Amertha ya? Here is my identity card."

Putera Thaqif memandang kejap kad pengenalan itu. Dia mengukir senyuman kecil. Ya, gadis itu masih berwarganegara Amertha. Dalam hati dia rasa bersyukur.

"Qif, aku tak gila lagi nak tukar warganegara..." belum sempat Ayla menghabiskan ayatnya, Putera Thaqif mencelah terlebih dahulu.

"Sebab apa yang kau cakapkan lapan tahun lepas semua tu kau tak maksudkan pun,"

Ayla mengukir senyuman.

"Bijak!"

"Kau nak balik mana ni? Rumah ayah kau ke kondominium kau?" tanya Putera Thaqif.

"Kondo," balasnya sepatah.

Putera Thaqif menjongket kening.

"Tak nak jumpa ayah kau? Mesti dia rindu gila-gila dengan kau,"

Alya pantas menggeleng. Dia tak ingin berjumpa dengan ayahnya.

"No. Kalau kau bawa aku jumpa dia, aku tak nak kawan dengan kau!" ugut gadis itu.

"Kau masih marah dia?" soal Putera Thaqif ingin kepastian.

Ayla menundukkan kepalanya. Malas mahu menjawab soalan itu. Lagipun, dia pulang ke Amertha bukanlah sebab untuk berjumpa dengan ayahnya. Sungguh jauh sekali!

"Kau pandu jelah kereta situ diam-diam. Aku penat,"

Namun, Ayla baru tersedar bahawa jalan yang dilalui oleh mereka bukanlah jalan yang menuju ke kondominiumnya. Ya, dia yakin walaupun sudah lapan tahun tidak menjejakkan kaki ke Amertha.

"Ni bukan jalan ke kondo aku..." ujar Ayla.

"Bukan jugak ke rumah bapak aku..." sambungnya lagi.

Ayla menunding jari ke arah Putera Thaqif. Dia mengecilkan matanya sambil memandang tajam ke arah Putera Thaqif.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Jangan cakap kau nak culik aku, Thaqif..."

Putera Thaqif tersenyum sinis.

"Aku memang tengah culik kau sekarang ni, sayang." Putera Thaqif mengenyit matanya.

Naik meremang bulu roma Ayla. Dia menampar lengan Putera Thaqif yang berlapik.

"Baik kau cakap sekarang..."

Kini kereta yang dipandu oleh Putera Thaqif mula memasuki ke satu simpang yang agak terpencil. Pokok-pokok kelapa yang ditiup angin mula kelihatan dari jauh. Ayla terkebil-kebil di tempat duduknya.

"Pantai Meritha?" tebaknya.

"Surprise!" ucap Putera Thaqif.

***

AYLA mendepakan tangannya sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang merempuh tubuhnya di pantai itu. Kepalanya didongakkan sambil menghirup udara segar. Seketika kemudian, dia menghembus semula udara itu perlahan-lahan. Ah, segarnya!

Putera Thaqif tersenyum senang kerana dapat melihat wajah ceria Ayla. Dia tahu Ayla sangat sukakan pantai. Dari umur mereka setahun jagung lagi, di situlah tempat mereka meluangkan masa bersama-sama.

Jejaka itu memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Lantas dia mendekati Ayla.

"Ya Allah, rindunya aku dengan pantai ni..." luah Ayla gembira.

"Aku pun, Ayla. Setiap kali aku rindu kau, aku akan datang ke pantai ni sambil mengimbas semula kenangan kita kat sini. Setiap kali tu jugak aku berharap yang kau balik ke sini dan akulah orang pertama yang kau cari," balas Putera Thaqif.

Matanya masih khusyuk memandang ombak yang tidak seberapa kuat sedang bergelora di lautan yang terbentang luas itu.

Ayla pula mula memandang Putera Thaqif dari pandangan sisi. Terserlah ketampanan putera kesayangan Sultan Ghazali Shah itu. Rambutnya yang ditampar oleh angin itu menampakkan lagi kekacakan putera tunggal itu.

"Qif... Sekarang ni aku dah ada kan kat sini? Now i'm standing beside you. Dan kau jugak orang pertama yang aku cari dan aku jumpa sekarang ni," ujar Ayla.

Kini, Putera Thaqif pula yang memusingkan badannya 90 darjah menghadap Ayla yang sedang memandangnya. Dia merenung sepasang mata coklat muda milik gadis itu. Tidak dinafikan, Ayla mempunyai wajah yang sempurna.

"Ye, aku tahu. Hasrat aku dah terlaksana dan aku gembira sangat Ayla. Kau tahu tak betapa terseksanya aku hidup kat Amertha ni tanpa sahabat yang bernama Ayla Elysha. Ayla, kau je satu-satunya sahabat yang ikhlas jadi kawan aku tanpa memandang darjat dan harta." luah Putera Thaqif.

Matanya tidak lepas daripada memandang mata coklat milik Ayla. Sungguh dia ketagih dengan kecantikan mata itu!

Tiba-tiba Ayla gelak terbahak-bahak. Dia menekup mulutnya. Entah kenapa dia merasakan luahan itu satu benda yang lawak baginya. Dahi Putera Thaqif berkerut seribu. Hairan pula dia dengan tingkah Ayla.

"Apahal kau gelak?" tanya Putera Thaqif.

"Kau ni drama je lebih. Setahu aku kau ada lagi kawan kan? Dari kerajaan mana tu aku tak pasti pulak,"

Putera Thaqif memuncungkan bibirnya. Apa ni? Awallah kantoi...

"Aku baru nak buat drama Sweet Dream tak berbayar dekat kau. Hmmm, mana kau tahu aku ada kawan dari kerajaan lain?"

Ayla menepuk dahinya. Dasar Putera muda pelupa!

"Umur kau baru 27 tahun tapi dah jadi pelupa serupa 72 tahun. Kesian aku tengok kau ni, Qif..." sindir Ayla.

"Apa-apa jelah Ayla. Aku lupa sebab asyik teringatkan kaulah. Jadi ni salah kau," bidas Putera Thaqif.

"Oh, kau nak salahkan aku pulak? Ada aku suruh kau ingat aku ke? Tak ada kan? Buuuu..." Ayla membuat serang balas.

"Memang kau tak suruh aku ingat kau tapi aku tak boleh lupakan kau, Ayla!"

Lutut kanan Putera Thaqif pantas menjejak tanah serentak tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Ayla tergamam. Tidak percaya dengan tindakan sahabatnya yang telah digelar sebagai abang sendiri.

"Apa kau buat ni Thaqif?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience