BAB 4

Romance Series 7102

BUNYI deringan yang terhasil daripada telefon pintar milik Ayla mengganggu lenanya pada pagi itu. Dia tidak mengendahkan deringan itu. Dengkurannya masih kedengaran, melawan nada dering daripada telefon itu.

Seminit kemudian, biliknya kembali sunyi. Hanya dengkuran halus yang memecah keheningan menunjukkan bahawa gadis itu masih ke alam mimpinya.

Seminit...

Dua minit...

Tiga minit...

Deringan telefon iPhone 6 itu kembali mendendangkan lagu Closer yang merupakan lagu kegemarannya. Dengkuran gadis itu serta-merta hilang.

Terasa berat dia ingin membuka matanya, namun digagahi juga. Dia melepaskan keluhan kasar. iPhone di meja sebelah katilnya dicapai kasar.

Tanpa melihat nama si pemanggil, Ayla pantas menyergah dengan suara seraknya tanpa memberi salam. Wah, sopan sungguh perangainya. Tahap minta kaki pula tu.

"Apahal?!" sergahnya dengan nada yang lantang bersama matanya yang kembali tertutup.

"Assalamualaikum cinta hati..." si pemanggil menyapa dengan lembut.

Mata Ayla pantas terbuka luas setelah mendengar suara yang amat dikenalinya itu. Telefon yang dilekapkan di telinganya dipindahkan ke depan matanya. Tertera nama 'Thaqif' di atas skrin itu.

Ayla mengetap giginya. Suka hati dia je ganggu orang tengah lena! Dia melekapkan kembali telefon itu ke telinganya.

"Waalaikumussalam," jawabnya sepatah dan tidak ikhlas kedengarannya.

Mana tidaknya, orang tengah syok dibuai mimpi, diganggu pula pagi-pagi buta ni.

"Baru nak bangun ke tu?" soal Putera Thaqif dalam panggilan itu.

"Hmmm haah. Dahlah jangan kacau saya pagi-pagi buta ni. Saya ngantuk," balas Ayla bernada malas.

Sempat dia menggeliat untuk merenggangkan segala otot sendinya.

"Sayang... Pagi-pagi buta apanya? Sekarang dah pukul 10 pagilah," Putera Thaqif menyedarkan gadis itu.

Mata yang terbuka luas tadi kini mula terbeliak. Ayla menggosok-gosok matanya lalu dia memandang jam dinding yang elok tergantung di dinding biliknya yang terletak di depan katilnya sendiri.

Gila! Seriuslah dah pukul 10? Ke jam ni kelentong aku? Tapi kalau kelentong, takkanlah boleh sama dengan jam Thaqif? Ayla menggelengkan kepalanya berkali-kali. Ya, memang betul jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

"Sayang? Kenapa senyap je ni?" tanya Putera Thaqif, risau bakal isterinya terlelap lagi.

"Ya...i'm here. Thanks tolong jadi jam loceng untuk saya,"

Kedengaran tawa kecil dari dalam panggilan itu.

"My pleasure. Sekarang, pergi ambil tuala awak dan mandi. Pakai cantik-cantik ya? Saya ada kat bawah tengah tunggu kedatangan bakal permaisuri saya," arah Putera Thaqif.

Entah masuk keberapa kali gadis itu terkejut lagi. Fuh, tak lama boleh dapat serangan jantung kalau hari-hari macam ni ceritanya!

"Hah? Nak pergi mana?" tanya Ayla masih terkejut.

"Adalah. Pergi mandi cepat. Kesian saya mandi peluh kat bawah ni,"

Ayla mencebik. Anak sultan kan? Duduklah dalam kereta lepastu pasanglah aircond. Apahal susah-susah nak mandi peluh? Omelnya dalam hati.

"Dah berapa lama awak kat bawah tu?" tanya Ayla lagi.

"Selama cinta saya dekat awak. Bertahun-tahun berzaman-zaman lamanya," balas Putera Thaqif main-main.

Ayla menggulingkan bebola matanya walaupun tidak dilihat oleh putera itu.

"Eleh, fikir sweet lah tu?"

"Hehehe... Cepatlah mandi sebelum saya naik atas lepastu heret awak mandi sekali dengan saya," ugutnya.

Ayla mengherotkan bibirnya. Memang dah sewel gamaknya dia ni.

"Pervertt!" balas Ayla seraya mematikan panggilan.

Dengan langkah malas, Ayla menuruni katilnya seraya mencapai tuala yang digantung di belakang pintu biliknya. Tanpa membuang masa, dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

***

"YOW! Bro Mal kita datang bhaii!" tegur Safwan, pemilik Kafeteria Prafa Jazz yang terkenal di wilayah Fetenarith.

Kafe itu juga telah dibuka di beberapa buah cawangan di daerah yang terletak dalam wilayah Fetenarith. Sememangnya kafe itu menjadi kesukaan penduduk di Fetenarith.

Putera Ikmal menghenyakkan punggungnya di atas sofa yang disediakan di sebelah kaunter pembayaran. Terdapat sebuah meja kopi yang diletakkan di hadapan sofa triple itu.

Melodi Jazz yang dimainkan sedikit sebanyak membuaikan lelaki itu. Disebabkan itulah dia suka menghabiskan masanya di Kafe Prafa Jazz itu. Sangat tepat dengan selera muziknya.

"Nak sebut 'Bro Mal' tu janganlah kuat-kuat," pesan Putera Ikmal.

Safwan menyengih. Dia faham benar dengan permintaan sahabatnya yang bergelar putera itu.

Putera Ikmal memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Kesemua pelanggan di kedai itu sedang menunduk hormat kepadanya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alahai, rimaslah asyik nak bagi arahan ni.

Akhirnya Putera Ikmal berdiri sebentar. Dia menarik nafasnya terlebih dahulu sebelum bersuara.

"Silakan sambung menikmati juadah kalian. Janganlah menunduk macam tu je. Kesian kepala kalian kepenatan," Putera Ikmal memberi arahan. Dalam arahannya terselit gurauannya.

Dapat didengari beberapa orang sedang ketawa. Terhibur dengan ayatnya barangkali. Pemimpin ramah, rakyat pun suka. Itulah yang sering diperkatakan oleh ayahandanya, Sultan Zainal Muzaffar.

"Kau orang berdua, boleh jaga kat luar? Beta perlukan privasi," pinta Putera Ikmal.

Dua orang pengawal yang sentiasa mengikutnya itu hanya mengangguk seraya membuka langkah keluar dari kafeteria itu.

"Apa yang privasi sangat tu?" tanya Safwan penasaran.

Putera Ikmal kembali melabuhkan punggungnya. Dia ketawa kecil. Percaya juga sahabatnya itu.

"Tak adalah privasi mana pun Saf. Aku takut apa yang kita bualkan ni dia orang report kat ayahanda. Mampus aku kang!" ujar Putera Ikmal.

"Okey... Okey... Kau nak cakap apa?" tanyanya.

Wajah Putera Ikmal bertukar mendung. Dia mengeluh seketika.

"Minggu depan aku kena pergi ke Amertha,"

Dahi Safwan berkerut seribu.

"Ini je kau tak nak bagi pengawal kau dengar?"

"Bukan... Aku sebenarnya nak protes ayahanda. Tapi dia dah bagi kata putus. Aku malaslah nak keluar dari Fetenarith,"

"Mesti Sultan ada bagi sebab untuk kau pergi ke Amertha kan? Jadi apa salahnya? Ikutkan jelah," pujuk Safwan.

"Tapi Saf..."

"Tak ada tapi-tapi. Just follow his order. Good luck kat tempat orang," ucap Safwan.

Putera Ikmal mengecilkan matanya. Kuat betul penangan ayahandanya sehingga sahabat sendiri pun sokong ayahanda berbanding dirinya.

"Lagi satu... Manalah tahu jumpa jodoh dari Amertha. Siapa tahu? Hehehew..." Safwan sudah mula berangan putera itu menemui jodohnya.

Bahu Safwan dipeluk ketat oleh Putera Ikmal lantas disekehnya kepala pemilik kafeteria itu.

"Merepek lagi aku terajang kau..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience