BAB 11

Romance Completed 9264

“Awak peluk saya boleh? Saya peluk awak tak boleh? Mana adil,” Qila tarik baju aku. Dia ni memang persistent.

“Isu sekarang ni, saya peluk awak bukan sebagai suami tapi more kepada pelukan untuk mendatangkan keuntungan. Awak peluk saya sebagai isteri. Berbeza tau pelukan awak dengan pelukan saya. Dan saya tak suka pelukan yang bercampur dengan perasaan dan emosi, kadang-kadang emosi buat akal kita fikir benda yang tak logic dan seterusnya buat kita gila, macam awak. dah, pergi jauh dari saya,” aku terus beredar, tapi Qila masih ikut aku dan tangannya masih lagi memegang baju aku.

“Lepaskan,” aku berhenti dan pandangnya, dia buat muka masam mencuka dan geleng kepala.

“Saya kata lepaskan, sebelum saya naik angin,” aku terus pamerkan muka marahku, Qila terus lepaskan genggamannya. Aku terus beredar, tapi dia masih ekori aku.

“Saya nak pergi tandas, nak ikut jugak ke?,” Qila terus berhenti dan ketawa kecil. Aku betul-betul tak faham dengan si Qila ni. Habis saja bersiap untuk ke The Hierarchy aku lihat wajahku di cermin, sungguh kacak, tak hairanlah dari sekolah lagi aku jadi sebutan orang ramai.

Tapi sayangnya, aku tak suka bagi komitmen dalam relationship, bagi aku relationship tu hanya untuk isi masa lapang aku, sebab tu masa sekolah dulu aku tukar girlfriends macam tukar baju, tapi bila sekarang ni aku takde masa, sebab aku sibuk uruskan The Hierarchy sampaikan ada lah dalam setahun aku single, tu pun sebab aku jenis yang fokus pada kerja, kalau tak dah lama aku pasang 10 terus, dan sekarang aku dah ada isteri, tapi bukan isteri dalam konteks tanggungjawab, dia lebih kepada isteri dalam konteks kerja.

Aku tak ambil berat sangat pasal perkahwinan, kalau membujang sampai tua pun aku tak kesah janji aku ada duit yang banyak dah cukup untuk aku hidup. Aku lihat wajahku untuk kali terakhir dan sentuhan terakhir untuk persiapan aku, aku semburkan perfume Poivre Caron kesayanganku kata orang, nak lebih lonjakkan personaliti yang menarik tu perfume salah satu mediumnya, tambah lagi minyak wangi dekat tangan aku ni salah satu minyak wangi vintaj yang jarang dipakai sebab mahal, bukan calang-calang orang yang boleh pakai. Aku senyum bangga lagi. kemudian aku terus menuruni anak tangga, aku lihat rumahku, besar dan eksklusif semuanya hasil usaha penat lelah aku selama ni. Aku lihat Qila sudah bersedia tunggu di pintu bersama skirt panjang bewarna hitam dan t-shirt orennya. Dia ingat The Hierarchy tu pasar malam ke apa?

“Qila, awak memang takde baju yang cantik ke apa?,” aku soalnya. Dia hanya pandang aku kosong.

“Kenapa? Nak pergi shopping mall je pun, bukan nak pergi annual dinner pun,” Qila terus keluar dan bersedia menyarung sandalnya. Aku terus tarik lengannya.

“You’re isteri kepada CEO. Imagine, bila orang luar tengok isteri CEO pakai macam ni. What will they think? Tukar baju sekarang,” aku terus memeluk tubuh.

“Tukar? Hmmm saya takde baju cantik-cantik,” Qila buka sandalnya kembali.

“Mintak dekat Kak Jah, cepat tukar. 10 minutes late, I’ll go,” Qila terus berlari mencari Kak Jah, takut jugak dia kalau kena tinggal. Sepanjang menunggu Qila, mata aku tepat melihat jam, sekarang dah 8 minit, masih lagi takde bayang dia. Sabar Khaizal. 10 minit tepat dia takde, kau pergi. 9 minit dah. Aku tunggu lagi, kali ini dah tepat 10 minit. Dia main-mainkan aku.

“Qiiilaaaaaaa,” aku tergamam, Qila betul-betul ada depan aku. serius cantik. Tapi, kalau dia pakai baju biasa pun memang cantik, tambah pulak pakai baju cantik lagi bertambah cantiklah. Sejak bila dia ada selendang cantik macam ni, siap berkilat-kilat lagi. Tapi, okaylah kena dengan aku, takde lah macam tadi. Macam nak beli ikan kat pasar je.

“Tuan, baju ni cantik sangat ni. Macam mahal je, kalau koyak nanti mana mampu saya nak bayar,” aku stabilkan emosi aku, ini semua rupa paras je. Takde masalah nak puji dia cantik sebab fitrah ellaki tu memang suka benda benda yang cantik jadi maknanya aku tak suka dia, atau jatuh cinta dengan dia. Yes, aku pasti tu.

“Awak nak buat apa sampai koyak pulak baju tu? Pakai je la. Dah, jom,” aku terus berjalan mendapatkan driver yang sudah lama menunggu sejak tadi.

“Mana Kak Jah dapat baju ni? Tuan bagi ke?,” sejurus saja masuk ke dalam kereta, Qila persoalkan.

“Tu baju yang saya nak bagi dekat girlfriend saya dulu, tapi tak sempat sebab saya decide nak break dengan dia. Kasut yang awak pakai tu pun sama, hadiah untuk ex-girlfriend saya,” aku terus pandang mukanya, dia cemburu atau tak.

“Oh yeke. Kenapa Tuan tak jual balik je, dapat duit balik. Memang suka membazir,” instead of rasa cemburu, dia sindir pulak aku. Budak ni dapat bercakap langsung tak reti nak behave.

“Enough! Diam, one more thing don’t call me Tuan bila depan pekerja lain nanti. Faham?,” aku terus jelingnya, Qila cuma mengangguk saja. Kenapa aku nak rasa sakit hati, dia sendiri pun bukan faham apa yang dia cakap, mental!.

Sampai saja The Hierarchy aku terus bawa Qila berjumpa dengan pekerja aku, semua orang puji dia cantik dan sama padan dengan aku. Aku tak nafikan dia memang cantik, tapi sayang otak dah tak berfungsi dengan betul. Tapi, yang aku suka si Qila ni dia pandai berkomunikasi, bila dengan aku bukan main asyik nak sindir aku dan lagi mengejutkan aku dia boleh bertutur dalam bahasa Korea, makin rancak pulak si Qila dengan CEO syarikat korea tu bersembang, entah apa dorang sembangkan pun aku tak tahu siap gelak-gelak bagai. Tak lama lepas tu, CEO tu puji Qila, kata aku beruntung dapat isteri macam dia, dan dia nak extend collaboration kitorang till 5 years.

What a luck! Tak sia-sia plan aku selama ni, semua sebab si Qila. Bagus! Habis saja meeting aku bawak Qila jalan-jalan satu kawasan The Hierarchy, sampai saja satu kedai baju ni dia berhenti mengejut dan pandang lama ke dalam kedai baju tu, aku turut sama pandang, rupanya dia pandang lelaki yang sedang membelek baju-baju untuk girlfriend dia.

Entah, aku pun tak tahu girlfriend atau isteri, aku tak kesah, yang penting sekarang kenapa Qila pandang lelaki tu dengan muka yang takut sekali, tak lama kemudian lelaki tu pandang kami, Qila terus berlari laju, seakan melarikan diri. Aku memang tak faham betul nak baca fikiran si Qila ni. Aku arahkan security tahan lelaki itu, sementara aku mencari Qila.

Agak lama aku mencari Qila, akhirnya aku jumpa dia duduk menggigil mencangkung ketakutan bawah meja makan, itupun lepas aku nampak orang ramai berkerumun,aku terus mendapatkan Qila.

“Kenapa Qila?,” sejurus saja Qila lihat aku, dia terus keluar dari bawah meja dan terus memeluk aku ketakutan. Aku terkejut, dia betul-betul takut. Suka sangat buat babak romantik depan orang ramai Qila ni, takpe aku layankan je la.

“Dah.. dah jangan takut. Saya ada dekat sini, takde siapa boleh cederakan awak,” aku terus menepuk perlahan bahu Qila, terdengar bisikan memuji aku, aku senyum bangga. Bagus Qila!

“Dia nak pancung kepala saya,” Qila peluk aku kuat, dia nak aku mati kelemasan ke apa?

“Siapa? Takde siapa nak pancung awak. See, ramai orang ni takde siapa pun nak pancung awak,” aku terus mengusap kepala Qila perlahan.

“So rumour yang cakap dia ni responsible betul la, untungnya isteri dia. Tapi kesian dekat dia la, kena jaga isteri mental. Tengok tu,” kata salah sorang dari manusia yang tengah tonton babak romantik aku dengan Qila, yes! Bagus, teruskan puji aku lagi.

“Qila, jom kita balik. Awak tertekan ni, nanti saya suapkan awak makan ye, maafkan isteri saya, dia tak boleh stress nanti dia jadi macam ni la. Saya harap perkara yang terjadi pada hari janganlah buatkan tuan-tuan dan puan-puan semua tak mahu membeli belah di The Hierarchy. Saya minta maaf sangat-sangat,” aku terus tundukkan sedikit kepala aku, tanda rasa bersalah. Padahal langsung tak.

“Eh takde la, benda macam ni tak effect pun, lagi buat kami nak beli belah dekat The Hierarchy memandangkan peneraju utama Shopping Mall ni seorang yang bertanggungjawab dan sangat penyayang,” kata wanita yang memakai shade, usianya dalam 30-an begitu, wanita bekerjaya.

“Saya pergi dulu,” aku terus memimpin Qila yang masih lagi dalam ketakutan, aku tak dapat tahan dari terus senyum lepas dengar pujian wanita tadi, makin ramailah pelanggan setia aku. Tapi isu dia sekarang, lelaki tu siapa? Dan siapa pulak nak pancung Qila?

“Cerita semuanya,” aku memeluk tubuh selepas melihat lelaki yang berada depan mata aku, yang di tahan oleh security guard aku.

“Cerita apa?,” lelaki itu soal aku sambil pamerkan muka bengisnya. Dia ingat aku takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience