BAB 2

Romance Completed 9264

Tatkala kaki aku melangkah ke hotel Berithon, hotel 5 bintang yang terkemuka di negara semua mata tertumpu pada aku. ye la, siapa tak kenal dengan CEO muda dalam Malaysia. Bukan ramai anak melayu yang jadi CEO, kalau ada pun, yang dah nak kerepot, dah masuk angka 40 tapi, aku masih lagi dalam angka 20. Jadi tak hairanlah kalau setiap kali berita atau majalah tentang usahawan berjaya muka aku saja yang hiasi kaca tv dan majalah. Tambah- tambah lagi berita aku bakal berkahwin ni, pasti ramai mata yang nak tahu benar atau tak. Tempat khas sudahpun di sediakan untuk perjumpaan aku dengan bakal isteri aku, Mikail perlu ada di sisi aku, sebab dia yang arif pasal bakal isteri aku, aku langsung tak tahu pasal dia, nama dia pun aku tak tahu. Lebih kurang 30 minit menunggu, dia masih tak sampai. Aku paling pantang orang yang tak tepati masa, dia ingat senang nak jumpa dengan Khaizal Firmie? Naik minyak betul budak ni.

“Maaf. Saya lambat, maaf sangat-sangat,” betul kata Mikail, dia cantik. Jadi, Mikail tak buat pilihan yang salah. Tapi, cantik atau tak bukan isu dia sekarang.

“Kenapa lambat? 30 minutes already. Awak ingat sikit, 30 minutes yang saya dah bazirkan untuk awak ni, beratus ribu atau mungkin berjuta-juta duit boleh masuk,” aku peluk tubuh dan terus jeling perlahan gadis berkulit putih, memakai seledang yang dililitkan seringkas mungkin, baju blause hitamnya basah. Apa sebabnya aku pun tak tahu.

“Ouh saya lupa, Tuan CEO. Hujan lebat tadi, susah nak dapat public transport. Lepas naik bus, saya kena tunggu teksi pulak tu yang lambat tu. Jalan jem lagi, sejuknyaaa,” Dia terus menghirup air kosong tanpa memberi isyarat untuk minum atau menunggu aku terlebih dahulu. No manner. Mikail hanya tersengih, puas agaknya kenakan aku. Selamat aku masih stick dengan plan aku, kalau tidak dah lama aku humban perempuan ni keluar.

“Kalau dah tahu naik public transport tu susah, lain kali keluar awal, bawak payung tak pun baju hujan ke? Ada otak kan? Kalau ada guna semaksima mungkin,” aku terus bangun dan menyarungkan sut aku padanya, walaupun mahal sut tu, tapi kalau nak rancangan nampak lebih real kena berlakon ekstra lebih sikit. Lagipun banyak mata yang menonton kami sekarang.

“Terima kasih. Hmmm saya sebenarnya malu nak cakap dengan Tuan. ye la, Tuan kan CEO, saya ni baru lepasan degree kerja pun tak dapat lagi. tiba-tiba sekreteri Tuan cakap Tuan nak kahwin dengan saya. Kita jumpa pun tak pernah, tapi memanglah saya kenal Tuan. Tuan kenal saya ke? apa benda yang buatkan Tuan sampai nak kahwin dengan saya?,” kata malu, tapi bila bercakap semua benda dia nak luahkan. Aku meneguk air penuh tatatertib kemudian aku hembus nafasku perlahan, aku bagi isyarat pada Mikail, kemudian Mikail tulis sesuatu di atas kertas. Semua soalan dia telahpun di jawab oleh Mikail, aku cuma perlu cakap dengan penuh yakin. Simple as that.

“Ouh tak kerja lagi. maksudnya, tak bagi apa-apa sumbangan dekat ekonomi negara la ni. Hmm simple, saya dah suka awak dan at first sight saya jumpa awak, saya rasa awaklah jodoh saya,” aku senyum kelat, apa punya jawapanlah yang si Mikail ni bagi.

“Jumpa? Tapi dekat mana ya?,” dia soal lagi. memang banyak mulut, kali ni aku jawab sendiri aku yakin, soalan begini sesiapa pun boleh jawab.

“Dekat The Hiercharchy,” aku senyum bangga bila sebut saja nama shopping mall aku itu.

“Haaaa? Saya tak pernah pergi situ,” aku bulatkan mata, dia tak pernah pergi? Budak ni duduk planet mana? Aku tenung dia tajam.

“Tak pernah pergi. are you crazy? The Hiercharchy. Impossible tak pernah pergi. seriously?,” Mikail tak habis-habis tahan gelak dari tadi.

“Serious. Nothing impossible Tuan CEO, The Hiercharchy tu kan tempat orang kaya beli belah, saya ni mana mampu nak pergi shopping dekat sana. Mahal-mahal buat apa? membazir je Tuan,” dia ketawa kecil. Aku tak tahu sama ada dia tak maksudkan apa yang dia cakapkan atau dia sengaja nak kenakan aku. bertambah kuat pulak si Mikail ni gelak.

“Mikail!,” aku tinggikan suara, Mikail diam.

“Maaf, Tuan,” Mikail terus menghulurkan lagi satu kertas pada aku, tertera tulisan “pasar”. Aku pandang hairan pada Mikail, dia mengangguk yakin.

“Saya jumpa awak dekat pasar,” suara aku getar sikit, aku tak yakin dengan jawapan yang aku beri sebentar tadi.

“Ouh dekat pasar, saya ni memang hantu pasar Tuan, kalau boleh semua pasar saya nak pergi. kalau nak di bandingkan dengan harga barang-barang dekat The Hiercharchy tu memang macam langit dengan bumi. Murah pun murah, kualiti tu beza sikit je dari barang-barang dekat The Hiercharcy Tuan, membazir ni amalan syaitan. Tak baik,” hati aku makin panas. Berani dia mempermainkan The Hiercharcy aku. dia tak tahu susah payah aku nak bangunkan shopping mall aku tu. Selamba saja dia cakap begitu.

“Kauuuuuuuuuu,” jari telunjuk aku tegak ke arah dia, aku ketap gigi aku tanda marah. Tak lama kemudian Mikail tolak jari telunjuk aku dan menukar topik.

“Haaa sebelum terlupa, nama awak siapa?,” Mikail kenyit mata pada aku. kemudian dia hulurkan lagi satu kertas pada aku yang tertera “Fikirkan plan kita”. Aku terus kawal emosi aku dan kembali kepada mood biasa aku.

“Nama saya Aqilah Sofia. Tapi panggil Qila je,” gadis itu senyum, memang cantik tapi perangai dia langsung tak cantik. Tapi kalau di fikirkan balik memang berbaloi Mikail ambil dia.

“Okay Miss Qila, since kita dah jumpa. Jadinya awak setuju tak nak jadi isteri saya?,” aku tanyanya dengan padangan kosong.

“Eh mestilah saya setuju. Orang gila je tak nak kahwin dengan Tuan. Tuan nak tahu tak, kawan saya kata saya ni dapat durian runtuh tau, dah la saya ni anak yatim piatu mungkin ni la namanya hikmah. Lagi satu kan Tuan,” makin lama dia membebel makin sakit hati pulak aku rasa.

“Enough. Tomorrow sekreteri saya akan bawak awak fitting baju nikah, sabtu depan kita akad nikah. All the expenses on my behalf, awak cuma ikut je apa yang saya aturkan. No bantahan. Till meet again next Saturday,” aku terus bangun pergi meninggalkan dia. Aku tunggu Mikail dalam kereta, tak lama kemudian kelibat Mikail muncul, dia senyum lebar. Aku tahu ada berita gembira di sebalik senyum dia tu.

“Bravooo. Aku rasa dalam banyak banyak plan. Plan ni paling gempak. Trending kot, CEO The Hiercharchy seorang gentleman. Perghhh memang perfect angle gambar ni. Macam nampak real tau, masa kau sarungkan sut kau kat dia,” Mikail tunjukkan ipad dia pada aku. Kalau dah namanya Khaizal Firmie, apa benda yang datangkan duit aku mesti buat dengan sempurna, tanpa cacat cela.

“Excellent, lepas ni rating shopping mall kita akan naik mendadak, mesti dorang ingat aku ni baik, gentleman. Ye la, CEO gila mana nak kahwin dengan budak lepasan degree yang takde apa-apa, tambah lagi yang yatim piatu, kalau bukan sebab nak bantu dia. Mikail, kau suruh wedding planner aku tu design baju akad nikah yang paling cantik sekali untuk si Qula tu, biar nampak aku ni pemurah hahaha,” aku ketawa besar. Aku puas, bila orang luar anggap aku ni macam malaikat.

“Qula mende? Qila la,” Mikail membetulkan aku. Aku tak kesah yang penting shopping mall aku jadi shopping Mall yang terkenal di seluruh Asia, bukan sebab jualan saja, tapi sebab aku juga.

“Arghhh aku tak kesah, yang penting budak tu datangkan keuntungan besar untuk aku,” aku terus senyum puas, kalau boleh mahu saja aku taburkan duit aku dekat jalan ni, tapi sayangnya kalau aku buat hanya merugikan aku saja. Jadi tak perlu.

Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu tiba. Lancar saja aku lafazkan akad nikah, malulah kalau bukan sekali. Banyak kali aku berlatih supaya hanya sekali saja. Selesai saja semuanya, aku terus masuk ke dalam kereta kemudian, aku panggil Qila.

“Assalamualaikum,” aku turunkan cermin kereta, dia beri salam pada aku, manis sekali. Kalau aku tak stick dengan plan aku, mau aku jatuh cinta dengan dia. Fuh, bahaya.

“Waalaikumussalam,” aku jawab tegas.

“Terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri Tuan, saya janji saya akan sayang Tuan macam saya sayang diri saya sendiri. Tapi Tuan tak payah risau, sebab saya dah lama sukakan Tuan, kiranya kita berdua ni memang suka sama suka la Tuan, jadi tak susah untuk kita harungi hidup berumah tangga ni. Tuan,” dia dah start dah, pantang betul kalau bagi bercakap.

“Enough! Saya cuma nak cakap, awak masuk kereta depan tu. Kita pergi photoshoot kejap,” aku terus naikkan cermin kereta dan pandang ke depan. Dia terus berlalu dengan muka seakan sedih, tapi aku tak kesah sekarang ni kemuncak plan aku.

“So are you ready?. Kita nak tonton movie aksi secara live ni.,” Mikail senyum sinis pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience