BAB 3

Romance Completed 9264

“I am always ready,” aku balas senyuman sinis Mikail dengan senyuman yang lebih jahat. Setibanya kereta yang di naiki Qila meluncur laju di kawasan simpang itu, tiba-tiba sebuah lagi kereta meluncur laju keluar dari simpang merempuh kuat kereta yang di naiki Qila. Aku dan Mikail tersenyum puas. Aku segera turun mendapatkan Qila, kali ini kemuncak dia, aku kena berlakon. Dah lama aku berlatih part mengalirkan air mata, hari ni harinya aku jadi pelakon terbaik abad ini.

Sejurus saja aku lihat orang ramai mengerumuni kami, aku terus menangis teresak-esak, padahal aku tak rasa bersalah sedikit pun. Selesai saja Qila dimasukkan ke ICU aku terus menuju ke arah Mikail yang sibuk menyusun ayat mengurat nurse-nurse yang ada dekat kaunter pendaftaran itu. Aku menghampiri Mikail.

“ Tuan CEO, saya ucapkan takziah untuk tuan. Mesti perit bagi Tuan untuk hadapi semua ni. baru saja akad nikah, dah di timpa musibah. Tapi, orang baik selalu saja di duga Tuan, pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi,” kata salah seorang nurse di kaunter pendaftaran itu, aku tahu. Dorang lagi suka kalau si Qila tu mati, sebab dorang boleh lagi berangan nak dapatkan aku. hikmah? Memanglah ada, sebab tu aku rancang semua benda ni.

“Hmm tu la, awak doakan keselamatan isteri saya tu. Tapi, kalau dah takdir kami tak bersama saya redha,” air mata aku bergenang, bergenang yang di buat-buat. Mikail pula tambah perisa, dengan menepuk-nepuk bahu aku seakan memujuk, makin hebatlah lakonan kami. Mikail bawa aku keluar, di mana tiada orang.

“Lepas ni kau boleh part time jadi pelakon la, hebat gila. Menangis tak berhenti. Meluat aku,” Mikail mengeluarkan rokok, dia tak hulurkan pada aku sebab dia tahu aku memang tak hisap rokok.

“Nak berlakon tu kena real. This is all about money. So apa cerita pasal harini? Update dekat aku,” aku peluk tubuh, tak sabar rasanya nak tahu berita apa pula yang keluar harini.

“Kau mesti senyum lebar punya. Dari minggu lepas, trending pasal kau je tahu tak? Mengalahkan artis. Tapi, yang lagi buat kau senyum lebar, jualan kita meningkat. Tambah-tambah lagi semua orang kesian dekat kau sebab belum nak rasa manisnya berumah tangga isteri kau kemalangan pulak,” Mikail menghembuskan asap rokok, aku jauhkan diri aku sedikit. Aku tak suka benda-benda yang membahayakan kesihatan, dah banyak kali aku nasihatkan Mikail untuk berhenti merokok tapi satu apa pun dia tak layan.

“Tapi lebih tragis lepas ni la. Qila mati, hahahaha. Semua sedih punya lah. Masa tu aku nak bagitau media apa yang aku rasa, biar semua orang tahu, betapa cintanya aku pada si Qila tu. Secara tak langsung dengan trending nya cerita pasal aku ni, The Hiercharchy pun akan jadi trending jugak,so benda ni akan buatkan makin banyak syarikat lain nak join The Hiercharchy. Wooow ! fantastic!,” aku terus menepuk-nepuk tangan aku, sambil tersenyum lebar.

“Woiit, cover sikit. Karang orang lain nampak sia-sia je. Pergi la masuk, tunjuk sikit muka sedih kau tu sambil tunggu keputusan si Qila tu. Walaupun kita dah tahu keputusan dia apa. M.A.T.I . hahahah,” Mikail mengeja sambil ketawa kecil, aku terus beredar dan bersedia dengan watak aku.

“Awak Khaizal Firmie? Suami kepada Aqilah Sofia?,” tanya doktor wanita itu sambil mengerutkan dahinya, tanda seakan kenal dengan aku.

“Ya saya, CEO The Hiercharchy,” aku hulurkan tangan, walaupun aku nak senyum bangga tapi aku tahan bibir aku dari ukir senyuman itu. kalau tidak, habislah kantoi semua rancangan aku.

“Oh patutlah I macam kenal. Alhamdullilah, isteri you dalam keadaan stabil sekarang. Tapi you patut bersyukur kalau lambat je bawak ke sini, mungkin nyawa dia tak panjang. Oh by the way, I am totally adore dengan you, walaupun masih muda tapi pemikiran you jauh lebih matang dari umur you.

If you rasa bosan dengan isteri you. Gimme a call, oh follow me. I’ve got something to discuss dengan you pasal isteri you,” doktor itu terus mengenyit mata padaku, aku cuma senyum kelat. Walaupun dah tua, masih lagi nak menggatal. Gross! Dia ingat aku suka type tua ke apa? Aku terus mengekori doktor itu masuk kedalam biliknya.

“Have a seat dear, you nak kopi? Teh?,” sempat pulak dia nak pelawa aku minum, aku takde masa, yang penting aku nak tahu apa masalah si Qila ni. kenapa liat sangat dia nak mati.

“No thanks. So kenapa dengan isteri saya? Something wrong doc?,” aku terus mengerutkan dahiku tanda risau, padahal aku tak risau langsung pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience